Family Day ~ [Entry Bergambar]


hi again ! :D 
korang korang korang . semalam kan , titew kan , pegi jalan jalan . best . hikhik . 
ok gedik .
well , memandangkan \apa yang pandang-pandang ni ?/ baru baru ni cuti tiga hari , so family princess teddy dengan gumbiranya berambus dari rumah lari jauh jauh ke sungkai , perak . siyes wa cakap sama lu derr , best mandi kat hot spring . heheh . memang cair lah segala lemak yang ada berendam dalam air panas . semua kolam princess teddy try mencelupkan diri . except kolam untuk merebus telur . gila ka . tak sanggup lagi nak jadi 'Husna rebus' . memang bunyi macam sedap . tapi princess teddy boleh jamin rasa dia tak sesedap yang dijangka . siyes ni \muka ketat/

nak dijadikan cerita , eh ni bukan reka reka cerita ya , siyes punya cerita ni . lepas semua dah penat mencelupkan diri di hot spring , kami nak menyejukkan diri pulak dengan mendaki bukit . up to cameron . yey ! tapi... malangnya perjalanan ke cameron memang spoil habis . sebab ayah bawak kereta tak smooth . why ? sebab kaki dia bengkak . why ? sangat memelalukan untuk diceritakan . tapi disebabkan princess teddy kanak-kanak yang baik hati , nak cerita jugak . ekeke .

my ayah bengkak kaki sebab main gelongsor dekat kolam hot spring tuh -,-'
dia and beberapa orang guru yang lain (memandangkan ni family day sekolah) ramai ramai buat kereta api naik gelongsong . and as i predict , memang betul . sampai je bawah memang semua terhantuk antara satu sama lain . yes , time ni la peluang keemasan nak gelakkan cikgu cikgu sampai terguling guling .  mana tak nya , cikgu cikgu yang pergi buang tebiat tu semuanya yang cover siyes memanjang dekat sekolah . tapi bila luar sekolah , kalah budak budak ! hak tuih ! so , beberapa orang cikgu benjol kepala , ada yang berdarah mulut , and my ayah sakit kaki pasal ustad asman terhimpap atas kaki dia . padan muka kepada semua . kekeke .

then , bagi menyepoil kan lagi perjalanan kami , otw tu kereta pulak kena rempuh . hak tuih sekali lagi . memang owner iswara merah tu kompom tak past task memotong kereta time ambil lesen . dah la rempuh kereta orang sampai kemek , boleh pulak dia straight jaa . tak nak berenti pun minta maaf . kwangjau punya manusia . grrr ~

tapi kami tetap cuba mengenjoykan diri berjoli sakan di cameron sampai terkopak dompet and live happily ever after . sekian sahaja cerita padat lagi ringkas dari saya . sekian , tenkiu :)







ehh , mana gambarnya ? tadi cakap entry bergambar ? sebenarnya... malulah . siyes semalam rasa nak menangis tengok semua gambar . pasal apa ? princess teddy nampak gemuk sangat ! waaaa >,<




see , ouh , hate that . nampak tembam gila . dah la muka burn . lama sangat berjemur mandi kolam . huduh kemain . wuu . last last , gamba baby montel jugak yang comel . tapi tak mau letak gamba dia. nanti korang nak nombor . hehe ~



Photobucket

I'm Back ! :D



Assalamualaikum dear :3
ohhh , rindunya ! dah lama gila kot tak hapdet belog . nyumnyum . rasanya dah sebulan lebih tak hapdet . nyum nyum . maklumlah , lately princess teddy sooo buzy . nyumnyum . dah la hostel baru dapat balik minggu lepas . nyum . tapi.. nyum...

ok ok . sorry sebab menaip sambil makan mashmellow . ok dah habis . sambung cerita !

tapi.. now i'm merdeka ! woohooo ceria >,<
eh , apa yang merdeka ? bukan ke belum bulan Ogos lagi ? tak tak tak \geleng-geleng/ bukan merdeka yang tanggal 31 tu . tapi merdeka dari rules , dari warden , serta dari exco exco form six yang annoying . \kepada kakak kakak form six yang sedang membaca serta mengenali saya , just shut up ok . rahsia kita kita je . hik hik/ i'm out from hostel ! (kita kasi bold sikit :P) weeee ~

so lepas ni , boleh mengadap blog duapuluhtigaperpuluhanlima jam sehari tujuh hari seminggu tiga puluh hari sebulan dua belas bulan setahun infiniti tahun seumur hidup . yey ! lagi 0.5 aka 30 minit tu sila izinkan princess teddy bagi menunaikan apa yang patut yakni makan berak serta solat . mandi boleh dipertimbangkan kemudian .

hee ~ sangat seronok menabur brown sugar di tepi bibir . zaman sekarang orang tak main dah tanam tanam tebu tak perlu dibaja ni . penat . beli je gula kat supermarket . mudah , cepat , dan mutakhir . untuk menyaport amalan gaya hidup sihat kita guna brown sugar . baik untuk kesihatan . cubalah . nak lagi bagus tak payah guna gula. pakai stivia . best .

ok , stop merepek ! yela tu nak hapdet blog hari hari . cakap je , nanti blog ni dipinggirkan jugak  . biasalah tu , manusia . haha . sabet . konklusinya , entry ni hanya nak menyatakan yang princess teddy akan kembali bergiat aktip berbelog serta merepek lepas ni . ready ready lah ye . dashboard korang bakal semak lepas ni . heee ~
Photobucket

Alhamdulillah rezeki ♥


Assalamualaikum :)

Hari ni princess teddy masuk kuiz pendidikan islam . siyes tak tau apa apa . tau tau ustazah suruh masuk . so hari ni , princess teddy skip kelas , pergi SMKTAA chenor . haishh , rasa rugi gila tak masuk kelas add math hari ni . huk huk .

malam tadi konon pegang buku , nak study . haha , study kot nak masuk kuiz esok . LOL . rasanya boleh masuk dalam senarai keajaiban dunia ni . okay tuan tuan dan puan puan , sila catat hari ini dalam sejarah , haku stay up study sebab esok nak masuk kuiz PAI . ehh , tapi nanti dulu . jangan terlalu cepat bersuka ria berlompat gumbira . kenyataannya princess teddy hanya mampu baca tajuk sebelum terjatuh tidur (fall asleep)

jadi hari ni pergi bertanding dengan hanya satu senjata dalam otak . iaitu : tajuk sirah tingkatan empat . khulafa ar-Rasyidin . tu je .

sadis -,-'

siyes cuak gila . ingat princess teddy sorang je yang pergi dengan otak kosong . tapi tuntas , rupanya kawan kawan yang satu group princess teddy pun tak study langsung . jadi , kami selaku pelajar cemerlang sekolah , pergi bertanding tanpa persediaan . bak kata ustazah : tak pe , awak semua budak pandai . semua nota dalam otak . kan ?

aah . kan la sangat ustazah . terharu saya mendengarnya . boleh kembang lobang hidung selebar dua inci selama lima saat dengar ayat tu .

tapi bila teringat balik yang selama ni princess teddy tak pernah study pun untuk exam PAI , tapi dapat markah okay je . so , segala rasa cuak tu berambus begitu saja . and mula terasa bosan bila rupa rupanya cuma empat sekolah yang masuk bertanding -,-'

pum pang pum pang bla bla bla pot pet pot pet ,
kami semua dapat nombor dua . kalah dengan sri jengka . dah la beza satu markah je . demm . tapi tak apa , dah setakat ni je rezeki kami . alhamdulillah . walaupun pergi tak prepare apa apa , dapat jugak lah nombor . tengok sekolah lain semangat buka buku sebelum kuiz start . so , boleh tak mau declare kami ni kanak kanak pandai ? ekekeke ~ ops , riak sudah .

tapi paling tak tahan bila kami bagitau pengetua yang kami dapat nombor dua . dah la kalah dengan sri jengka . beza satu markah pula tu . cuba teka apa reaksi dia ? for sure mati mati kami ingat pengetua akan marah or mengeluh since sri is our main enemy (eh , jangan salah sangka . persaingan yang sihat antara sekolah ya) tapi tiba tiba pengetua bersorak yeyyy sambil bertepuk tangan ala ala gedik sikit . dia kata tak kesah la nombor dua pun . janji dapat nombor .

siyes terkejut -,-

P/S : rindu Abang Po . sehari tak jumpa dia . esok pulak cuti :'(
P/S lagi : aku ni tak reti reti nak balik hostel ke ?

Photobucket