Am struggling for 9A+ . cewahh ~

 antara salah satu gaya membaca buku -,-'

Assalamualaikum...
Mania Hafiz menang ! yeaaaa . tahniah saya ucapkan buat Hafiz . semoga dapat membela rambut lebih panjang lagi . kalahkan david arumugam . you can do it hafiz . go go ! eh , bukan ni motip princess teddy update blog malam ni . ngehehe , tersimpang pulek dari niat asal .

well , sepanjang minggu ni princess teddy jarang update kan . ini semua berpunca daripada kedengkian tahap melampau pihak sekolah yang senang hati lagi berlapang dada memaksa princess teddy duduk bertapa di dewan untuk ambil exam mid year . demm . i hate yuh .

so , semalam nitemare princess teddy dan seluruh warga form 5 sejagat dah hampir tamat . hell yeah , kami dah selamat diijabkabulkan menduduki kertas paling sakit otak , yakni addmath . WTF addmath ?? ye addmath . ala addmath yang senang macam jilat eskrem baskin robin tuh . takkan tak tau *totally fake!!!* . peh , memang terharu la rasa bila balik sekolah hari jumaat tu . rasa macam otak ni baru lepas kena trim . sebelum ni ibarat ada lalang baka afrika tumbuh atas kepala . habis je exam addmath rasa macam separuh dah kena tebang . lapang sikit . eh,, ada ke orang tebang lalang ? -..-'

selama seminggu ni jugak , susah betul mau bertegur sapa dengan Abang Po . haih , sadis bangat dong . dah la malam semalam dia pergi dinner dengan sultan pahang dekat hotel apekebendanamanyaakudahlupa . ya , pergi tanpa dahku yang comel ni di sisi . wuuu , ini tidak adil tidak adil tidak adil bagi ku . mana boleh macam ni . sepatutnya i dapat invitation okay . tergamak tuanku melupakan kaum kerabat imaginary tuanku yang baik lagi cool nih ? mentang-mentang beta tuan puteri negara husnaland , tak mau pun jemput pergi dinner orang malaysia . ceh . tau la kita ni tak ada bau-bau mempelam . tak pe tak pe , tanak kawan ! (sejak bila aku kawan dia tau -,-)

okay okay , tau korang dah meluat baca entry tak de motif ni . merungut je tahu . bersyukurlah dengan apa yang ada . sabet . haha 
k , stop merepeking . sambung baca buku ! ceh , konon , padahal tak start study pun lagi . haha . wish me luck untuk paper bio and physic next week . till then , bubbye ~ *flying kiss*

Chatting with my teacher :P

well , tadi princess teddy baca belog mok cik maria elena . dia cerita pasal adik dia yang tanya pasal kenapa kalau kita fly , kita nampak laut tu warna kehijauan or brown . tapi kalau tengok dari gambar yang satelit tangkap , laut tu warna biru gila kot . 

aah ek , tak pernah terfikir pulak dahku . hmmm (urut urut dagu)

so mokcik maria ada terangkan serba sedikit . like i say , serba sedikit . sangat sedikit . tak berapa detail lah . and ini telah membuatkan hatiku rasa tak tenang dok memikirkan kenapa kenapa dan kenapa . at the end , baik aku tanya cikgu fizik . habis cerita . haha

so , bermula lah conversation saya dengan cikgu fizik . hohoho .

gila panjang . kalau sanggup bacalah . semuanya fizik . letih aku nak memahamkannye =..='






pot pet pot pet dan tiba tiba....

dan dengan tiba tiba nya lagi....

 wakaka .lepas ni saya akan membimbing 2/3 orang rakan tu dengan sepenuh jiwa raga . terutama rakan yang last tu . dengan senang hatinya . huahuahua





Colour of life

muka bangga tunjuk lencana dan name tag =..='


hari ni princess teddy dengan jayanya telah menjawab paper 2 sejarah and paper 1 PAI . and hell yeah , PAI memang aku tak sempat nak study . memang study last minute sebelum exam start . haram jadah tak masuk mende . tapi alhamdulillah , boleh la jugak kot jawab sikit sikit .

well , actually tengah happy ni . pasal tadi dapat balik sama dengan Abang Po . lalala ~ ceh , baru borak kejap dah suka sampai nak terjun lombong . padahal semalam semalam dan semalam puas merungut tak puas hati kenapa Abang Po tak mau call . sombong gila kot . tapi hari ni baru kena tegur sikit terus lupa segala caci maki semalam . ufufu ~

then yang penting sekali ni ! sebelum berpisah kat simpang tu dia mesti akan cakap babai , i love you .

cett , dan saya akan gelak mengekek atau buat muka toya atau bagi jelingan maut atau akan cakap , ceh , sengal . macam tu je lah respon yang dia dapat setiap kali . muahaha . padahal dalam hati dah bershuffle gumbira . siap jawab lagi , i lob yuh too , i lob yuh three , i lob yuh four , five , six , seven , bla bla bla pot pet pot pet sampai infinity .

tiba-tiba terfikir , orang yang baca entry ni maybe akan cakap , ceh , ini budak banyak tak sedar diri . tahun ni nak SPM dia sebok nak bercinta . kecik-kecik belajar je lah , jangan nak menggatal sangat . kan kan kan ? betul tak ?

tapi sebenarnya.... ada aku kesah ? kuikuikui . gurau gurau . actually , my opinion la , normal la kan remaja macam saya ni menggedik nak ada boyfie . asalkan jangan lebih batas sudah . pandai jaga aurat , batas pergaulan , and maintain your study , then lantak kau la nak bercinta sampai nak termuntah pun . ops , bukan termuntah pasal pregnant ya . no no no \geleng-geleng/  cikgu cikgu pun rasanya tak kan marah . yang selalu orang sampai kena rotan , kena kaunseling tu pasal result dia down or dia ada buat something yang tak patut dia buat . ye dok ?

well , hidup ni macam makan maggi la . cara yang sepatutnya dan disyorkan ialah remdam maggi tu dengan air panas , tunggu tiga minit then korang boleh menketedarah dengan senang hatinya . tapi mesti tak rasa anything special abaout that maggi right ? what if korang letak telur , udang , ayam , ketam , serta daging unta dalam tu . baru la WOW kan . mesti jiran sebelah rumah dengan tiba tibanya datang menziarah dek kerana terbau maggi kari meletups anda tu .

then nanti bila masuk peraduan makan maggi pun , seronok orang dengar cerita kita .
pada suatu hari yang hening , saya telah pun memasak maggi yang gila vavi punya sedap . semua jenis daging yang halal dimakan saya campak dalam tuh . saya tak main la letak telur ayam ni , saya main telur burung unta , barulah penuh satu mangkuk . time masak tu siap keluar api lagi dari dalam kuali . peh , memang bergaya gila ah saya masak ! then makan panas panas , baru lah ada feel .

orang yang mendengar pun , wow , boleh bukak kedai jual maggi budak nih .

then datang pulak si Melah nak ceritakan pengalaman dia masak maggi . 
saya masak maggi dengan sopan . mengikut protokol dan cara yang telah disyorkan . rendam dalam air panas , tiga minit dah boleh makan . senang , cepat dan selamat . tak kan ada risiko dapur terbakar . then tunggu maggi tu sejuk dulu baru makan . baru la save sikit , lidah tak melecur . hik hik

it's like , yeah , so save.... and boring....

macam tu jugaklah hidup ni . cuba kalau masa muda ni , kita jadi baik sangat . ikut je apa yang sepatutnya . datang sekolah bawa beg berat berat , belajar sepenuh jiwa raga , balik rumah buat homework , study , then tidur . sampai besar . bila kahwin pun mak yang tentukan jodoh . memanglah selamat dunia akhirat . tapi nanti bila dah tua , tak ada pengalaman menarik pun yang boleh kita buat bedtime story untuk cucu cucu kita .

ayah dulu macam mana ayah kat sekolah ?
pergi sekolah belajar la .
tak pernah ada makwe ke ?
tak
tak pernah kena denda ?
tak
habis apa pengalaman paling best time sekolah ?
dapat banyak ilmu yang berguna dan dapat keputusan yang cemerlang :)
owh,, okay fine =..=

tapi kalau kita enjoy hidup ni ,,

mama dulu macam mana mama kat sekolah ?
mama budak pandai , tapi selalu jugak kena denda .
eh , sebab apa ?
sebab mama suka bercakap dalam kelas masa cikgu mengajar . hehe
kena denda apa ?
macam macam . berdiri atas kerusi , ketuk ketampi , bla bla bla .
mama pernah ada boyfren tak ?
of coz la (muka bangga)
sape sape ??
bapak hang la , sape lagi .
cerita la !!
once upon a time , pot pet pot pet .


kann best . ada banyak pengalaman best . walaupun time ni kita rasa kena denda , kena marah tu semua macam shit je , tapi bila besar nanti tulah yang akan jadi antara kenangan manis kita . so , enjoy your life selagi kita masih muda . nanti dah tua dah tak larat . hidup kat dunia ni sementara je , yang kekal di akhirat . so , make sure kita enjoy di dunia dan di akhirat . maknanya jangan over enjoy sampai buat dosa lah .

ada faham ??
great .
till then , dadaa ~

p/s : gila panjang aku membebel . haha

Happy quote -,-

eksaitednye nak pergi kelas kimia esok pagi pukul 9 :))
*fakefakefakefakefake*

Keep waiting for your cal


semenjak keluar hostel ni keadaan princess teddy sadis betul . rasanya maybe inilah yang orang cakap sindrom tekanan perasaan pasal handphone tak mau berbunyi . sunyi betul rasa hidup ni . kalau dulu phone terjerit jerit sampai nak keluar anak tekak (eh , phone ada anak tekak ke ?) haram jadah aku tak heran . tapi sekarang mesej masuk tak sempat nak habis ringtone mesej yang pendek tu pun princess teddy dah cepat cepat terkam mesej . kegersangan nak mesej masuk . huuu ~ padahal member mesej tanya malam ni ada kelas ke tak je pun . itu pun dah mampu buat princess teddy tersengeh sampai nampak gigi geraham yang berlubang .

tapi sekarang , dah tiga hari phone ni sunyi sepi . puas dah princess teddy belek takut takut dia sakit ke merajuk ke apa . tapi dak pun . cek suhu normal je . nak kata phone lapar pagi tadi dah sumbat current banyak banyak kasi dia kenyang . princess teddy siap buat cpr lagi . takut dia pengsan ke apa . tapi okay je . tapi nape tak bunyi bunyi ? dan tapi kenapa banyak sangat tapi ni ? --'

wuuu ~ Abang Po , hang tak mau call cek ka ? puas sudah ku menunggu . isk isk isk . dah la tak dapat nak menatap lubang hidung anda , nak dengar suara yang tak berapa nak merdu tu pun tak dapat . ni yang start nak menangis sorok sorok dalam selimut sambil pegang torch light ni . tak pe tak pe ,  you tak nak call i , nanti i tak nak pandang you dah . cett , sejak bila ber i you ni ? gugur bulu ketiak mak cik tepi rumah Mak Senah dengar . 

so , bila dah sasau macam ni , kerja dengar balik recording sembunyi sembunyi time gayut dulu je lah . nampak kan sadis =..=

Save for this moment

muka lega :D

Assalamualaikum....kum....kum...kum.... (bunyi gema :P)
princess teddy tengah happy ni . sebab baru terlepas dari bencana . ohoho . tak tak tak . negara husnaland tak mengalami tanah terbelah dua mahupun air bertakung mahupun angin sepoi sepoi bahasa yang tiba-tiba menggila . cuma princess teddy terlepas dari bersua muka dengan makhluk mengerikan berbaju putih , bertopeng serta bersarung tangan . peh ,, menggigil bulu ketiak wa membayangkannye..

sebenarnya dari bulan dua belas hari tu lagi princess teddy gigih merengek dekat bonda suruh bawak pergi klinik gigi . punca kejadian princess teddy buang tebiat ni ialah kerana tampalan gigi tercabt dek kerana seronok sangat kunyah cekodok buatan bonda . demm , mujur tak mati tercekik simen tu -.-'

dan baru baru ni , princess teddy baru perasan ada satu lagi lubang yang baru memunculkan diri beliau . di gigi yang sama pulak tu ! oh demm shit . so hari ni tiba tiba ibu offer nak bawak pergi klinik gigi . heh , lima bulan kemudian . sekian lama gigi ni dibiarkan ternoda . tiba tiba terbit rasa cuak lagi nak terberak memikirkan si dentish yang seram lagi menakutkan . yih , rasa macam tak nak pergi . tapi takut kena sekeh dengan ayah . time ajak bukan main , bila orang dah nak bawak tak mau pergi . sebab takut . ceh , sungguh tak cool .

so sepanjang perjalanan macam macam princess teddy doa . supaya accident tengah jalan , so tak payah sampai klinik gigi . supaya doktor tu kena ceri beri hari ni . supaya jarum dia patah . supaya klinik tu meletup . dan akhirnya ! bila dah sampai klinik tu tutup ! wakakakaka . i'm so glad ~

tapi jangan gembira sangat , detik detik bersamamu wahai dentist akan tiba juga suatu hari nanti . omooo T_T

Motif II


ini lagi siyes tak de kerja . bhahaha

Motif ?

okay ni sah kes tak ada kerja --'
actually nak try test SAI yang baru saje di donlod tadi . hewhewhew 
ya tau huduh . just shut up okay .

TUTORIAL : Image Opacity





Hola readers :D
tuto ni sikit banyak punya senang . Mak Melah jiran belakang rumah nenek princess teddy pun boleh buat tau . so demi membuktikan korang lebih hotstuff dari Mak Melah tu , baik ikut steps ni betul-betul supaya tuto ni menjadi . kalau tak malu wooo . kalah dengan Mak Melah . tak sedih ke kalau Mak Melah yang sekolah takat darjah 6 tu lagi terer coding dari korang ? Sadis kan ? kan kan kan ? *baik cakap kan cepat!*

\one/
Dashboard ---> Layout ---> Add a Gadget ---> HTML/JavaScript

\two/
copy and paste code di bawah ni ya . sila guna ctrl c !

<style>/* ----- Image opacity effect by AskarrPink ----- */.post a img {filter:alpha(opacity=80);-moz-opacity: 0.8;opacity: 0.8;-khtml-opacity: 0.8;}
.post a:hover img {filter:alpha(opacity=100);-moz-opacity: 1.0;opacity: 1.0;-khtml-opacity: 1.0;}</style>

dah siap . boleh preview and save  :D
senang kan ? kalau tak lepas juga malulah sama Mak Melah --'

SPONTANEOUS THURSDAY | 10 facts about me






pehh , tajuk tak boleh tahan . 10 facts bout me . bajet bila orang baca orang akan cakap
"wahh , fact about Husna la !"
dan dengan kadar segera terus click link and baca entry ni . phui ~ dah la tajuk hotstuff habis , tepek gamba besar besar pulak tu . bajet retis betul . ya saya tau , saya bukan retis . saya bukan J Lo . saya bukan Norah Denis . saya cuma tuan puteri yang comell . sobbsobb *sila muntah sekarang :P*

tapi peduli apa kan . ini blog princess teddy . tak suka ? anda boleh get lost dengan kadar segera . tapi kalau nak get lost tu jangan unfollow pulak . kesian titew . isk isk .

so , 10 fact 'bout me (yang cool lagi comel)

1) Saya sangat ayu bila makan . HAHA . ini fakta ya . jadi anda memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi bila nak ajak saya keluar makan . sebab memang kering tangan tunggu saya habis makab . nak buat macam mana kan , tuan puteri , memanglah perlu bersopan . hik hik .

2) Saya seorang yang sangat tidak serius . selalu kena marah dengan ibu sebab tergelak pada saat saat genting . contohnya , dulu rumah kami almost terbakar , saya boleh tergelak tengok ayah bertungkus lumus padamkan api . baru ni kereta kami kena rempuh , saya boleh tergelak tengok kereta tu kemik . and so on . so sila jangan cekik saya if saya tergelak bila korang tengah marah . pliss , i beg you . siyes benda ni tak boleh nak tahan . huk huk

3) Saya sangat tak pandai mengemas . untuk bukti yang kukuh , sila kunjungi kamar beradu saya . kih kih . atau lebih senang , tengok laci meja saya kat kelas . sangat serabut . kadang-kadang memang ada usaha nak kemas . tapi aktiviti tu hanya berjalan 5% . lagi 95% adakalanya tergendala akibat kepenatan yang melampau , atau disebabnya saya terjumpa barang-barang lama yang seronok untuk dibelek . hihi

4) Saya seorang yang bersaiz normal . walaupun Abang Po selalu cakap saya ni penby (pendek + chubby) tapi mana ada ! karut ja semua tu . ramai lagi kawan kawan yang sama tinggi dengan saya . tinggi saya 150 something (not sure 151/152/153) and berat saya 45kg . ya , berat say baru naik dua kilo akibat suka makan maggi sebelum tidur . tapi jangan risau . i'm on diet now :)

5) Saya seorang yang rabun . ini bukan bukti saya ni kuat membaca ya . bukan bukan bukan \geleng-geleng/
tapi ni bukti saya ni kuat online . asyik menghadap lappy sampai rabun mata . and power spec dah mencecah 200 at both side and rasanya perlu ditambah dalam masa terdekat . maknanya dah makin rabun la tu -,-

6) I'm still single (sebab belum lagi berkahwin) but not available (sebab dah kene cop :P)

7) Bakal menghadapi Serangan Penyeksaan Mental (SPM) this November . hopefully dapat 9A+ . Aminnnn...

8) Sangat suka warna pink . so , kalau korang tiba-tiba terima hidayah nak bagi saya present , silalah bagi apa apa saja yang warna pink . saya akan menerimanya dengan senang hati :)

9) Masih belum ada cita-cita . jadi jangan tanya saya nak ambil course apa bila masuk U nanti . still pening memikirkannya .

10) Bakal berkahwin dalam tempoh enam tahun lagi dan bakal melahirkan anak sulung sepuluh bulan kemudian . Okay ini auta (tapi harap-harap jadi fakta :D)

Suatu hari di dewan periksa





Assalamualaikum dear(s) :D
Hari ni first day exam . wohoho . siyes neves . dah la tak cukup preparation , pulak tu tetiba cikgu baik hati pergi buat exam dekat dewan sekolah . campur dengan budak form four pulak tu . ouh shit , tak boleh meniru . huk huk . so tadi , all the answer are pure from my kepala hotak . no cheating at all . oh , terharunya dahku dengan situasi ini . nampak macam budak baik lagi comel kan ? hik hik (ouh sila jangan lempang saya)

dah la tempat duduk princess teddy jauh betul dengan Abang Po . haih , sedih . so hari ni langsung tak sempat nak bertegur sapa dengan dia . wuuu ~ kasihan saya yuh . so sepanjang exam tadi , princess teddy terkotak katik seorang diri menjawab soalan . siyes menyeksakan . sakit jari jemari seksi i menulis sekian panjang karangan . tak dapat A lagi tak tahu lah mau kata apa . bila tak dapat jawab , cuma mampu terkebil kebil sendiri . geram je rasa nak sepak kerusi orang depan , mau tanya apa jawapan dia , tapi tuntas , kaki pendek . tak sampai T^T

so princess teddy cuma pusing kiri pusing kanan ja untuk hilangkan rasa bosan . nak usha Abang Po tak boleh . nun jauh di belakang . karang kena tuduh cubaan meniru pulak pusing pusing belakang (padahal memang niat cuba nak meniru)

tiba-tiba terasa lawak pulak bila keadaan macam ni . bila tengok semua orang , masing masing buat hal sendiri . terfikir jugak macam ni la keadaan bila SPM nanti . semua buat hal masing masing . siapa tak dapat jawab , menangis lah bawah meja sorang sorang . sadis . tadi princess teddy pusing kiri , nampak si peah sedang gigih menulis . lepas tu padam . lepas tu tulis lagi . tiba-tiba terfikir , sekarang bukan ke subjek sejarah . objektif pulak tu . apa yang dia tulis ? -,- 

then tengok lagi , ada yang seronok tergolek manja berdengkur atas meja . tak dapat pulak nak pastikan ada keluar sumber air ke tak dari perigi buta tu . pusing pusing lagi , nampak si joyah tengah sibuk sketch dia punya paper exam . kalau buat mind map demi mengingat fakta tak apa . tapi ni pergi lukis manga . haih , susah kalau jadi peminat anime tegar ni . dah macam otaku .

pusing pusing lagi , nampak si meon sedang menadah tangan dengan penuh kusyuk lagi tawaduk . aik , berdoa ? tadi rasa sebelum start jawab dia dah berdoa panjang . ni mesti kes mengamalkan konsel tawakal je lah ni . pusing pusing lagi , nampak mr unknown yang tak pernah dilihat sebelum ni . tapi macam pernah tengok . tapi kat mana ya . jadi dengan kadar segera secretary di otak yang sekian lama goyang kaki cepat cepat pergi bilik bakal di delete memory . ouh , muujur belum sempat delete . ada pun file tu . ya , baru ku ingat , itu encik Adam yang pernah jadi classmate princess teddy sekejap time form one dulu . tapi apa dia buat kat sini ? ambil exam pulak tu . so , menurut firasat princess teddy , dia tukar sekolah sini balik kot . haish , dia tu saingan hebat dulu . habislah bertambah jumlag saingan . wuuuu ~

pusing pusing lagi , nampak Abang Po dah terlentang tidur . ekekeke . (means saya pusing almost 180 darjah dah ne . hehe) kesian . mesti penat jawab sejarah tu . maklumlah subjek feveret dia kan . (nada perli habis ne)

so esok , paper BI pulak , wish me luck yeah . till then , tata :3

WORDLESS WEDNESDAY | I wanna be your last :)



Photobucket

Chaiyok Husna :D


Assalamualaikum .
ini entry random untuk diri sendiri . nda perlu baca secara tekunnya ya .

esok princess teddy exam mid year . mid year sudah ? yalah ! sedar diri lah wahai husna . wuuu ~ tiba-tiba terasa ada rama-rama serta kaum kerabatnya yakni termasuklah fairygodmather , fairygodfather , serta fairygodgrandma berterbangan dalam perut dahku yang kian membuncit ini . hey bukan membuncit pasal pregnant ya , tapi berkat rajin stay up malam-malam curi curi makan di dapur . tahniah buat diri sendiri =..='

kenapa pulak perlu rasa cuak ? ya perlulah . sebab princess teddy langsung tak study satu habuk lagi . tahniah buat diri sendiri . eh , macam ayat kat perenggan first tadi je . kan ? bukan ke ? baik cakap ya cepat kalau tak tak nak kawan seminit . jadi malam ni , princess teddy akan berhempas pulas (kononnya lah) menelaah buku teks sejarah whole form 4 and hingga bab 5 form 5 . serta , komsas . yes . saya suka -,-

tadi Abang Po call . hihi . boleh pulak dia tanya , sekolah awak periksa kan esok ? sekolah kita pun periksa jugak . hihi . gud luck ya . choi , padahal bukan ke kita satu sekolah ? satu form ? satu kelas lagi . dah la satu kelas , tempat duduk sejengkal je . dia duduk depan princess teddy je kot . hari hari menghadap buntut dia . eh , tapi jangan salah sangka . saya tak usha kawasan berkenaan ya . siyes ni tak tipu . kalau tipu pun tipu sikit je :P


P/S : masih tak jumpa kebaikan duduk di rumah . haih..

Photobucket

Family Day ~ [Entry Bergambar]


hi again ! :D 
korang korang korang . semalam kan , titew kan , pegi jalan jalan . best . hikhik . 
ok gedik .
well , memandangkan \apa yang pandang-pandang ni ?/ baru baru ni cuti tiga hari , so family princess teddy dengan gumbiranya berambus dari rumah lari jauh jauh ke sungkai , perak . siyes wa cakap sama lu derr , best mandi kat hot spring . heheh . memang cair lah segala lemak yang ada berendam dalam air panas . semua kolam princess teddy try mencelupkan diri . except kolam untuk merebus telur . gila ka . tak sanggup lagi nak jadi 'Husna rebus' . memang bunyi macam sedap . tapi princess teddy boleh jamin rasa dia tak sesedap yang dijangka . siyes ni \muka ketat/

nak dijadikan cerita , eh ni bukan reka reka cerita ya , siyes punya cerita ni . lepas semua dah penat mencelupkan diri di hot spring , kami nak menyejukkan diri pulak dengan mendaki bukit . up to cameron . yey ! tapi... malangnya perjalanan ke cameron memang spoil habis . sebab ayah bawak kereta tak smooth . why ? sebab kaki dia bengkak . why ? sangat memelalukan untuk diceritakan . tapi disebabkan princess teddy kanak-kanak yang baik hati , nak cerita jugak . ekeke .

my ayah bengkak kaki sebab main gelongsor dekat kolam hot spring tuh -,-'
dia and beberapa orang guru yang lain (memandangkan ni family day sekolah) ramai ramai buat kereta api naik gelongsong . and as i predict , memang betul . sampai je bawah memang semua terhantuk antara satu sama lain . yes , time ni la peluang keemasan nak gelakkan cikgu cikgu sampai terguling guling .  mana tak nya , cikgu cikgu yang pergi buang tebiat tu semuanya yang cover siyes memanjang dekat sekolah . tapi bila luar sekolah , kalah budak budak ! hak tuih ! so , beberapa orang cikgu benjol kepala , ada yang berdarah mulut , and my ayah sakit kaki pasal ustad asman terhimpap atas kaki dia . padan muka kepada semua . kekeke .

then , bagi menyepoil kan lagi perjalanan kami , otw tu kereta pulak kena rempuh . hak tuih sekali lagi . memang owner iswara merah tu kompom tak past task memotong kereta time ambil lesen . dah la rempuh kereta orang sampai kemek , boleh pulak dia straight jaa . tak nak berenti pun minta maaf . kwangjau punya manusia . grrr ~

tapi kami tetap cuba mengenjoykan diri berjoli sakan di cameron sampai terkopak dompet and live happily ever after . sekian sahaja cerita padat lagi ringkas dari saya . sekian , tenkiu :)







ehh , mana gambarnya ? tadi cakap entry bergambar ? sebenarnya... malulah . siyes semalam rasa nak menangis tengok semua gambar . pasal apa ? princess teddy nampak gemuk sangat ! waaaa >,<




see , ouh , hate that . nampak tembam gila . dah la muka burn . lama sangat berjemur mandi kolam . huduh kemain . wuu . last last , gamba baby montel jugak yang comel . tapi tak mau letak gamba dia. nanti korang nak nombor . hehe ~



Photobucket

I'm Back ! :D



Assalamualaikum dear :3
ohhh , rindunya ! dah lama gila kot tak hapdet belog . nyumnyum . rasanya dah sebulan lebih tak hapdet . nyum nyum . maklumlah , lately princess teddy sooo buzy . nyumnyum . dah la hostel baru dapat balik minggu lepas . nyum . tapi.. nyum...

ok ok . sorry sebab menaip sambil makan mashmellow . ok dah habis . sambung cerita !

tapi.. now i'm merdeka ! woohooo ceria >,<
eh , apa yang merdeka ? bukan ke belum bulan Ogos lagi ? tak tak tak \geleng-geleng/ bukan merdeka yang tanggal 31 tu . tapi merdeka dari rules , dari warden , serta dari exco exco form six yang annoying . \kepada kakak kakak form six yang sedang membaca serta mengenali saya , just shut up ok . rahsia kita kita je . hik hik/ i'm out from hostel ! (kita kasi bold sikit :P) weeee ~

so lepas ni , boleh mengadap blog duapuluhtigaperpuluhanlima jam sehari tujuh hari seminggu tiga puluh hari sebulan dua belas bulan setahun infiniti tahun seumur hidup . yey ! lagi 0.5 aka 30 minit tu sila izinkan princess teddy bagi menunaikan apa yang patut yakni makan berak serta solat . mandi boleh dipertimbangkan kemudian .

hee ~ sangat seronok menabur brown sugar di tepi bibir . zaman sekarang orang tak main dah tanam tanam tebu tak perlu dibaja ni . penat . beli je gula kat supermarket . mudah , cepat , dan mutakhir . untuk menyaport amalan gaya hidup sihat kita guna brown sugar . baik untuk kesihatan . cubalah . nak lagi bagus tak payah guna gula. pakai stivia . best .

ok , stop merepek ! yela tu nak hapdet blog hari hari . cakap je , nanti blog ni dipinggirkan jugak  . biasalah tu , manusia . haha . sabet . konklusinya , entry ni hanya nak menyatakan yang princess teddy akan kembali bergiat aktip berbelog serta merepek lepas ni . ready ready lah ye . dashboard korang bakal semak lepas ni . heee ~
Photobucket