Perempuan Cantik Bila...



siapa yang taknak cantik ? semua orang pun harap jadi cantik . yang dah cantik pun sebok nak mencantikkan lagi muka . tipulah kan kalau ada orang yang teringin muka dia jadi buruk.. tapi kalau muka cantik tapi perangai buruk orang takkan suka jugakkan ? so bagi princess teddy , perempuan cantik bila....



pakai tudung
kalau girl pakai tudung , nampak ayu je . and kalau kita letak sorang girl pakai tudung di kalangan girls yang tak pakai tudung , orang terus akan cop dia tu baik walaupun tak taw lagi perangai dia yang sebenar . kalau rambut kita tak cantik ke , kan ke boleh tutup dengan bertudung ? takdelah nampak menyeramkan . ni tak , kadang-kadang tuh selisih dengan girl yag tak pakai tudung , tapi rambut dah macam singa . lagi-lagi kalau selisih dengan makcik-makcik yang tak sedar diri . ada yang rambut perang macam sarang tebuan lah ,  menggerbang macam orang meroyan lah . cantik ke ? better diorang pakai tudung kan ? lagipun sekarang ni kan dah macam-macam fesyen tudung . cantik-cantik semua . 


sopan santun
bukan lah sopan macam cakap slow , jalan lemah gemalai , ketawa tak keluar bunyi dan sebagainye . tapi bila bercakap takde lah kuat-kuat sangat . ni tak , ada setengah orang tu sengaja je cakap kuat-kuat . lepas tu buat-buat bodoh la ape la . suka bila orang gelakkan dia . bila ketawa pulak sekuat hati . macam sengaja nak tarik perhatian . walaupun boleh jadi glemer , tapi glemer dengan....
"eh ko kenal tak tuuttt?"
"yang mana ?"
"alaa yang suka mencampak tu . yang gedik tak berabih tu"
"owhh .. kenal3"
kalau girl tu sopan , mesti nampak cantik je . kalau dia memang cantik , orang akan cakap . 
aku suka tengok teettt tu . dah la cantik , sopan plak tuh . sejuk mate tengok
kalau girl tu biasa-biasa je tapi sopan , orang akan cakap
aku suka tengok tooottt tu . sopan je . nampak ayu je..


natural
tak perlulah makeup beria sangat . kadang-kadang tengok artis-artis make up , pipi merah kemain , gincu pulak pink . kalau pink comel tak pe . ni pink yang memang tak kene dengan muka . then mate dah macam ape tah . kalau hijau hijau sehijau hijaunye . kalau biru , biru sebiru birunye . kalau buat smoky eyes pulak , dah tak macam orang . dah macam panda ! lepas tu bulu mate macam bulu merak . cantik ke pakai bulu mata palsu pelik macam tu ? yang penting , tak berat ke bila nak bukak mate . princess teddy pakai maskara pun dah rase berat mata . cukup la sekadar pakai bedak and lip balm supaya bibir tak nampak pucat atau kering . rajen sikit selek eye liner . cukup . rambut pulak tak payah la nak blonde . tak masuk la dengan muka melayu . pulak tu pakai lens warna biru . ohh pliss la . nyampah i 

tengok , yang natural bukan cantik sangat pon . muka plastik kot..

orang cakap kalau nak tengok wajah sebenar seorang perempuan , tengok time dia baru bangun tidur . tu lha yang paling natural . kecuali la kalau tidur pun pakai make up . haha


tak sombong
ape perasaan korang kalau jumpa perempuan yang cantik , tapi sombong atau berlagak ? siap guna tagline i taw i cantik . so u guys jangan nak jeles ok . choi . memang tak kan ada orang suka jugak kan bila kita terlalu bangge dengan kecantikan kita . so baiklah kalau kita ramah dengan semua orang . kan senang . tak rugi pon .


be yourself
tak payah sebok nak jadi klon orang lain . tak payah susahkan diri bukak segala majalah fesyen untuk tiru fesyen artis-artis barat . tak payah nak tiru gaye kpop . tak payah nak pakai and act macam top student kat school or kolej korang . just be yourself . dress up like yourself . cantik je . and maybe dengan jadi diri sendiri , mungkin lepas tu akan ada pulak orang tiru gaya korang ? kira ok la tu . haha . bak kate makcik selena gomez , i wouldn't wanna be any body else . i'm just just beautiful me B-)

p/s : cikgu princess teddy cakap , perempuan paling ayu bila dia pakai telekung :)

5 comments:

  1. tak payah nak tiru gaye kpop . <---ini aku suka :)

    ReplyDelete
  2. suka dgr pesanan cekgu princees teddy..pkai telekung nmpak suci..

    usha muka org pas bangun tido is gud idea...muka org pas bangun tido ialah muka suci sebab haritu dya belum wat apa2 dosa agy..:)

    ReplyDelete
  3. @diebaa ~ hahah . ada maksud tersirat ayt tuh :P

    ReplyDelete
  4. @si kiut lavender
    yup . memang sape2 pun pakai telekung sejuk je mate pandang .

    pasni lepas bgn tidur tros tangkap gamba then hanta kat bf , tanye cantik x saya ? heheheh

    ReplyDelete
  5. setuju 10000000 kali juta,,,hahha

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)