SHOPPING ~

gambar kabur pun nak tepek kat blog ~
eh , suka hati I lah . Blog haku :P


Assalamualaikum :3
Semalam dengan semangat wajanya princess teddy action pasang muka heaven depan ayah . konon nak mintak keluar pergi bandar dengan member . nak beli pen . dah habis . dan bila ayah angguk maksudnye "Pergilah nak . Bapak lepaskan kau pergi." agaknye tu lah dia cakap dalam hati kot . kakakakaka

dan dahku pun berpaling . muka heaven tukar jadi muka ada udang di sebalik mee bandung . ohoho . dalam hati dah pasang niat . lepas beli pen sebatang , aku nak joli pergi mencekik chiken chop dengan Abang Po ! Oh , alangkah indahnye ~ dah lama tak bersua muka . rindu sangat nak menatap paparan penuh menggiurkan anda pozing maut atas pinggan . dengan bersiramkan kuah blackpaper yang membuatkan dirimu sangat sexy . ohoho . hey sexy ayam set me free . dont be so shy play with me . coz i wanna eat chu .

tapi..... ? *tukar kepada nada sedih , background sound pliss !*
langit tak selalunya cerah . walaupun masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang harimau mengaum bak peribahasa yang Meira tulis dalam exam trial baru ni , dan mahupun ke gunung sama didaki ke lurah sama diterjuni bak peribahasa yang Fano pulak tulis yang membuatkan dahku ketawa selama setengah hari , ajal maut jodoh semua di tangan tuhan . kedai makan yang jual chicken chop tu tutup . i was like.... T_T

nak buat macam mana , sudah diketuk baru terngadah . bak peribahasa yang Abang Po tulis time pre-trial hari tu .

hahahaha , bestnye senaraikan semua kesalahan peribahasa orang lain .

tau tau je kan aku nak buat jahat , pergi dating mencekik chicken chop . terus tuhan balas . kedai tutup . wuuu . so tak dapat lah nak melantak . jadi sebagai balas dendam , princess teddy beli semua benda yang terlintas di fikiran . hoho .

first , nak cari casing phone . tapi demm betul , susahnya nak cari untuk galaxy mini 2 . sebab model baru kot . tak jumpa yang comel pong :(

second , princess teddy TERbeli apakejadahnye bende ni . ala , yang gosok gosok kat kuku nak kasi berkilat tu . tak tahu nama lah . tapi bukan quittic tu . ala yang tu la . haa , yang tu . tau pun yang tu . hahaha . masuk kedai tu konon nak pilih perfume . sebab banyak gila perfume . dah la botol dia comel comel . start tak tahu nak beli yang mana . last last lepas dah try bau semua jenis perfume kat situ , tak beli pun . pergi beli benda yang gosonk kat kuku tu je . ceh ! mesti tuan kedai tu kutuk aku dalam hati . haha

then , TERbeli lip ice and pakcik jonson punye anak kecik punya bedak .




dah sakit kaki jalan jalan baru reti nak pergi beli pen . dua batang je pun . huhu .
lepas tu nonenonenone pergi melantak . disebabkan kedai tu tak nak bukak bukak jugak , tak pe lah . biarlah dahku membawa pergi jiwa yang lara ini . makan kat kedai lain . titew nak majok ah dengan awak . pasni kalau lalu depan awak titew nak jeling je makanan yang ada dalam awak tu . tamo beli . huh ! tapi titew tak janji la . kadang kadang perut titew degil -,-'


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)