Selamat Hari Raya :D


peh , nak dekat sebulan dah tak update blog . bukan setakat bersawang , tikus pun dah boleh beranak kat sini . huhu . sebenarnya tak de la busy mana . tapi rasa tak ada mood nak update blog . huu , sadis .

so , hari ni princess teddy nak wish selamat hari raya dekat semua yang memang kompom tak de kerja tengah baca blog ni . baiklah korang tutup lappy sekarang and pergi buat kerja yang lebih berpekdah . contohnya tolong mak masak ke , tolong kemas rumah ke , pergi text bf ke , pergi shopping ke , bagi kucing makan ke , bank in duit ke akaun princess teddy ke , kan ke lebih baik tu . ekekeke ~

so macam biasa , bila time hari raya haruslah kita duduk rumah tercongok depan tv je . dah siapa suruh banyak sangat cerita best nak tayang kan . orang tv tu saja je tak mau kasi kita pergi beraya rumah orang . tayang cerita best banyak banyak . kalau tak raya haram nak tayang cerita best . tapi yang tak boleh blah , bila raya cerita yang dia tayang tu tak ada kene mengena pun . macam tahun lepas berderet cerita hantu . khurafat lah , momok lah , santau lah , susuk lah , toyol , pocong , hantu bapok , kak limah semua keluar . tahun ni diorang pakat tayang cerita lawak pulak . bukak tv je nampak hidung zizan . tu je lah . tak de cerita lain dah -,-''

cuba tayang cerita barbie ke , boboiboy ke , best la sikit kan . uhuhu . tapi tetap tak de kena mengena dengan raya . 

tahun ni princess teddy beraya kat negeri sembilan dulu . so , konklusinya . raya = BORING . sangaaaaat boring . bayangkan lah , anda cucu sulong . cucu second baru darjah enam . cucu third yakni adik anda , darjah empat . dengan siapakah anda harus berjimba bersama ? jawapannye....teetttt , no one . i'm forever alone yuh T_T
siyes bosan . tak ada siapa nak buat geng . last last dari pagi sampai malam texting dengan Abang Po . makcik makcik pun semua dah tegur princess teddy asyik text bf je . ohoho , biaq pi lantak den lah bhaa ~ *eh ni loghat pe aku tibai ?*


akhirnye geng dengan my one and only makcik yang belum kahwin je . isk , sedih . hey hey hey , cepat teka saya yang mana satu ?? opcoz la yang nampak macam awet muda sikit tuw . ufufufu ~

so hari ni , meh kita tayang gambaq sket .


ni kasut raya i . cuba u teka berapa inchi ? ohoho ~

ni adik yang sibuk jugak nak tayang kasut raya -,-

one n only baju raya . sadis . yang lain tak siap , tak jahit , spoil and macam macam lagi . sumpah fed up .


ok , next , cuba teka apa yang ada dalam beg pink tu selain dari duit raya ? jeng jeng jeng...



ya , cikgu cikgu , anda patut berbangga . i bawak semarak jaya balik kampung u know . tapi macam yang i cakap , bawak je lah . tak buat pun . huahuahua ~

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)