OH NOOO ! it's Monday T_T



di pagi yang permai , di saat ayam jantan baru nak testing suara berkokok , di saat embun pagi baru nak menkondensasikan diri , dan di saat mimpi dahku sedang di saat klimaks , kalau dalam drama Melayu time perempuan tu hampir diceraikan , kalau dalam final destination time hero tu hampir mati , dan kalau dalam cerita wonderpet si saat ming ming cakap , "Ini...serius..."

tiba tiba... jeng jeng jeng...
"Una , bangun ! dah pukul 6.30 !"
dan aku pun membuka mata yang bulu matanya lentik lebih sikit dari kadar biasa sebab lama sangat terpejam . apakah ? mimpi gua belum habis lagi ! gua cuti apsal nak kejut awal awal ni ? dan.... oh demm , baru gua ingat hari ni Isnin -,-'' mencik mencik !

maka beta pun *lepas dahku gua , lepas gua beta pulak , lepas beta?* mandi dengan penuh lemah gemalai ala ala puteri zaman dulu dulu gedik gedik mandi tepi sungai . siap mandi beta pun bersiap dengan penuh sopan santun . hei , saya warganegara yang patuh akan prinsip rukun negara ok . kesopanan dan kesusilaan . haha . saaaampailah ayahnda beta jerit dari luar rumah , "hoi , nak jalan kaki ke ?"

sampai dekat sekolah , princess teddy boleh nampak semua manusia sejagat sedang pegang satu benda hijau berpuaka yang dipanggil SJ . ya , tak syak lagi Semarak Jaya aka Sakit Jantung dahku nak menyiapkan . wakaka . memang aku tak pernah betul betul siap pun benda alah ni . so , pagi tadi rilek je lah . konon dalam dewan sementara cikgu syok sendiri borak kat depan sambil bayangkan kami semua sedang mendengar dengan penuh perhatian *kenyataannya tidak mungkin !* boleh lah copy yang kawan punya . 

tapi tadi , lain pulak jadinya . ada ke patut \tak patut tak patut/ cikgu kutip kami punya SJ . sebelum sebelum ni just tunjuk je dekat cikgu . selak laju laju konon dah siap . padahal men tibai je tulis merapu dekat tempat kosong tuh . kerja yang patut buat dalam foolscape pun siap separuh je padahal . dan cikgu dengan kudusnya melihat muka dahku yang konon heaven gila muka baik tak pernah tak siap kerja tu percaya je lah yang SJ aku dah siap . ohoho . best ~

tapi kali ni , kalau dah kena kutip tu , kompom ! GPK nak check sendiri satu satu . ohh nehi ! kantoi la semua kesan kesan conteng angkara baby montel yang belum sempat princess teddy padam tu . kantoi la ayat idiom BI aku salin balik je soalan dia . kantoi lah PAI aku tak buat kertas 2 . so , harap maaf tangan mulus . kebarangkalian anda dirotan adalah 65% mungkin ? score Z dia cari lah sendiri . hahaha . 
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)