Hari-hari pertama 2012 yang sesak !


haih , sesak nafas ! semalam tak sempat nak update blog wish happy new year . sedihnya . semua gara gara tugas dan tanggungjawab yang terpaksa princess teddy galas sebagai seorang tuan puteri ni banyak kemain . nak kira pendapatan negara lagi . rakyat jelata dah makan ke belum . pasukan tentera dah pandai menempak tepat ke belum . nak tanya pasukan perisik ada musuh nak serang ke tak . haih... penat penat !

okay itu sangat auta . haha . sebenarnya busy prepare nak masuk hostel . semarak jaya lagi . uhuk uhuk . terasa nak meraung je . semalam pagi pagi buta dah kena paksa bangun . ntah pape . esok dah kena bangun awal pagi balik . tak merasa la dah nak menjadi pekerja kilang air liur dan tahi mata yang berjaya . tak merasa la dah nak jadi pengarah mimpi mimpi pelik tapi menarik yang boleh membuatkan diri tak reti reti nak bangun sampai tengah hari gara gara nak tahu ape kisah selanjutnya dalam mimpi tu . waaa , mesti nanti rindu semua ni . isk isk isk ;'(


so semalam , siap sudah memborong segala hostel needs . baldi , gayung , cermin untuk belek muka , pengangkut untuk sangkut segala tudung beg bagai , berus nak mengganyang baju , tabung untuk simpan duit syiling , tuala , bla bla bla . lepas tu buat homework yang masih bertimbun .

dan sekarang ? masih lagi bergelumang dengan semarak jaya yang tak berapa nak berjaya . tu la orang suruh buat awal awal tak nak . padan muka . hahahaha *gelakkan diri sendiri -,-'*

Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)