STUDY TIPS | Fokus dalam kelas


Dulu masa sekolah , aku selalu tak siap kerja rumah . balik rumah/asrama tidur, online , suka suki . dah pukul 11 or 12 malam baru slow slow nak heret beg sekolah tengok ada homework tak . lepas tu tertidur atas lantai sambil pegang pen . lepas tu esok pagi copy copy copy .

tapi bila exam markah aku yang selalu tinggi sekali . dan of course semua orang tak puas hati ! kau hari hari tiru homework aku tapi kau lagi pandai kan... pfftt..

satu satunya tips study yang aku amalkan is : fokus dalam kelas

tapi benda ni jadi lebih susah bila dah masuk university . satu lecture hall ada 300 orang , lecturer dok pok pek pok pek kat depan baca slide . half of the students tidur pasal padakesah lecture notes dah ada . print je nanti . tak payah salin . dengar pun bosan . lecturer baca je pun . ada jugak lecturer yang jenis monotone , cakap laju macam bullet train pulak tu . makanya slow slow students sumbat earphone dalam telinga dengar lagu sambil terhangguk hangguk . bukan faham tapi menari dalam hati . 

masa sem 1 , aku fail . aku sangat tak boleh fokus dalam lecture . lecture hall dah la sejuk pastu malap je . pastu kerusi empuk sangat . rasa macam tengah tengok wayang tau tapi versi cerita yang mendodoi . tak sampai 15 minit dah krohh . bila bangun aku mula buka phone main candy crush . bila nak buat tutorial tak pandai . malas lah nak bukak buku , tiru kawan je lah . bila nak exam baru terhegeh hegeh nak belajar . resultnya ? hmm , ada lah B C tiga pat ketul .

tapi sem 2 aku dah berubah . hahaha . eh terbebel panjang  sorry sorry . ok jom.

*ini lebih kepada students university*

#1 kalau tidur lambat , sila minum nescafe or coffee pagi tu.
ini agak membantu untuk membeliakkan mata anda sebanyak 40% . ya , peratus tu aku hentam je . hahaha . tapi bagi aku coffee hanya berkesan sebanyak tu . not much effect . kalau lecturer bosan , mengantuk jugak . kalau rajin , boleh bawa bekal coffee pergi kelas .

#2 breakfast
ini ikut orang . macam aku , aku memang jenis yang tak sarapan . so I'm good. tapi kadang kadang rasa nak makan jugak pagi pagi tu . lagi lagi bila kantin betul betul sebelah lecture hall . break sekejap je half students dah lesap pergi melantak . masuk masuk perut penuh mata pun berat . so jangan ambil heavy breakfast . nasi goreng mee goreng mihun goreng lagi lagi nasi lemak are so no no. kalau teringin sangat ambil lah satu senduk kecil . kalau tak , sila makan kuih atau roti je . kuih pun jangan lebih tiga ketul . kuih muih di malaysia ni dah la berminyak . lagi lah menambahkan rasa mengantuk tu.

#3 air
ini pun agak penting . kadang kadang lama sangat fokus otak pun rasa macam dah tepu , jammed , tak cukup oksigen . mulalah rasa letih and mengantuk . so , minum air ! make sure bawa bekal air . tak kan asyik nak minum air orang . you need a lot of water tho kalau lecture sampai empat lima jam tu . lagi lagi duduk dalam air cond . kering je rasa.

#4 chewing gum/ mint
ini sangattttttttttttttttttttttttttttttt membantu . aku sangat tak boleh survive tanpa chewing gum dalam lecture . kalau chewing gum habis , aku akan cuak gila like macam mana nak pergi lecture ni chewing gum dah habis ??? aku hanya boleh stay fokus selama empat ke lima jam kalau ada chewing gum.
tips : beli mint chewing gum
tips lagi : sila makan sorok sorok sebab nanti habis satu row mintak and sebotol tu boleh habis dalam masa tak sampai seminggu .

BFF forever <3 p="">


#5 jangan bawa earphone (ini merah sebab amaran keras)
kebanyakan student sanggup patah balik ke kolej kalau dia sedar yang dia tak bawa earphone pergi kelas . tapi aku dah haramkan earphone untuk dibawa ke kelas . sebab apa function earphone ? yeah , untuk korang pekakkan telinga dengar lecturer membebel kat depan and dengar lagu so boleh pura pura fokus and tak tidur . bagi aku , buatlah benda lain kalau bosan tapi jangan tutup telinga . kalau aku memang taknak fokus , aku akan main phone . at least , aku still dengar apa lecturer cakap . dapatlah jugak input walaupun sikit.

#6 salin nota
menulis memang boleh menghalang korang dari tidur . tapi jangan mendoodle pulak . tulis nota apa yang kita faham . elakkan menyalin bulat bulat . sebab nanti kita akan rush nak salin nota and tak dengar apa lecturer explain . nota tu semua ada dalam buku . explaination tu sebab kenapa kita datang lecture . kalau dah ada lecture notes , buat nota tambahan atau highlight keywords yang penting penting . so bila study balik kita boleh ingat balik apa cikgu ajar . takdelah rasa macam baca buku rujukan .
extra tips : kalau anda malas macam saya , jangan guna kertas kajang . guna buku nota . sebab ? nanti semua subjek bercampur dalam plastik kertas tu and susunan dah merata , ada yang hilang , koyak , bila nak study tak jumpa semua nota . kan ?


ini semua yang aku buat masa sem 2 . result ? so so soooooooo much better . dah tak ada C dan cuma seketul B *nangis terharu*
tapi ini cuma yang dalam kelas . luar kelas , haa pandai pandai lah nak hidup . tak perlu lah diingatkan supaya buat tutorial dan fahamkan sebab soalan test and exam banyak diambil dari situ . kalau jenis cepat lupa , rajin rajin lah ulangkaji . ingat , jangan tiru cara sesiapa sebab otak dan kepandaian masing masing . don't get stress . study smart ya anak anak , bukan study hard .



good luck !
mana satu aku ? haha


Photobucket

FREEBIES | Blog Background

Heyyo nerdies ! (cause imma nerd , and you read my blog . so that makes you a nerd too)

Macam yang aku cakap hari tu , lepas aku makeover blog aku (tukar background je pon~) , aku akan bagi link  background comelsss untuk korang semua . tapi ini lebih bertemakan floral la . haha as you can see what I have for my blog . 


/first/


/second/

*pink*

*purple*

*white*

*blue*

I just think the lace one is so cute so here goes all the colours :D

/third/


/fourth/

yang ni comel pasal dia macam bunga tapi sebenarnya kucing . OMG :O


/fifth/

/sixth/

and nothing is cooler than this . malangnya tak masuk dengan theme blog aku so nah bagi korang T_T


That's all lah kot . toodles ~
Photobucket

Kakak lagi comel

Assalamualaikum ya habibi ya maulana ~

haa ko . bulan puasa ni mood dia lain macam sikit . kadang kadang grumpy semacam je kadang kadang dok sengeh memanjang . cakap pasal grumpy , adik aku yang Huda tu , masyaAllah.... dia bulan puasa ni dah macam PMS doploh pat jam ! muka berkerut mulut muncung je . pantang tegur sikit terus menjerit jerit mengamuk sakan . kau jangan lah peduli kat dia before buka puasa . masuk je waktu maghrib , siap je makan mood dia dah ok . gelak macam gila. haa time tu la kalau kau nak gelakkan benda yang kau dah pendam satu hari untuk digelakkan pun .

waktu aku berjaga pun dah huru hara . macam sekarang ni , ni kira rare nak mati la ni aku update blog pukul tujuh pagi .

btw , semalam aku pergi bazaar ramadhan . yea , finally . setelah seminggu merengek nak pergi , baru semalam ayah free nak bawak . hujan pun hujan lah . aku sanggup redah jugak . tak kira . hahaha . masa tu aku jalan dengan Huda lah . time tu nak beli chicken wing , tetiba makcik jugak chicken wing tu tanya ,

"Adik beradik ke?"

mmm , aah... (soalan rare ni. jarang orang tanya kami adik beradik ke pasal muka tak sama)

and then makcik tu pun owhhh kan je la . pastu tetiba dia sambung...

"tapi kakak lagi comel la.. haha" sambiil pandang dekat Huda..

kami pun hehe hehe jelah kan.. siap beli tu Huda dah pasang muka jeles sambil cakap bangga la tu orang cakap kau lagi comel ! Eh mesti lah ~~ hahaha . tapi kan , aku ada musykil sesuatu... siapa yang makcik tu maksudkan sebagai kakak ? pasal dia cakap kakak lagi comel , tapi dia pandang Huda sambil sengeh . itu pandangan membawa maksud i-mean-you atau pandangan supaya si adik tak terasa hati atau apa ? yelah , kalau kita bercakap dengan dua orang , if kita pandang salah sorang maksudnya sama ada kita cakap dengan orang tu atau kita cakap pasal orang lagi satu jadi kita akan pandang yang sorang lagi sambil sengeh .

err , apa yang aku cuba sampaikan ni ?

sebab lagipun *sedih nak mengaku tapi..* tinggi aku dengan adik aku dah lebih kurang sama . walaupun beza umur tujuh tahun pfffttt . but of course muka aku nampak matang sikit . eh yeke ? tapi kadang kadang  tu orang ingat kami kawan . bila cakap adik beradik mesti orang tanya Huda form berapa ? padahal baru darjah . bila dia cakap darjah enam mesti orang expect aku tua setahun dua dari dia . and bila bagitahu aku 19 tahun orang akan macam.....

19 tahun macam ni ?!?!?! apasal adik besar kakak kecik ??

dan inilah titik permulaan punca kenapa aku suka bangga diri cakap aku awet muda . hahahahha .

btw , lepas aku cakap benda ni dekat Huda terus dia sengeh memanjang . konon konon konpem makcik tu maksudkan kakak tu dia dan dia lagi comel . oh pelisss ! apa apa pun , siapa kakak sebenarnya masih kekal misteri....

i dont have any appropriate picture to show tapi rasanya yang ni bolehlah kot.




Photobucket