Colour of life

muka bangga tunjuk lencana dan name tag =..='


hari ni princess teddy dengan jayanya telah menjawab paper 2 sejarah and paper 1 PAI . and hell yeah , PAI memang aku tak sempat nak study . memang study last minute sebelum exam start . haram jadah tak masuk mende . tapi alhamdulillah , boleh la jugak kot jawab sikit sikit .

well , actually tengah happy ni . pasal tadi dapat balik sama dengan Abang Po . lalala ~ ceh , baru borak kejap dah suka sampai nak terjun lombong . padahal semalam semalam dan semalam puas merungut tak puas hati kenapa Abang Po tak mau call . sombong gila kot . tapi hari ni baru kena tegur sikit terus lupa segala caci maki semalam . ufufu ~

then yang penting sekali ni ! sebelum berpisah kat simpang tu dia mesti akan cakap babai , i love you .

cett , dan saya akan gelak mengekek atau buat muka toya atau bagi jelingan maut atau akan cakap , ceh , sengal . macam tu je lah respon yang dia dapat setiap kali . muahaha . padahal dalam hati dah bershuffle gumbira . siap jawab lagi , i lob yuh too , i lob yuh three , i lob yuh four , five , six , seven , bla bla bla pot pet pot pet sampai infinity .

tiba-tiba terfikir , orang yang baca entry ni maybe akan cakap , ceh , ini budak banyak tak sedar diri . tahun ni nak SPM dia sebok nak bercinta . kecik-kecik belajar je lah , jangan nak menggatal sangat . kan kan kan ? betul tak ?

tapi sebenarnya.... ada aku kesah ? kuikuikui . gurau gurau . actually , my opinion la , normal la kan remaja macam saya ni menggedik nak ada boyfie . asalkan jangan lebih batas sudah . pandai jaga aurat , batas pergaulan , and maintain your study , then lantak kau la nak bercinta sampai nak termuntah pun . ops , bukan termuntah pasal pregnant ya . no no no \geleng-geleng/  cikgu cikgu pun rasanya tak kan marah . yang selalu orang sampai kena rotan , kena kaunseling tu pasal result dia down or dia ada buat something yang tak patut dia buat . ye dok ?

well , hidup ni macam makan maggi la . cara yang sepatutnya dan disyorkan ialah remdam maggi tu dengan air panas , tunggu tiga minit then korang boleh menketedarah dengan senang hatinya . tapi mesti tak rasa anything special abaout that maggi right ? what if korang letak telur , udang , ayam , ketam , serta daging unta dalam tu . baru la WOW kan . mesti jiran sebelah rumah dengan tiba tibanya datang menziarah dek kerana terbau maggi kari meletups anda tu .

then nanti bila masuk peraduan makan maggi pun , seronok orang dengar cerita kita .
pada suatu hari yang hening , saya telah pun memasak maggi yang gila vavi punya sedap . semua jenis daging yang halal dimakan saya campak dalam tuh . saya tak main la letak telur ayam ni , saya main telur burung unta , barulah penuh satu mangkuk . time masak tu siap keluar api lagi dari dalam kuali . peh , memang bergaya gila ah saya masak ! then makan panas panas , baru lah ada feel .

orang yang mendengar pun , wow , boleh bukak kedai jual maggi budak nih .

then datang pulak si Melah nak ceritakan pengalaman dia masak maggi . 
saya masak maggi dengan sopan . mengikut protokol dan cara yang telah disyorkan . rendam dalam air panas , tiga minit dah boleh makan . senang , cepat dan selamat . tak kan ada risiko dapur terbakar . then tunggu maggi tu sejuk dulu baru makan . baru la save sikit , lidah tak melecur . hik hik

it's like , yeah , so save.... and boring....

macam tu jugaklah hidup ni . cuba kalau masa muda ni , kita jadi baik sangat . ikut je apa yang sepatutnya . datang sekolah bawa beg berat berat , belajar sepenuh jiwa raga , balik rumah buat homework , study , then tidur . sampai besar . bila kahwin pun mak yang tentukan jodoh . memanglah selamat dunia akhirat . tapi nanti bila dah tua , tak ada pengalaman menarik pun yang boleh kita buat bedtime story untuk cucu cucu kita .

ayah dulu macam mana ayah kat sekolah ?
pergi sekolah belajar la .
tak pernah ada makwe ke ?
tak
tak pernah kena denda ?
tak
habis apa pengalaman paling best time sekolah ?
dapat banyak ilmu yang berguna dan dapat keputusan yang cemerlang :)
owh,, okay fine =..=

tapi kalau kita enjoy hidup ni ,,

mama dulu macam mana mama kat sekolah ?
mama budak pandai , tapi selalu jugak kena denda .
eh , sebab apa ?
sebab mama suka bercakap dalam kelas masa cikgu mengajar . hehe
kena denda apa ?
macam macam . berdiri atas kerusi , ketuk ketampi , bla bla bla .
mama pernah ada boyfren tak ?
of coz la (muka bangga)
sape sape ??
bapak hang la , sape lagi .
cerita la !!
once upon a time , pot pet pot pet .


kann best . ada banyak pengalaman best . walaupun time ni kita rasa kena denda , kena marah tu semua macam shit je , tapi bila besar nanti tulah yang akan jadi antara kenangan manis kita . so , enjoy your life selagi kita masih muda . nanti dah tua dah tak larat . hidup kat dunia ni sementara je , yang kekal di akhirat . so , make sure kita enjoy di dunia dan di akhirat . maknanya jangan over enjoy sampai buat dosa lah .

ada faham ??
great .
till then , dadaa ~

p/s : gila panjang aku membebel . haha

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)