TUTORIAL : marquee codes (text bergerak)


okay , korang tahu kan ape tu marquee atau text bergerak . 
contohnye macam ni

SAYA SANGAT COMEL . JANGAN JELES . HAHA

haa , macam tu la . heheh . ;P

okay , caranye macam ni . 

kalau nak letak dalam entry
1 ) first , click new post . then , tekan EDIT HTML then paste kan code dibawah .
<marquee>TEXT</marquee>

2) then tekan compose balik . nanti akan jadi macam ni .
haa , macam ni la

jadi ? simple je kan ?

kalau nak letak kat side bar
1) dashboard > design > add gadget > HTML/javascript

2) then , boleh terus paste je code tu
<marquee>TEXT</marquee>

3) save !


ni code2 marquee yang korang boleh guna (:

Right to left marquee
<marquee>TEXT</marquee>

Left to right marquee
<marquee direction="right">TEXT</marquee>

Up marquee
<marquee direction="up">TEXT</marquee>

Down marquee
<marquee direction="down">TEXT</marquee>

Background marquee
<span><marquee direction="left" style="background:pink">TEXT</marquee></span>
(direction boleh tukar . right or left . colour background pun boleh tukar)

border marquee
<marquee style="border: pink 2px SOLID">TEXT</marquee>
(direction and border colour boleh tukar)

okeh ? dah guna sila comment (:

Camping ~



ohh , tolong lha percaya kenyataan tak seindah dalam gamba ni -..- .well petang semalam tepat pukul 3 p.m princess teddy sampai sekolah . dengan keadaan yang sangat tak ready ! pukul 2.30 baru terhegeh2 nak kemas beg ! memang banyak lha kan barang lupe nak bawak ! then , sampai2 tengok tak da orang pun lagi . cehh -..- . semangat lha princess teddy siap cepat2 . then pergi ikut ayah pergi bank dulu . ingatkan kejap ja . princess teddy jangka dalam pukul 3.15 boleh lha naik sekolah balik . tengok2 terkandas di bank sampai pukul 3.50 ~ ayoyo amma appa . mujur lha ayah tu cikgu sekolah princess teddy . kalau tak naya lha aku datang lambat .


then . dah siap daftar and taklimat semua , bermula lha sesi penyiksaan . first kene pasang khemah lha kan . then kami ni baru ja nak start pasang terus turun hujan lebat tak ketahuan hala . waduh , gawat ! tapi takkan nak lari tinggal je khemah kat situ kan . so kami ni pun pasang je lha khemah dalam hujan . yes ! memang saya sukeeee~~~ and well , pastilah baju and tudung habis semua basah . and kamu kamu maw tahu ,
saya tak bawak tudung spare pun . hohoho . 

last2 , cikgu arahkan kami semua angkat khemah tu , tukar tempat dari padang pergi tepi dewan . pasal padang nak penuh air . so , malam tu princess teddy tidur dengan nyenyaknya di atas jalan tar berlapikkan plastik khemah serta selimut nipis yang ditukar function jadi lapik maw tidur . sangat selesa yah ! lebih2 lagi bila satu khemah tu dipenuhi dengan 7 orang gadis comel macam saya . (jangan muntah dulu ;p) so malam tu tidur himpit2 lah . wah , dah lama tak tidur rapat2 macam tu . best ! mengeratkan hubungan silaturrahim (serta melenguhkan belakang badan) hahaha .


then esok tu pulak , dengan penuh gembiranya princess teddy mandi air kolah di surau pada jam 5 pagi . (warna biru melambangkan kenyamanan yang melampau) sangat suam air itu . huhu . bla bla bla , senaman pagi then sarapan . maw tahu sarapan apa ? nasi goreng kari . ehh , bukan nasi goreng lauk kari . tapi nasi , yang dituang ke dalam kari petang semalam , then digaul bersama sampai kering . wah ! sumpah cakap rasa macam makan nasi kucing ! and menyebabkan rasa tidak enak di perut . adoyai .

and the super damn best part is , princess teddy terpaksa tarik diri dari kawad di saat2 terakhir . tiba2 ja maw sakit perut time tu ! wallawey ~ memang seronok . so , barisan kawad PBSM lompong satu di tengah . haha . sorry guys ! sadisnye.. princess teddy nak usha abang Po terjerit2 dengan muka serius pun tak sempat . isk3 , bertambah sadis . tapi yang bestnye last2 dia yang datang jumpa princess teddy . aww aww ~ tapi malangnye tak dapat nak mengira kedut di muka dia pasal bertarung menahan sakit perut . baru ja maw lepak lama2 tibe2 ada kawan abang Po datang ajak dia pergi buat kerja kat dewan . cehh , dengki la tuh !


p/s : selamat menyambut bulan ramadhan and selamat berpuasa semua (:


TUTORIAL : buang navbar

korang taw kan navbar tu ape ? so rasenye navbar tu takde la banyak memberi manfaat sangat pun . tak mendatangkan kecantikan pada blog serta tak mendatang khasiat kepada tubuh badan korang . so , ape kata kita buang je nak ? huhu . lagipun kepada sape sape yang nak letak tumblr follow and dashboard button tu memang wajib buang dulu navbar tu untuk mengelakkan mereka tolak menolak seta tindih menindih . nanti bakal menimbulkan pergaduhan . sangat bahaya .

(opss maaf termerepek dalam tuto)


 dashboard >> design >> edit HTML

 sila cari code dibawah . untuk mengelakkan mata juling sila guna CTRL+F yea .
/* Variable definitions

 bila dah jumpa , sila copy and paste kan code bawah ni di ATAS code tadi .
#navbar-iframe { 
display: none !important; 
}


 okay done ! sekarang korang boleh save dengan senyuman . tapi ingat , preview dulu ! kalau blog rosak kerajaan husnaland takkan bayar ganti rugi ye . harap maklum . 


enjoy ~ :)

Sometimes we need to sacrifice to see other people smiling


assalamualaikum w.b.t.
ini entry terakhir sebelum princess teddy berambus ke perkhemahan bersepadu . huhu . macam ntah pape je . latihan kawad tak buat , nak kene bawak ape pun tak tahu , surat kebenaran pun tak dapat ! memang tunggang langgang ! tak pe lah , pergi je . kalau rasa sengal sangat balik je rumah . bukan jauh sangat pun . jalan kaki 3 minit dah sampai . 


oh ye , berkait dengan tajuk , ape yang kita perlu berkorban ? hari ni princess teddy dah berkorban banyakkkkk sangat taw . wuuu ~ sadisnye..
well , markah chemist yang sepatutnye
A
.
.
.
.
.
.
turun jadi C+

berapa banyak gred princess teddy lompat tu . dari A > A- > B+ > B > B- > C+
5 gred siot~~~

tadi ada second test . cikgu buat pasal markah chemist teruk sangat . sepatutnye buat semalam , tapi pasal semalam princess teddy ada program rukun negara tu . so kami yang pergi program semalam tu ambil test hari ni . dengan tak prepare pape nye , dengan suasana kelas bisingnya , memang sumpah princess teddy nak baca soalan pun tak boleh nak concentrate . dah la jawab sambil makan cornetto . memang fokus princess teddy kat cornetto je lah kan . then jawab je la main hentam . nak buat macam mane kan . total2 markah princess teddy 58% . hahaha . C tu lha . then try suruh cikgu kira markah test yang sebenar . total2 80% . 80 tu A ye . bukan A- . aduh , tapi bila fikir balik , kesian kat kawan2 . sebab sampai ada yang dapat 3/100 . lepas second test ni baru la markah dorang ok sikit . yang tak lulus jadi lulus , yang dapat teruk sangat tu naik lha sikit walaupun skit fail . so , i need to sacrifice for this time . tak pe lah tak dapat A asalkan orang lain boleh tersenyum tengok markah diorang . well , lagipun ni bukan SPM pun . bukan penentu . kalau yang sebetulnya princess teddy boleh buat , insyaallah nanti pun boleh buat . tapi kali ni dah tak de rezeki , redha je lha kan .


so , a real goodbye wish for my keyboard . wuu ~ 
terpaksa lha princess teddy main keyboard dalam mimpi jaa. huhu .

Entry merepek tika bosan...

kalau saya cakap saya sayang awak ,
maknanya saya betul-betul maksudkannya .
kalau saya cakap saya rindu awak ,
maknanya saya betul-betul rindukan awak .
tapi..kalau saya cakap saya benci awak ,
awak patut tahu yang saya tipu awak .


flying to : Abg Po 

Spontaneous Thursday


 my heart beats damn fast when you're next beside me . oh god how i wish it is 1000000000000 seconds in a minute 


Burung Marah


siapa pernah main game ni ? well , sekarang memang femes lah kan game ni . asal bukak google chrome je mesti ada keluar iklan game angry bird ni . selama ni tak tertarik pun nak install . tapi tadi dalam kereta main game ni dalam phone Abang Po . aaa , sumpah tensyen ! babi hijau tu degil tanak mati-mati . so balik rumah dengan semangatnye princess teddy terus bukak comp and install game ni . hoho . so sekarang baru main sampai level 1-21 . ngee~


so tadi , princess teddy pergi program semarak rukun negara tu kan . yeah memang SERONOK SANGAT ! tak terkata . hahah . sumpah bosan . so kami empat orang di belakang ni khusyuk gelak sambil main game . baguss . and yang tak boleh blah nye , budak laki diorang pergi bukak satu function kat phone tu , ada bunyi2 orang kentut . macam2 jenis bunyi ada . hahah . then orang lain tengah senyap2 , dorang pun pasang bunyi tu . hahah , dala macam2 jenis bunyi dorang buat ! lepas tu tutup2 hidung . semua orang pandang ! malu weyh ~ mesti orang fikir kami semua main lawan2 kentut ke ape . apakah ? -..- hahah . tu je , and yang penting princess teddy da terlepas acara melantak di KFC bersama pengetua tu . isk3 , kasihan saya.. :'(


tapi yang bestnye princess teddy tak masuk kelas addmath hari ni ! hahah . so tak payah hantar file . kih3 . padahal sempat je masuk kelas , tapi princess teddy and cik naga ambil keputusan untuk tinggalkan sekejap hal keduniaan ni and berzikir demi tabungan di hari akhirat . kui3 . so kami dengan penuh khusyuk dan tawaduk ambil wuduk dengan penuh tertib . then solat dengan penuh khusyuk . kalau boleh baca surah paling panjang . dan akhirnya , elok kami siap solat , loceng balik pun bunyi ~~~ agagaga . cikgu jangan marah , kami pergi solat okay ! hik hik =P


p/s ~ jom cuba web photo edit ni . princess teddy baru je jumpa tadi . banyak gila function best2 . banyak effect yang korang boleh pilih and yang penting , PERCUMA ! :)
clik >SINI<


Wordless Wednesday ♥ Perfume








TUTORIAL : follow and dashboard tumblr button


salam..
ok korang taw kan ape tu follow and dashboard tumblr button . ala , kepada yang tak tahu , sila lihat pada top right blog ni . kan ada dua button kat situ . haa , bende tu lah .



1) dashboard ---> design ---> add gadget

2) pilih HTML/ Javascript

3) tepekkan code ni 
<div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=ID BLOG ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow?" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6" /></a> <div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard?" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div></div>


4) yang warna merah tu sila ganti dengan ID blog korang . ID blog ni korang boleh ambil kat link . contohnya korang pergi dashboard , then pergi kat design ke ape . then tengok kat kotak link tu . 
e.g
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=xxxxxxxxxxx
haa , yang princess teddy letak xxxx tu kan sepatutnya ada no . tu lah blog ID korang . gantikan dengan tu ye ?

5) ok sekarang korang boleh save ! done !




Selamat Tinggal Sayang ~


hai tawan tawan . ari ni titew nak uwat entry sadis . tawan tawan sila nanges untuk titew ye . hik hik 


dengan ini , berakhir lha segala harapan princess teddy maw keyboard . amma appa ! tum pyar kate ho ? hal ini kerana (ohh , terima kasih cikgu kerana mengajar saya mengarang ayat yang gramatis) bahasa inggeris princess teddy dapat B . huwaaa ~ da la B---------- 60 jep . ngee~ kurang lagi satu markah jatuh C . adoy . tapi takde lah rasa teruk sangat pasal memang tak de orang pun dapat A . and markah yang laen2 banyak jugak yang meningkat . stakat ni alhamdulillah baru bi yang dapat B . tapi tak taw lah kan addmath ape naseb . huhukk . arrghh ! tak kira ! princess teddy nak pujuk gak ayah suh belikan keyboard . kalau tak terpaksa lah malam ni pukul 3 pagi curi curi keluar rumah . pergi rumah cik ququ . nak rompak umah die . curi keyboard . syyyy , jangan bagitaw cik ququ taw . rahsia kite2 jee .



btw , esok princess teddy ada kena pergi ikut ceramah rukun negara . apakah ?? -..- so , dengan ini saya memang sangat terharu lah kan . pasal terpaksa ikut ceramah rukun negara tuh . and the best part is... esok budak2 yang dapat anugerah berbintang pengetua dapat pegi makan KFC ! and diorang akan pegi sharp pukul 12 . and ceramah rukun tetangga tu pulak dijangka habis pukul 12 . so nak balik dari maran ke jangka bukannye boleh sampai dalam mase 5 minit . wuuu , cekgu , tolong bungkus ayam untuk saya . plisssss >,<!!


and hari jumaat and sabtu pulak , princess teddy akan perkhemahan bersepadu . yeah ! padu ! memang padu . cehh , kat sekolah je pun . huhu . semangat join pun pasal kebulur nak sijil . maklum le , princess teddy ni akademik je boom kebabom tapi kokurikulum macam hampeh . suruh berlari seratus meter pun dah tercungap tahap tenggiling tercekik semut . suruh lompat jauh ? maaf le . lompat tingggi ? ada harapan kalau princess teddy pinjam kaki orang lain . so , terpaksa lah mengikuti program2 sengal begini bagi menggantikan sukan2 belake tuh . sadis bukan ? oh ye . nak taw tak . tadi cikgu che wil cakap kat princess teddy . eh husna awak mane boleh masuk camping . so dengan panenye princess teddy pun tanye apsal pulak ? then cikgu cakap . nanti takut awak bangun lambat time camp nanti . waaaa ~ anda memang kejamm -..- !
tape tape , tengok la nanti . princess teddy bawak jam loceng banyak2 . bia sume orang terjage . grr~ oh ye, disebabkan geram dengan cikgu pasal asek kene perli bangun lambat je , princess tedy sampai terbawak bawak ! semalam princess teddy terjaga . tengok jam pukul 6.30 . so cepat2 la pegi bilik air . tengok2 rumah gelap lagi . cehh , ingat sume orang tak terjage . dengan banggenye princess teddy bukak lampu nak kejot sume orang . then tunggu punyer tunggu orang lain buat dek je . pelik la pulak . tengok2 rupenye baru pukul 5.30 . cehh . disebabkan nak cover malu , terus masuk toilet and buang air . then masuk bilik sambung tido semula ! choii ~ hari ni pun terjaga awal . ohh , terima kasih cikgu !


p/s ~ sape taw online boutique yang jual baju2 korean style . nak store dari malaysia la of coz . plz suggest me eh ? =)






Kenapa Mesti Ikan ?

(caption : haruslah anda tahu bahawa saya menaip entry ni dengan muka membajet cute begini)

*tukar kepada muka serius jap*

ok , kepada sesape yang mengenali saya , and sedang membaca blog saya , sila lupakan hasrat anda nak mengikuti kisah sadis saya . mengerti ya wahai para pelajar SMKJP sayang ? nur jannatul husna binti zazali tidak akan menulis lagi apa-apa berkaitan kisah putus cinta ke ape . grrr~ ni nak marah ni . aku clash satu sekolah sibuk nak usha blog aku untuk tahu kisah selanjutnye . macamlah saya couple dengan anak raja . entry yang paling glemer serta top sekarang haruslah entry "no more US" tuh . nampak sangat kan -..-

*tukar muka macam dalam pic kat atas balik*

berbalik kepada tajuk entry hari ni , kenapa mesti ikan ? apa yang kenapa ? apa yang mesti ? apa yang ikan ? (okay kepada ququ imnida aishiteru anda boleh gelak sekarang) sebenarnye entah la sejak bila , tapi princess teddy , cik ququ and cik naga asyik bertelagah aje . kalau duduk bincang pasal kenapa kami masih tak dapat skor subjek biology tak pe lah jugak . ni nak taw bincang pasal ape ? (sila cakap nak tahu.. plissss)

kenapa keropok lekor mesti dibuat dari ikan ?

kenapa tak ayam ? kenapa tak siput sedut ? atau kenapa tak daging landak ? kenapa mesti ikan ??? ohh , kepada pakar keropok lekor , tolong lha jawab persoalan yang membelengu hidup kami bertiga ni . tak boleh ke buat keropok ayam ? keropok lembu atau keropok unta ? pasti lebih sedap . bak kata cikgu che wil , kita ada ilmu ni , kena la pandai mengaplikasikan dalam kehidupan . so , princess teddy nak cuba mevariasikan makanan rakyat malaysia . 

mempersembahkan , keropok lekor ayam !



nanti bila princess teddy dah besar , insyaallah nak bukak kilang keropok ayam . hohoho . korang korang beli taw nanti ? nanti princess teddy akan buat keropok2 lain jugak . nak lukis malas . korang bayangkan jela . kepada ayam tu ganti la dengan kepala apa2 binatang pun . and ambil la sikit antara organ binatang2 tu taruk kat keropok tu . looks yummy rite ? keh3 

soalan kedua : kenapa tak buat keropok ikan paus ? bukankah lebih jimat ? ikan paus kan ada minyak , so bila nak goreng tak payah pakai minyak dah . lagipun jimat . sekor ikan paus dah dapat buat keropok lekor berjuta lemon . hahaha .


oh ye , bercakap pasal biologi and cikgu che wil . next topik kitorang akan belajar pasal respiration . ni yang tak sabar nih . tak sabar nak bedah katak ! oh , katak ape yang princess teddy nak pilih ek , katak puru ? ee , menggerutu ! katak kembung ? yekk , lembik ! katak pisang ? ohh , karang tak pasal2 mata princess teddy buta ! ke princess froggy ? hahaha . redha je la . korang korang semua tolong la doakan supaya princess teddy tak pengsan nanti . huhu . hah , yang cikgu che wil pulak , semenjak kes princess teddt tak datang sekolah pasal bangun lambat dulu , sampai sekarang kena ejek ! cis , ta gune . pagi tadi selisih dengan cikgu , tibe cikgu pandang sambil senyum2 . then berkata "jannatul husna...bangun awal hari ni ?" waaaa ~ kekejaman ! perlu ke cikgu tanya soalan tu setiap kali selisih ngan princess teddy kat sekolah ? kemaluan ke-malu-an lah saya . >,<

SHOPPING !



assalamualaikum wbt..

hari ni , princess teddy penat sangat ! well , malam tadi dah la susah nak tido . kejap2 dengar budak nangis . rase nak lempang je sorang2 . kejamm -..-'' . huhu . so pagi tadi , dengan semangatnye bangun awal2 . cehh . pdahal bangun pasal ayah dah gegar pintu bilik sebab tak reti reti nak bangun . cehh sekali lagi . pasal menurut adikku sayang , hari ni upin ipin nak datang jengka . yeay ! sebab tu semangat bangun pagi . hoho . tapi princess teddy bukan la hadap sangat nak menkaji dari dekat diameter lubang hidung upin ipin tu . niat di hati (ceh ayat) nak jalan2 kat bandar . alone . yup , itu yang saya mahu . and mujur la ibu ngan ayah tak ikut . pergi dengan mak and bapak sedare . 


so , sementara diorang bergumbira kat stadium mini tu , princess teddy awal2 dah cau . pusing2 satu bandar sorang2 . hahah . kalau dulu giler takut siot . nak masuk kedai sorang2 rasa macam nak pergi masuk rumah hantu je . tak selesa nak pilih barang tanpa ada orang teman . tapi hari ni , princess teddy rasa tenang . memang selambe badak sumbu afrika lah kann masuk satu kedai tu then dok tercongok ngadap barang2 kat situ . lame pulak tu . beli tak jugak . nak lagi bajet , masuk kedai enset , usha2 model yang mahal2 . and buat2 tanya macam2 koya macam nak beli . huhu . ye saya memang gila hari ni . walaupun memang akan ada gangguan lah kan dari kaum adam yang tak belajar tajuk adab dalam subjek pendidikan islam time sekolah dulu . tapi disebabkan hari ni princess teddy ada semangat tinggi nak habiskan duit , semua tu langsung tak effect pape . walaupun memang nampak ketidakwarasan tu bila princess teddy tawaf bandar sorang2 di tengah hari bute . 


tapi malangnye setelah penat lelah melecet kaki and pokai , stress tu tak hilang jugak . bila lalu depan kedai dia , kepala ni degil nak menjeling jeling dalam kedai tu . dia ada ke tak . saat tu terasa nak sekeh kepala sendiri je . then nampak naim dating ngan gf dia . hahah . macam sweet je . budak form 4 dating ngan student UITM . tapi takde lah nampak sangat beza umur tu pasal gf dia comel macam budak sekolah menengah lagi . huhu . time nampak dorang tu , terasa macam.... hmm , tak taw la nak cakap macam mane . haha . then balik rumah princess teddy on9 , dapat FB messages . dapat lirik lagu :) . tapi lirik tu buat hati princess teddy rasa pedih sangat..

She's Gone - Steel Heart

She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

(Chorus)

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

(Chorus x2)

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.


sebab orang yang hantar lirik tu cuma mintak maaf . walaupun princess teddy maafkan dia tapi rasa sedih ni takkan hilang sampai bila2 . so lepas chat kejap , princess teddy terus off9 then sambung kerja sebagai pekerja kilang yang berjaya . so hari ni , princess teddy kerja dari pukul 2 sampai lha pukul 4.30 petang . then rehat , dalam pukul 6.30 sambung kerja balik . and malam ni rasanya akan ada shif malam kot . memang letih kerja kilang ni . hahah . yapi princess teddy nak kerja jugak . sampai kilang ni bankrup . so nanti bila2 , kalau princess teddy sedih lagi , air mata tak keluar dah . sebab kilang proses air mata dah bankrup . hehe .


and kepada pet pet , saya mintak maaf . tak tahu lah awak baca lagi ke tak blog ni . mungkin awak tak baca dah lepas awak baca semalam tapi kalau awak baca lagi , saya mintak maaf . saya bukan nak tuduh awak memaksa sangat tapi awak kene la faham saya tengah stress time tu . saya taknak awak rasa bersalah dah . anggap je la kita x de jodoh . jadi bff boleh la . nak jadi bf tak boleh . hehe . ok pet pet ? jangan buat saya makin susah hati fikir macam2 masalah . nanti cepat mati . huhu .

Pabila 6 Orang Budak Menjerit....


argh ! baru seminit aman . dah terdengar bunyi budak menjerit2 . lepas tu meraung . lepas tu menjerit balik . lepas tu meraung balik . aiyark . ingat boleh rileks , boleh tenang , boleh aman , boleh lupakan masalah . tapi lagi haru lah pulak . terasa sangat sangat sangat kuasa kuda ingin join dorang menjerit ! mesti hilang semua stress . baru lah tak sakit jantung kan ? hahaha . tapi hilang stress untuk hari ni je la . esok stress balik . hmm :'( 


hari ni , sedikit tenang la . sikit je la . huhu . takde lah asek nangis kot . kot la . haha . well , mak ude dah pun sampai . and rupenye bukan stakat mak uda , pak tam pun datang skali ! princess teddy mula terasa rumah ni macam nursery . benci lah . sebab ada cousin nama apis . bila dengar orang panggil nama dia rasa macam nak histeria je , huhu . then tadi anak paktam , nama dia amer . amer ye , amer ! amer , apis ! kah3 . bereh la . amer tu dia nak kencing . so princess teddy sebagai akak sepupu sulung yang sangat baik hati ni (ohh, tolong la cakap princess teddy baik hati..plisssss) pergi la teman die ke tandas . then baru je nak suruh dia tanggal seluar kat luar tengok2 dia dah pancut dah . dalam hati berkata... senangnye lha.. tak payah cabut seluar . bukak zip je dah bole kencing . then dia dah siap tu princess teddy pon dengan teragak2 tanya "err , dah ? nak basuh ke ?" then amer angguk . "err , nak basuh macam mana ? akak tak reti... =.=" last2 princess teddy bukak kan paip , hulur je kat die . then dia basahkan tangan , pastu macam lap2 sikit . ok dah . tutup zip ! (dalam hati : kalau orang laki kencing kat toilet , macam tu ke ? ke tak basuh ? pasal tandas dorang tak nampak pon ada paip ? nak basuh macam mana kan ?)




p/s : kepada blogger lelaki , tolong jawab ? hahah

p/s lagi : prasan tak xde emotion cute2 ? google chrome mereng ! hilang semuanya ! 


Do I Have A Heart Disease ?

ok ini entry serius . actually dah lama tak rasa sakit ni . tapi minggu ni rasa tu datang balik . maybe sebab stress . tapi.....takkan lah kot ? so bagi memastikan , princess teddy search kat google tanda2 orang sakit jantung .



Perlu diketahui bahwa pada umumnya pemicu penyakit jantung adalah gaya hidup yang tidak sehat, seperti kebiasaan merokok, mengkonsumsi makanan yang berkolesterol tinggi, kurang gerak dan malas berolah raga, stress dan kurang beristirahat.
Bagaimana mengenal gejala serangan penyakit jantung? Gejala serangan jantung yang terjadi pada setiap orang biasanya berbeda. Pada umumnya, serangan jantung mungkin dimulai dengan rasa sakit yang tidak jelas, rasa tidak nyaman yang samar, atau rasa sesak dibagian tengah dada.
Ada juga terkadang sebuah serangan jantung hanya menimbulkan rasa tidak nyaman yang ringan sekali sehingga sering disalahartikan sebagai gangguan pencernaan, atau bahkan lepas dari perhatian sama sekali. Hal ini yang biasanya menyebabkan penderita tidak menyadari bahwa sebenarnya di sedang mengalami serangan jantung. Salah satu cara untuk mendeteksi sebuah serangan jantung adalah menjalani pemeriksaan ECG.
Serangan jantung bisa terjadi dengan menghadirkan rasa nyeri paling buruk yang pernah dialami – rasa sesak yang luar biasa atau rasa terjepit pada dada, tenggorokan atau perut, terkadang juga menyebabkan keringat panas atau dingin, kaki terasa sakit sekali dan rasa ketakutan bahwa ajal sudah mendekat. Terkadang Juga akan merasa lebih nyaman bila duduk dibanding bila berbaring dan mungkin napas begitu sesak sehingga tidak bisa santai. Rasa mual dan pusing bahkan sampai muntah, bahkan yang lebih para yaitu ketika sampai kolapsdan pingsan.

sorry bahasa indon . haha . lagi satu yang ni ..


Other symptoms of coronary artery disease include:
  • Shortness of breath
  • Palpitations (irregular heart beats, skipped beats, or a "flip-flop" feeling in your chest)
  • A faster heartbeat
  • Weakness or dizziness
  • Nausea
  • Sweating

Symptoms of a Heart Attack (Myocardial Infarction or MI)

Symptoms of a heart attack can include:
  • Discomfort, pressure, heaviness, or pain in the chest, arm, or below the breastbone
  • Discomfort radiating to the back, jaw, throat, or arm
  • Fullness, indigestion, or choking feeling (may feel like heartburn)
  • Sweating, nausea, vomiting, or dizziness
  • Extreme weakness, anxiety, or shortness of breath
  • Rapid or irregular heartbeats

Symptoms of Atrial Fibrillation

Atrial fibrillation (AF) is a type of arrhythmia. Most people with AF experience one or more of the following symptoms:
  • Heart palpitations (a sudden pounding, fluttering, or racing feeling in the heart).
  • Lack of energy; tired.
  • Dizziness (feeling faint or light-headed).
  • Chest discomfort (pain, pressure, or discomfort in the chest).
  • Shortness of breath (difficulty breathing during activities of daily living).


yang merah2 tu princess teddy rasa..


sebenarnye tak de lah rasa semua . tapi kadang2 , princess teddy rasa sakit sangat bila nak tarik nafas . rasa pedih . rasa macam jantung tu krem ! haha . jadi boleh tarik nafas sikit2 je . kalau tak sakit . tapi kejap je . tak lama karang hilang la . tapi sejak dulu lagi . selalu jadi tiba2 . tapi skunk ni dah jarang . sampai la minggu ni jadi balik . nak cakap kat ibu takut . nak pegi check doktor lagi la takut . haha . konklusinye , jangan buat saya stress kalau taknak bunuh saya . ;P





Alone is much better...


terasa sangat seronok bila tinggal kat rumah sorang2 . jauh dari semua orang . sepi . yeah , tu yang princess teddy cari sekarang . serius rasa lebih tenang . dari pergi sekolah , sesak :q: dengan kawan2 , terpaksa ambil exam sivik and pjk yang langsung tak penting tu , and terpaksa ambil exam sejarah yang tertangguh dari hari isnin . biar lah . kalau cikgu dah tak bagi ambik paper sejarah . buat masa ni , princess teddy betul2 tak boleh nak fokus kat ape2 . semalam 3 jam pegang buku sejarah . satu muka surat pun tak boleh nak baca . padahal bukan ada gangguan pon . cume otak yang terganggu . sewel . haha .


well , hari ni . bangun dah la lewat . baju pulak tak iron lagi . so keluar bilik buat2 muka macam pening sangat lah konon . haha . akhirnye berjaya . ngee~ tadi ayah call tanya nak pergi klinik tak :s: erk , princess teddy jawab je malas:face43: . takkan nak pegi kot . nanti doktor tanya sakit apa , takkan nak jawab sakit hati kot . haha . so bila semua orang dah cau dari rumah , princess teddy pun cepat bukak comp . agaga . sekali tak leh bukak internet . rupenye ayah da cabut wayar dia . ptuih ~ puas lha princess teddy selongkar satu rumah and at last , jumpa jugak . hua3 . well , saya kan pakar dalam bab mencari wayar ni . sorok la kat mana2 pun :face26:. (asalkan jangan atas bumbung)


hari ni , princess teddy nak rileks . rasa macam nak off fone je . sebab kalau on kejap2 jeling fone , tunggu kot2 ada orang nak text . haha . macam sewel . pastu last2 diri sendiri yang sakit hati . maybe mak ude and nenek nak datang kot hari ni . so maybe princess teddu boleh lupa kat segala masalah sekejap .


tapi hari ni , hari jumaat kan :s: haha . due date untuk bagi jawapan . hmm , dengan keadaan neuron otak yang tunggang langgang ni , tak tahu lah nak bagi jawapan ape . nak mintak tolong orang lain pun , takde sape nak bagi support . nasib nasib . and kalau rezult exam down teruk , maybe princess teddy akan besumpah takkan kawen sampai bila2 and nak ambil 10 orang anak angkat . haha . pasal minggu ni full subjek satu pun princess teddy tak dapat nak study . baru pegang buku dapat killer mesej . rasa nak menjerit , sakit :q: belum sempat menjerit ada call masuk pulak , and terpaksa tadah telinga dengar luahan hati . luahan hati princess teddy sape yang sudi dengar :s: last2 aku tutu buku and terus tido sambil menangis . begitulah rutin sehari hari . rasa macam bertubi tubi orang tikam princess teddy . tak sempat nak buat apa2 . cuma mampu tahan sakit .



p/s : haha , sorry kepada sesape yang tak mengenali diri ini and baca sume entry minggu ni . mesti korang rasa macam tah pape bila bace blog ni . huhu . maaf ya , owner sedang mereng .

p/s lagi : terasa nak buat cerpen lha

p/s lagi lagi : lama tak ketawa . haha .





Spontaneous Thursday # quote 01



listen to your heart



gamba ni buat lawak . haha . mana boleh dengar apa hati kita cakap . kalau lah betul kita boleh dengar apa hati kita cakap , apa hati kita rasa , mesti sekarang ni princess teddy dah gila . mesti hati tu akan cakap "tolong , tolong . hentikan semua ni . aku rasa pedih sangat ."

and mesti hati tu akan cakap lagi , yang dia rasa macam kena makan . well , kalau selalu orang cakap bagai dihiris dengan sembilu . tapi hati princess teddy cakap , bukan dihiris dengan sembilu , juga bukan dicincang dengan pedang tou aii . dan yang pasti juga bukan dicelup dalam asid . tapi rasa macam kene makan . kenapa :s:

cuba ingat proses kita makan . mula2 dibasuh bersih2 . terasa nyaman sangat . lepas tu ditambah keriangan dengan rakan2 yang lain iaitu sayur , kentang , ketulan ayam.. macam2 lah . tapi lepas tu kene goreng . walaupun ada sikit rasa panas and sakit , tapi x pe , orang yang goreng tu seronok . gembira . lepas ni boleh makan lauk hati . tak sabar nye . and kita pun mengharap dapat menggembirakan orang2 tu . tapi ,, sebaik je hati disuap dalam mulut , gigi2 yang dari luar nampak cantik , tu lah yang merobek2 hati sampai lumat dalam mulut . lepas tu bila ditelan , terpaksa pula melalui oesophagus . rasa sempit . rimas . lemas . bila dah sampai perut , ingatkan semuanya dah berakhir . tapi rupanya tak . datang pulak segala macam jenis asid menghadam serta menguraikan hati ni sampai la jadi sekecil2 molekul . lepas tu hati yang dah hancur terurai tu ditolak2 masuk ke dalam usus . kat situ , segala yang baik akan diserap untuk kepentingan sel sel lain . dan akhirnye , sisa2 hati tadi dinyahtinjakan and masuk la dalam lobang jamban . alone , gelap , tak selesa . and takkan ada sape dah yang akan kutip hati tu tadi . walaupun ada pekerja syabas datang , tapi diorang takkan belai lagi , tak kan basuh , and layan lagi hati tu macam mana hati tu rasa sebelum dia digoreng . hanya sekadar datang dan pergi . dah tak de makna buat hati tu dah .


haha , sadis bukan nasib hati princess teddy :s: entah lah . rasa penat sangat . dah letih . letih segala galanya . mungkin orang akan cakap , "eleyh , cinta monyet je pun . berie betul."
tapi apa yang princess teddy rasa ni , macam lawak lah pulak . haha . tak penah hayat kalau sedih sampai macam ni . jeling fone je menangis . terpandang teddy bear pun nak menangis . sebelum tido menangis . bangun pagi terus menangis . sebelum pergi sekolah meleleh lagi . dekat sekolah apetah lagi . haha . sampai time jawab exam pun mata terkelip kelip . takut basah kertas jawapan . sambil jalan kaki balik rumah menangis . bukan gril pintu pun nangis . masuk bilik....meraung . kah3 . (huduhnye lha perangai)


anyway , nampak sangat ke muka ni ada masalah :s: princess teddy selisih ngan sapa2 , orang akan tanya "una , ko ok ke tak ni:s:" " hai una , ok tak :s:" "una , jangan sedih2 ya" and segala macam una lagi lha . and bila princess teddy just senyum and blah mesti orang tu akan jeirt nama princess teddy "unaaaaa:r:" hahah , macam nampak aku kene gilis lori je . sume orang plak tu macam tu . macam dah pakat je . and kalau nak taw soalan korang tu yang buat aku tak ok . baru je kesat air mata dengar orang tanya princess teddy ok ke tak terus keluar balik . adoyai . nampaknya princess teddy kene pergi jumpe tukang paip . ada paip bocor agaknya . tak letih2 keluar air .


haih , kalau cuma ni masalah nye , mungkin princess teddy kuat lagi . tapi ada lagi satu masalah . entah la . penat wey . kenapalah agaknya tercipta manusia yang suka mengasak perasaan orang lain . i am really fragile now . tapi dia tetap macam tak peduli . cuma fikir perasaan dia . dah taw princess teddy tengah sedih lagi , tapi dia tetap try an error . kalau princess teddy ni kejam , rasa nak je cakap , saya tak nak awak . saya tak boleh terima awak . saya tak suka awak . SEBAB SAYA SAYANG DIA LAGI . tapi semua ni jadi tak terkeluar bila dia cakap kenapa princess teddy taknak trima dia. kalau dulu boleh bagi alasan dah ada bf . sekarang :s: nak cakap sayang EX-bf lagi :s: untuk apa . dia takkan datang balik dah . dah tekad . kalau princess teddy nak tunggu pun , sia sia je . buat lagi sedih . tapi princess teddy jugak tak dapat nak terima 'cinta' yang sorang lagi tu . tak suka . nanti hanya akan ada sebelah pihak yang gembira .



haha , sadis kan bila ape yang kita nak , komfom2 takkan dapat . and kita dipaksa pulak terima apa yang kita taknak . kenapa dunia ni macam tak pernah nak faham yang aku tak lah sekuat mana .