Banana

I have been sitting on my desk pretending to study for about an hour or so....
padahal...... 🐽
Photobucket

Final, Ukulele and Novels

Assalamualaikum :D


this is just a short update .

Esok hari last lecture for this sem . Ya Allah tak sedar masa berlalu . dah habis first year dah kau nokkk . so next week is study week . Aaaaa takutnya ! I am so not prepared for finals . at all ! sekarang pun tengah pulun siapkan saki baki assignments and tutorials . Husna dan procrastinate berpisah tiada . hari last untuk week last lah baru kau nak siapkan semua benda . meh :-/


so I got things on my mind . cannot concentrate buat assignment selagi tak hebahkan kat satu dunia . kah kah . 


so after final , I'm thinking to treat myself with something . yeah I'll treat myself anyway kalau tak final pon . LOL . but it has been like a tradition for me to learn new thing during 'study gap' . like last last year aku belajar mengait . last year konon nak belajar menjahit tapi tak tercapai . so this year , aku nak belajar main ukulele . I've tried guitar tapi jari tak sampai nak tekan note . haha . nak belajar keyboard , macam mahal lah pulak . so , kita try ukulele dulu . 


bagi kekanaks noob yang tak tahu ukulele tu apa , haa ni dia 


it's like a small guitar . 

price range dia dalam RM100 gittew . I found one in time square for around RM120 . tapi dekat instagram pun ada . tapi kalau barang macam ni aku rasa insecure sikit kalau tak dapat belek dari hujung ke hujung before beli . if you guys tahu mana mana IG shop yang really really reaaaaallyyyy trusted and jual ukulele murah please tell me . or other kedai kat mana mana area KL or Pahang .


tetiba dilema nak beli warna baby pink ke putih ke corak kayu....


dan after final jugak , adalah misi aku untuk baca segala novel yang aku beli tapi tak baca baca selama ni . haha . btw aku dah habis baca novel Eleanor & Park dengan Fangirl (finally) . so kalau ada sesiapa nak novel review please tell me ( macam ada . heh )



Photobucket

I just lost my grandmother...




Assalamualaikum :)

In life, people come and go .
31st May 2015, nenek aku pergi. pergi mana ? menghadap Ilahi..



"Nenek mak" is what I called her, mengidap breast cancer . She's been fighting for years . and even had a surgery to remove half side of her breast. and lots of chemotherapy. masa buat chemo rambut nenek habis gugur . then tumbuh balik jadi kerinting halus-halus . hahaha . but she's rocking that hair tho . ingatkan lepas operation nenek dah bebas dari cancer lah. tapi takdir Allah , cancer tu datang balik . alah macam dalam cerita the fault in our stars tu. but this time , doktor tak boleh nak operate dah . don't know why . so nenek just chemo je .

tapi cancer tu tak makin baik pun . makin teruk ada lah . and sampailah stage di mana doktor dah transfer nenek ke stage palliative . di mana doktor just bagi nenek ubat tahan sakit je . no more chemo or treatment . ini stage di mana orang cakap pasrah dan berserah . tunggu masa je .


start dari tu , setiap kali aku melawat nenek , aku tengok keadaan nenek makin teruk . mula mula nampak makin kurus . lepas tu cepat penat bila buat kerja . next time aku melawat , nenek dah terbaring . cancer tu dah attack tulang belakang . then , sampai tahap nenek memang dah tak larat nak bergerak pun . and masa tu kulit nenek jadi gatal gatal lepas tukar darah . teruk sangat kulit . aku ingat lagi dalam sebulan lepas , aku urut urut nenek and sapukan losyen kat tangan dia . then dia mengadu la cerita doktor tak bagi ubat sapu pun untuk kulit dia . dia rasa gatal-gatal and pedih sangat . and then nenek menangis , dia cakap dia dah penat . satu satu penyakit datang . tu first time aku tengok nenek mak mengeluh dan menangis . she always being a strong woman .


dalam rumah tu , semua benda nenek buat . rumah sentiasa kemas . pukul 11 dah siap hidang lunch . semua jenis masakan and kuih muih pun dia pandai buat .laman rumah pun sentiasa terjaga . aku rasa nenek lah mak yang paling superb aku pernah jumpa . memang suri rumah yang berjaya . nenek mak kawin masa umur 14 tahun kot ! daebak . dulu masa pakcik aku kecik , nenek always sediakan air milo dalam peti . setiap kali pakcik aku nak minum , dia just tinggal cari dalam peti je . secawan untuk dia je pun nenek aku buatkan . kalau aku nak , aku kena order yang baru . nanti nenek buatkan . heee ~ bila ibu and ayah pergi kursus , aku mesti tinggal dengan nenek . bila duduk rumah nenek pepagi  nak mandi pun nenek dah siap masakkan air untuk aku mandi air panas . nak mandi air kolah kan sejuk . aku kan mengada . ahaha. and then lepas bersiap nenek panggil suruh breakfast . kalau dekat rumah aku memang tak pernah breakfast . minum air je . lepas tu nenek mesti gigih bekalkan air untuk bawak pergi sekolah . tak main lah air masak , mesti air oren or sirap .


so bila nenek mak sakit , benda yang paling semua orang risaukan ialah nenek abah . aka my atuk . like macam mana lah nenek abah nak uruskan semua benda yang selama ni semua nenek mak buat . nenek abah dah lah jenis orang yang kuat risau . bila nenek mak nak chemo ke apa dia yang risau risau sampai demam . bila nenek mak dah terbaring je , nenek abah la kena uruskan rumah and uruskan nenek mak jugak . err , agak tunggang langgang jugak lah . makan pun kalau ibu  aku tak hantar kan lauk , entah apa apa je . tapi paling hebat nenek abah dah pandai buat sambal belacan sendiri . kami balik rumah nenek semua makan sambal belacan nenek abah . haha .


aku baru je melawat nenek hari jumaat baru ni . masa tu memang nenek mak dah kurus sangat . nak bercakap pun bisik bisik je . hari ahad aku sampai je UM , sejam lepas tu ibu aku call nangis nangis cakap nenek mak dah takde . aku nak balik pahang semula pun , dah maghrib . and esoknya aku ada test . so lepas test baru lah aku balik . tak sempat nak tengok jenazah . parents aku lah tak bagi aku skip test tu . cakap tak apa sebab aku baru je jumpa nenek mak . hmm , tapi tu masa dia hidup lagi....


aku balik tengok nenek abah punya mata memang rabak habis lah . everyone keep talking about nenek mak . tapi bila nenek abah cakap pasal nenek mak, mesti sambil menangis . majlis tahlil kat masjid pun dia tak pergi . tak sanggup kot . before solat maghrib kami perasan nenek abah intai tempat katil nenek mak dulu . lepas tu dia berkurung dalam bilik sepanjang malam . nampak la yang dia macam kehilangan betul .

it is sad that nenek mak dah tak de . rasa macam tak lengkap . tapi sebenarnya aku lega jugak dia meninggal . sebab aku lagi sedih tengok nenek sakit . kesian sangat . so dalam diam diam aku berdoa yang semoga kesihatan dia makin baik . tapi bila tengok keadaan nenek makin teruk , aku berdoa semoga Allah cepat cepat tarik nyawa dia . jangan bagi nenek sakit lama lama . lagi seksa macam tu .

so now aku just berdoa yang nenek abah kuat untuk terima semua ni . and nenek mak ditempatkan di kalangan orang beriman . Amin . korang korang semua sedekahkan la Al-Fatihah untuk nenek aku ye. Thanks :)





Photobucket