Keep waiting for your cal


semenjak keluar hostel ni keadaan princess teddy sadis betul . rasanya maybe inilah yang orang cakap sindrom tekanan perasaan pasal handphone tak mau berbunyi . sunyi betul rasa hidup ni . kalau dulu phone terjerit jerit sampai nak keluar anak tekak (eh , phone ada anak tekak ke ?) haram jadah aku tak heran . tapi sekarang mesej masuk tak sempat nak habis ringtone mesej yang pendek tu pun princess teddy dah cepat cepat terkam mesej . kegersangan nak mesej masuk . huuu ~ padahal member mesej tanya malam ni ada kelas ke tak je pun . itu pun dah mampu buat princess teddy tersengeh sampai nampak gigi geraham yang berlubang .

tapi sekarang , dah tiga hari phone ni sunyi sepi . puas dah princess teddy belek takut takut dia sakit ke merajuk ke apa . tapi dak pun . cek suhu normal je . nak kata phone lapar pagi tadi dah sumbat current banyak banyak kasi dia kenyang . princess teddy siap buat cpr lagi . takut dia pengsan ke apa . tapi okay je . tapi nape tak bunyi bunyi ? dan tapi kenapa banyak sangat tapi ni ? --'

wuuu ~ Abang Po , hang tak mau call cek ka ? puas sudah ku menunggu . isk isk isk . dah la tak dapat nak menatap lubang hidung anda , nak dengar suara yang tak berapa nak merdu tu pun tak dapat . ni yang start nak menangis sorok sorok dalam selimut sambil pegang torch light ni . tak pe tak pe ,  you tak nak call i , nanti i tak nak pandang you dah . cett , sejak bila ber i you ni ? gugur bulu ketiak mak cik tepi rumah Mak Senah dengar . 

so , bila dah sasau macam ni , kerja dengar balik recording sembunyi sembunyi time gayut dulu je lah . nampak kan sadis =..=

2 comments:

  1. memberygmsjtanyapasalkelasmalamtu :PMay 12, 2012 at 9:37 PM

    nanty kite msj dye byk2 :P

    ReplyDelete
  2. yelah member aka nenek tua . hahaha
    pg la mesej public asrama tu..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)