Badak



Hari ni terasa maaaaalas sangat . tadi dekat sekolah time bio dua waktu kami dok pot pet pot pet . bak kata cikgu , orang patutnya rehat sehari lepas habis exam ni . so cikgu pun kasi kami enjoy hari ni . langsung tak buka buku . jadi kami pelajar bio yang sangat rajin semestinya menghabiskan dua waktu itu dengan mengekek bergosip sambil kunyah keropok yang diborong pukal dekat koop . cayalah cikgu . ilobyu , hahah .

waktu kimia puuuun sama . tapi cikgu bagi kami rehat bersama soalan trial SBP . errr . tapi walaupun ada latihan tak gerak pun . sembang jugak . heee ~ pelik betullah cikgu cikgu hari ni . kenapa ya . time kami baru dapat kesedaran and punya semangat waja berkobar kobar nak struggle belajar , cikgu pulak bagi kami rileks macam dah habis SPM . wey , baru trial kot .

petang tadi pulak , dengan rajin serta ikhlas hatinya princess teddy panjat sekolah balik tepat pukul 3 petang . penat weh mendaki bukit . jalan sorang sorang dekat ladang . jalan berbatu . melintas titi . peh , advanture gila . sekali , sampai sampai . nahhh , guru penasihatnya sorang pun tak nampak . dah balik kot . jadi kami ahli kelab PRS duduklah tercongok ramai ramai dekat koridor depan bilik kaunseling . bagai melukut di tepi gantang . haha , apa maksud dia ek ? sampai sekarang princess teddy tak tahu sebenarnya :P

so , effect daripada pelbagai kejadian tak diingini hari ni , eardrum dan coclear serta oval window princess teddy kurang berfungsi dengan baik secara tiba tiba . mungkin sebab terlebih eksaited main gusti teddy bear dengan baby montel tadi kot .

well , kawan ayah datang tadi . eh , pembetulan , BFF ayah datang . kekeke . rasa macam lawak je laki dah tua tua ada BFF . tapi kawan dia tu caring betul . siyesly . tapi ayah tak pun . haha . well , so tadi dia datang , malam malam , semata mata nak hantar kuih . ayooo . rajin betul . kadang kadang dia datang maghrib nak hantar makanan . kadang kadang benda tu kecil je . tapi sanggup jugak tu datang hantar . padahal rumah dia agak jauh kot .

then tadi lepas kawan ayah tu balik , princess teddy dengar ibu tanya ayah , apa benda tu ? then dengar bunyi orang bukak tupperware . pastu ibu cakap , wahh , sotong kurita !
and i was like , sotong kurita ??? *baru tengok bizare food . sotong kurita dia nampak sangat habat .* tapi membayangkan macam sodap je , so princess teddy pun datang la pergi tengok sambil tangan menatang pinggan berisi mee goreng dan mulut masih mengunyah . maknanya ? ya , saya tengah makan . tapi punya nak tengok sanggup bawa pinggan jalan pergi tengok . tak sanggup nak berpisah walaupun sekejap :D

sampai sampai , "mana sotong kuritanya ?"
tiba tiba ibu and ayah pandang pelik je .
"sotong kurita apa ?"
"tadi una dengar ibu cakap sotong kurita ?"
"cuba tengok ni apa . mane datang sotong kuritanya , ni tepung pelita =,="
"aah la . tepung pelita . tapi tadi una dengar ibu cakap sotong kurita -..-'' "

ayah : ni bukan pekak dah ni . ni dah badak .

ok foine ~~ saya korek telinga sekarang jugak ~~~~

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)