Memang menguji kesabaran ~


Assalamualaikum :3
hoi , di bulan puasa ni mesti ada je kan benda benda yang memang menguji kesabaran kita . kan kan ? semalam.....

princess teddy sedang seronok seronok melepak tepi makmal sementara menunggu batang hidung cikgu bio tersembul depan mata . tapi tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu

satu jam kemudian...

punya tunggu , hoi , tak muncul muncul jugak ! tiba tiba ada cikgu lain panggil princess teddy and cik naga nak mintak tolong ambil kan payung dia dalam kereta . err , nak cakap panas pun tak , hujan lagi lah tak . mungkin dia nak buat photoshoot pozing pegang payung kot . ohoho . bajet comel .

then , kami pun jalan lah dengan ayunya pergi kereta cikgu . pot pet pot pet , bila kami balik je dari ambil payung , nahh , everyone disappeared ! puuaaaas kami cari . dalam makmal tak ada . then kami mendaki tangga pergi library . puun tak ada . then menapak pergi bilik seminar . puuuun tak ada . then menuruni lurah pulak pergi makmal bio yang nahkaubapakgilajauh di hujung dunia . dan sekali lagi , puuuuuun tak ada . demm . where have they been ???

puas kami memikirkan , mana diorang semua hilang . mungkinkah mereka semua kena culik ? oleh alien barangkali ? boleh jadi jugak kan . mana tau ada ufo parking kejap dekat atas bumbung sekolah , then terbawak balik diorang sekali . sedut masuk dalam kapal tu pakai lampu yang boleh terapung tu . hahaha .

betullah kan . kalau nak cakap kena sorok dengan hantu , mana ada hantu bulan puasa -,-''

then , last location , bilik gerakan . tapi.... cermin bilik tu dah lah tinted. tak kan nak intai , karang kalau bukan diorang yang duduk dekat dalam tu , mau ke orang yang tengah mesyuarat tu pelik tengok ada dua orang budak choomel dok tekap muka dekat cermin . 

jadi... kami terpaksa ambil inisiatip melekapkan telinga pada pintu . semata mata nak dengar ada tak suara cikgu bio dalam tu . choi , tapi haram tak dengar apa . dan kami dah macam orang gila . next week dah la dah start exam . pre-trial pulak tu ! akhirnya... redah je la . terpaksa lah try an error . buka je pintu tu . kalau pengetua tengah mesyuarat tu , lantak lah . buat jelah muka comel pura pura salah kelas . 

dan mujur..... setelah terketar ketar tangan nak bukak pintu tu , che , memang diorang ! penat je terintai intai dekat koridor tuh . dan yang paling heaven sekali , diorang semua bukan tengah tekun lagi kusyuk balajar biologi . tapi tengah bergumbira bergelak sakan tengah tengok slide . bukan pasal pelajaran , tapi tengok video hari keluarga sekolah dua tahun lepas . and i was like... demmm . penat lelah aku cari kelas , rupanya diorang tak belajar pun .

bak kata bio...

cikgu jom lah belajar . minggu depan kan exaaaaam .

cikgu : halah , hari ni kita rehat lah . awak tak bosan ke ? dah dua tahun belajar bio . hari ni tak payah belajarlah ~

ok fine . cikgu memang otai . ilobyu -,-
cikgu ni memang... suka macam tu , kalau time dia malas mengajar , dia akan ajak kami karoeke lah , tak pun dia cakap dia nak mengajar bab tindakan luar sedar . apa tu ? tidur . tidur ??? ya tidur ~~ dan kami semua satu kelas akan tidur dengan gembiranya . dah lah cikgu ni ajar subjek killer . biology and add math .

tapi.... markah kami semua boleh tahan jugak . tak tahu lah dia pakai ilmu apa . exam julai baru ni markah addmath princess teddy lagi tinggi dari math moden . math mode 88 je . add math 95 . macam.... hahahahah . ini memang pelik .

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)