SPONTANEOUS THURSDAY | 10 facts about me






pehh , tajuk tak boleh tahan . 10 facts bout me . bajet bila orang baca orang akan cakap
"wahh , fact about Husna la !"
dan dengan kadar segera terus click link and baca entry ni . phui ~ dah la tajuk hotstuff habis , tepek gamba besar besar pulak tu . bajet retis betul . ya saya tau , saya bukan retis . saya bukan J Lo . saya bukan Norah Denis . saya cuma tuan puteri yang comell . sobbsobb *sila muntah sekarang :P*

tapi peduli apa kan . ini blog princess teddy . tak suka ? anda boleh get lost dengan kadar segera . tapi kalau nak get lost tu jangan unfollow pulak . kesian titew . isk isk .

so , 10 fact 'bout me (yang cool lagi comel)

1) Saya sangat ayu bila makan . HAHA . ini fakta ya . jadi anda memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi bila nak ajak saya keluar makan . sebab memang kering tangan tunggu saya habis makab . nak buat macam mana kan , tuan puteri , memanglah perlu bersopan . hik hik .

2) Saya seorang yang sangat tidak serius . selalu kena marah dengan ibu sebab tergelak pada saat saat genting . contohnya , dulu rumah kami almost terbakar , saya boleh tergelak tengok ayah bertungkus lumus padamkan api . baru ni kereta kami kena rempuh , saya boleh tergelak tengok kereta tu kemik . and so on . so sila jangan cekik saya if saya tergelak bila korang tengah marah . pliss , i beg you . siyes benda ni tak boleh nak tahan . huk huk

3) Saya sangat tak pandai mengemas . untuk bukti yang kukuh , sila kunjungi kamar beradu saya . kih kih . atau lebih senang , tengok laci meja saya kat kelas . sangat serabut . kadang-kadang memang ada usaha nak kemas . tapi aktiviti tu hanya berjalan 5% . lagi 95% adakalanya tergendala akibat kepenatan yang melampau , atau disebabnya saya terjumpa barang-barang lama yang seronok untuk dibelek . hihi

4) Saya seorang yang bersaiz normal . walaupun Abang Po selalu cakap saya ni penby (pendek + chubby) tapi mana ada ! karut ja semua tu . ramai lagi kawan kawan yang sama tinggi dengan saya . tinggi saya 150 something (not sure 151/152/153) and berat saya 45kg . ya , berat say baru naik dua kilo akibat suka makan maggi sebelum tidur . tapi jangan risau . i'm on diet now :)

5) Saya seorang yang rabun . ini bukan bukti saya ni kuat membaca ya . bukan bukan bukan \geleng-geleng/
tapi ni bukti saya ni kuat online . asyik menghadap lappy sampai rabun mata . and power spec dah mencecah 200 at both side and rasanya perlu ditambah dalam masa terdekat . maknanya dah makin rabun la tu -,-

6) I'm still single (sebab belum lagi berkahwin) but not available (sebab dah kene cop :P)

7) Bakal menghadapi Serangan Penyeksaan Mental (SPM) this November . hopefully dapat 9A+ . Aminnnn...

8) Sangat suka warna pink . so , kalau korang tiba-tiba terima hidayah nak bagi saya present , silalah bagi apa apa saja yang warna pink . saya akan menerimanya dengan senang hati :)

9) Masih belum ada cita-cita . jadi jangan tanya saya nak ambil course apa bila masuk U nanti . still pening memikirkannya .

10) Bakal berkahwin dalam tempoh enam tahun lagi dan bakal melahirkan anak sulung sepuluh bulan kemudian . Okay ini auta (tapi harap-harap jadi fakta :D)

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)