Camping ~



ohh , tolong lha percaya kenyataan tak seindah dalam gamba ni -..- .well petang semalam tepat pukul 3 p.m princess teddy sampai sekolah . dengan keadaan yang sangat tak ready ! pukul 2.30 baru terhegeh2 nak kemas beg ! memang banyak lha kan barang lupe nak bawak ! then , sampai2 tengok tak da orang pun lagi . cehh -..- . semangat lha princess teddy siap cepat2 . then pergi ikut ayah pergi bank dulu . ingatkan kejap ja . princess teddy jangka dalam pukul 3.15 boleh lha naik sekolah balik . tengok2 terkandas di bank sampai pukul 3.50 ~ ayoyo amma appa . mujur lha ayah tu cikgu sekolah princess teddy . kalau tak naya lha aku datang lambat .


then . dah siap daftar and taklimat semua , bermula lha sesi penyiksaan . first kene pasang khemah lha kan . then kami ni baru ja nak start pasang terus turun hujan lebat tak ketahuan hala . waduh , gawat ! tapi takkan nak lari tinggal je khemah kat situ kan . so kami ni pun pasang je lha khemah dalam hujan . yes ! memang saya sukeeee~~~ and well , pastilah baju and tudung habis semua basah . and kamu kamu maw tahu ,
saya tak bawak tudung spare pun . hohoho . 

last2 , cikgu arahkan kami semua angkat khemah tu , tukar tempat dari padang pergi tepi dewan . pasal padang nak penuh air . so , malam tu princess teddy tidur dengan nyenyaknya di atas jalan tar berlapikkan plastik khemah serta selimut nipis yang ditukar function jadi lapik maw tidur . sangat selesa yah ! lebih2 lagi bila satu khemah tu dipenuhi dengan 7 orang gadis comel macam saya . (jangan muntah dulu ;p) so malam tu tidur himpit2 lah . wah , dah lama tak tidur rapat2 macam tu . best ! mengeratkan hubungan silaturrahim (serta melenguhkan belakang badan) hahaha .


then esok tu pulak , dengan penuh gembiranya princess teddy mandi air kolah di surau pada jam 5 pagi . (warna biru melambangkan kenyamanan yang melampau) sangat suam air itu . huhu . bla bla bla , senaman pagi then sarapan . maw tahu sarapan apa ? nasi goreng kari . ehh , bukan nasi goreng lauk kari . tapi nasi , yang dituang ke dalam kari petang semalam , then digaul bersama sampai kering . wah ! sumpah cakap rasa macam makan nasi kucing ! and menyebabkan rasa tidak enak di perut . adoyai .

and the super damn best part is , princess teddy terpaksa tarik diri dari kawad di saat2 terakhir . tiba2 ja maw sakit perut time tu ! wallawey ~ memang seronok . so , barisan kawad PBSM lompong satu di tengah . haha . sorry guys ! sadisnye.. princess teddy nak usha abang Po terjerit2 dengan muka serius pun tak sempat . isk3 , bertambah sadis . tapi yang bestnye last2 dia yang datang jumpa princess teddy . aww aww ~ tapi malangnye tak dapat nak mengira kedut di muka dia pasal bertarung menahan sakit perut . baru ja maw lepak lama2 tibe2 ada kawan abang Po datang ajak dia pergi buat kerja kat dewan . cehh , dengki la tuh !


p/s : selamat menyambut bulan ramadhan and selamat berpuasa semua (:


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)