
caption : adik , baju adik comel la . na pinjam sehari boley 

tiba2 ja tersedar diri ni tergolong dalam golongan p****k . well , kali terakhir princess teddy ukur tinggi ni , time buat SEGAK kat sekolah hujung tahun lepas . so , ketinggian princess teddy is = 151 cm + tebal stoking , rambut , serkup and tudung . so maybe ketinggian bersih princess teddy 150 cm
. huhuk , sades sunggoh
. tu lah , da banyak kali princess teddy cakap kat ibu , belikan calciyum bila pegi supermarket . tapi ibu tanak belikan . wuwuwuu
~



memandangkan princess teddy seorang yang kerdil (tapi gemok) jadi mase zaman kanak kanak hingusan dulu , bila beratur princess teddy mesti akan berada kat depan depan
. kadang2 bila kawan2 yang lagi pendek sume tak datang , terpaksa lah duduk depan sekali . then , mula la bergaduh ngan orang belakang . pasal princess teddy tanak dok depan sekali . terasa diri ni amat pendek




kalau time darjah enam dulu , princess teddy pengawas , so kene jaga barisanlah kan . so , selalunya princess teddy prefer jaga barisan budak2 darjah satu n dua . pasal kalau jaga barisan budak darjah enam , memang orang takkan nampak princess teddy wujud kat situ
. jaga barisan budak darjah tiga pun , budak yang blakang sekali tu lagi tinggi dari princess teddy
. sampai penah satu hari tu , tiba2 ada cikgu lalu . then dia tunjuk2 kat princess teddy . lepas tu ketawa terbahak2 . bila princess teddy buat muka pelik cikgu tu cakap , "husna , budak darjah tiga lagi tinggi dari awak , pergi jaga barisan darjah satu lah . hahaha" woii , gila kejam
tergamak cikgu cakap macam tu kat saya . wuwuwuwu
~




bila nak cari baju pulak , lagi la bermasalah
lagi2 kalau nak cari seluar . kalau korang bukak almari princess teddy , kebanyakan seluar jeans semua jenama kanak2 . kiko ke , cute marie ke , cheetah kids ke . wey , sedey ar gini
.


then , bila pergi mane2 , jimat . huhu . orang lain masuk harga tiket dewasa . tapi princess teddy masuk harga tiket kanak2
. tapi kes ni terjadi bila princess teddy keluar dgn sedara mara je la . sebab sedara yang sebaya princess teddy semuanya besar n tinggi
. princess teddy je yang kecik molek lagi bergaya . so apa lagi , buat2 la muka kiut n memendekkan lagi badan supaya dapat tipu orang yang jaga kaunter tiket tuh
.



lagi , yang paling princess teddy SUKA sekali , mentang2 lah princess teddy ni 'kecik' kan , antu galah dengan senang hati suka buli princess teddy
. huk huk . kadang2 dia ketuk kepala princess teddy lah . mentang2 la princess teddy tak sampai nak ketuk balik kepala dia
. then kadang2 dia ambil kerja sekolah princess teddy then angkat tinggi2 . membuatkan princess teddy terpaksa jengket tinggi2 atau melompat untuk dapatkan balik homework tuh . kalau antu galah tuh pompuan , dah lama princess teddy peluk
then tarik tangan dia yang tinggi kemain tu turun bawah . x pun geletek je . then , yang paling dia suka buat is , curi kasut princess teddy then sangkut kat tempat tinggi2 . okay yang ni kejam
. pasal princess teddy dah penah kena sekali , antu galah sangkut kat atas pintu kelas then tiba2 cikgu masuk . nak ambik balik dah malu coz ada cikgu . then classmate yang lain semua muka tahan gelak
je sambil perli2 and jeling2 kasut princess teddy kat atas pintu tu . mujur cikgu tak perasan 









No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)