\entry berbaur tacing/
salam readers . (perlu ke ada s ? ada ke orang baca blog ni ? ahaha \tacingtacingtacing/) walaupun letih seharian mendera kaki pakai flat jalan-jalan , tapi semangat untuk menaip tak penah luntur . eceyh . kalau semangat study macam ni kan bagus -..-''
untung la kan kalau comel . pergi mana-mana pun orang suka . jalan kat mana-mana mesti orang pandang punya .
uiii , comelnya budak tuh
*pasang telinga sambil teruskan jalan dengan penuh vogue*
---angan-angan dahku---
jeles nih jeles . kenapa lah baby montel tuh comel sangat . \comel ke ?/
pergi open house , semua orang nak cuit pipi dia . bila balik kampung , atok nenek terkam dia dulu . cucuku ! alahai comelnya si bulat ni... saya ? diabaikan . wuuu , takde pun yang nak sambut princess teddy dengan ucapan "cucuku ! alahai gojesnye cucu sulong aku nih" tak de . zero . sifar . maths error .
bila jumpa kawan-kawan ibu kat mane-mane pulak , mesti dorang hulur duit kat haziq . princess teddy kat sebelah ni puas la terkelip-kelip buat muka sehabis choomel , tak dek pun dihulur duet walaupun 5 sen . sadiss . tadi lagi best . sementara tunggu ayah beratur kat kaunter , boleh pulak sales girl kat luar tu terkam baby montel . mula-mula cakap comel la , mate bulat la , pipi tembam la , mulut comel la . lepas tu mintak nak dokong pulak . baby montel pulak mula menunjukkan aura pramah terlajak dia tuh . dengan senang hati nak je . lepas dokong dia mintak nak tunjuk baby montel kat kawan-kawan dia kat luar pulak . sudahnye semua sales girls kat luar tu dok timang-timang baby montel . dari ayah beratur , kat kaunter , sampai dah siap bayar , tak sudah lagi dorang main . sampa ayah kene tunggu pulak kat luar . baby montel pun suka je la sebab dikerumuni awex-awex hots rambut blonde , pakai kemeja fit habis , jeans mini skirt , legging , serta high heels . best best best .
kaklong dia kat tepi ni dorang tak nak pandang pun . tak nampak ke mata i pun bulat laa . lagi besar gedabak dari mata baby montel tuh . tapi maybe la kot dorang takut nak pandang . sebab musabab princess teddy pakai eye liner atas bawah tebal-tebal hari ni . pasal make up time tengah frust .so imej saya hari ni macam emo muslimah lah ye . \emo muslimah?/
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)