gamba ni buat lawak . haha . mana boleh dengar apa hati kita cakap . kalau lah betul kita boleh dengar apa hati kita cakap , apa hati kita rasa , mesti sekarang ni princess teddy dah gila . mesti hati tu akan cakap "tolong , tolong . hentikan semua ni . aku rasa pedih sangat ."
and mesti hati tu akan cakap lagi , yang dia rasa macam kena makan . well , kalau selalu orang cakap bagai dihiris dengan sembilu . tapi hati princess teddy cakap , bukan dihiris dengan sembilu , juga bukan dicincang dengan pedang tou aii . dan yang pasti juga bukan dicelup dalam asid . tapi rasa macam kene makan . kenapa
cuba ingat proses kita makan . mula2 dibasuh bersih2 . terasa nyaman sangat . lepas tu ditambah keriangan dengan rakan2 yang lain iaitu sayur , kentang , ketulan ayam.. macam2 lah . tapi lepas tu kene goreng . walaupun ada sikit rasa panas and sakit , tapi x pe , orang yang goreng tu seronok . gembira . lepas ni boleh makan lauk hati . tak sabar nye . and kita pun mengharap dapat menggembirakan orang2 tu . tapi ,, sebaik je hati disuap dalam mulut , gigi2 yang dari luar nampak cantik , tu lah yang merobek2 hati sampai lumat dalam mulut . lepas tu bila ditelan , terpaksa pula melalui oesophagus . rasa sempit . rimas . lemas . bila dah sampai perut , ingatkan semuanya dah berakhir . tapi rupanya tak . datang pulak segala macam jenis asid menghadam serta menguraikan hati ni sampai la jadi sekecil2 molekul . lepas tu hati yang dah hancur terurai tu ditolak2 masuk ke dalam usus . kat situ , segala yang baik akan diserap untuk kepentingan sel sel lain . dan akhirnye , sisa2 hati tadi dinyahtinjakan and masuk la dalam lobang jamban . alone , gelap , tak selesa . and takkan ada sape dah yang akan kutip hati tu tadi . walaupun ada pekerja syabas datang , tapi diorang takkan belai lagi , tak kan basuh , and layan lagi hati tu macam mana hati tu rasa sebelum dia digoreng . hanya sekadar datang dan pergi . dah tak de makna buat hati tu dah .
haha , sadis bukan nasib hati princess teddy entah lah . rasa penat sangat . dah letih . letih segala galanya . mungkin orang akan cakap , "eleyh , cinta monyet je pun . berie betul."
tapi apa yang princess teddy rasa ni , macam lawak lah pulak . haha . tak penah hayat kalau sedih sampai macam ni . jeling fone je menangis . terpandang teddy bear pun nak menangis . sebelum tido menangis . bangun pagi terus menangis . sebelum pergi sekolah meleleh lagi . dekat sekolah apetah lagi . haha . sampai time jawab exam pun mata terkelip kelip . takut basah kertas jawapan . sambil jalan kaki balik rumah menangis . bukan gril pintu pun nangis . masuk bilik....meraung . kah3 . (huduhnye lha perangai)
anyway , nampak sangat ke muka ni ada masalah princess teddy selisih ngan sapa2 , orang akan tanya "una , ko ok ke tak ni" " hai una , ok tak " "una , jangan sedih2 ya" and segala macam una lagi lha . and bila princess teddy just senyum and blah mesti orang tu akan jeirt nama princess teddy "unaaaaa" hahah , macam nampak aku kene gilis lori je . sume orang plak tu macam tu . macam dah pakat je . and kalau nak taw soalan korang tu yang buat aku tak ok . baru je kesat air mata dengar orang tanya princess teddy ok ke tak terus keluar balik . adoyai . nampaknya princess teddy kene pergi jumpe tukang paip . ada paip bocor agaknya . tak letih2 keluar air .
haih , kalau cuma ni masalah nye , mungkin princess teddy kuat lagi . tapi ada lagi satu masalah . entah la . penat wey . kenapalah agaknya tercipta manusia yang suka mengasak perasaan orang lain . i am really fragile now . tapi dia tetap macam tak peduli . cuma fikir perasaan dia . dah taw princess teddy tengah sedih lagi , tapi dia tetap try an error . kalau princess teddy ni kejam , rasa nak je cakap , saya tak nak awak . saya tak boleh terima awak . saya tak suka awak . SEBAB SAYA SAYANG DIA LAGI . tapi semua ni jadi tak terkeluar bila dia cakap kenapa princess teddy taknak trima dia. kalau dulu boleh bagi alasan dah ada bf . sekarang nak cakap sayang EX-bf lagi untuk apa . dia takkan datang balik dah . dah tekad . kalau princess teddy nak tunggu pun , sia sia je . buat lagi sedih . tapi princess teddy jugak tak dapat nak terima 'cinta' yang sorang lagi tu . tak suka . nanti hanya akan ada sebelah pihak yang gembira .
haha , sadis kan bila ape yang kita nak , komfom2 takkan dapat . and kita dipaksa pulak terima apa yang kita taknak . kenapa dunia ni macam tak pernah nak faham yang aku tak lah sekuat mana .
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)