Tips dapatkan kulit muka yang bersih

Assalamualaikum :)


I won't put my face as a testimony because I obviously wear makeups to look flawless . haha :P



1. Clean dat face !
Obviously kau takkan dapat kulit muka yang bersih dari segala anasir anasir jahat kalau kau malas nak cuci muka . sebaiknya guna cleansing foam. Nasihat aku ialah jangan takut untuk cuba produk baru . keep trying new products sampai kau jumpa satu yang betul betul sesuai dengan kulit muka kau . 


2. Jangan terpengaruh dengan iklan
aku rasa aku dah try hampir semua jenis pencuci muka yang dok keluar kat dalam tv tuh , tapi tak ada satu pun yang berkesan . kalau produk pencerah tu maybe ada lah sikit tapi kalau anti jerawat apa semua tu tipu je . makin subur jerawat kat muka aku ada lah . haha . maybe it works for some people, but not me . bagi aku pencuci muka terbaik is kau pergi farmasi or watson or guardian , pergi kat section pencuci muka yang ada set banyak banyak tu . selalunya brand ni well known tapi dia tak ada iklan kat tv. kau tak perlu lah nak beli satu set . just beli pencuci je pun ok . kalau nak try , boleh beli pek percubaan untuk tengok okay ke tak dengan kulit muka kau.


3. Exfoliate the dead skin
punca utama kulit muka nampak kusam adalah sebab banyak kulit mati dan kering . so , beli lah apa apa jenis krim untuk remove dead skin , kalau nak pakai scrub pun okay jugak . tapi jangan pakai yang terlalu menghakis muka atau scrub yang terlalu kasar. muka kau bukan berkerak sampai perlu disental dan ditarah sebegitu rupa . kalau macam tu baik pakai kertas pasir je , lagi smooth .


4. Moisturize
ini adalah sangat sangat sangattttt penting . aku tau ramai yang tak suka pakai moisturizer sebab nanti rasa kulit muka berminyak . well , cuba lah cari yang kurang berminyak . and kalau tak suka jugak , korang boleh pakai sleeping mask . dia macam sejenis moiturizer yang dipakai sebelum tidur. so kau akan bangun dengan kulit muka yang segar dan lembab . yay ~
aku paling benci kalau pepagi aku nak bersiap pakai bedak , tetiba kulit muka kering and mengelupas . 

5. Minum banyak air 
yang ni rasanya semua orang cakap kan . at first aku pun macam skeptik jugak.. yekeeee minum banyak air boleh buat kulit cantik ? dan aku ni jenis yang hanya minum air lepas makan . so memang sangat tak membantu lah . lagi lagi bila kat kolej , stok air dalam bilik selalu habis so aku malas minum air . tapi semenjak dua menjak tiga menjak bermenjak menjak ni aku dah ada kesedaran lalu beli satu tong besar untuk isi air . and aku beli botol air yang ada straw so senang nak minum . and I really can see the difference. try lah !


6. jaga pemakanan
Of course , kalau nak mengidamkan kulit muka yang flawless dan glowing tapi kau tu ada resdung pulak tu kuat makan sambal belacan and seafood . hmmm , tak tau lah ceq nak habaq cam mana lagi . basically cuba elakkan makanan yang terlalu berminyak and udang sotong semua tu . aku makan je semua tu tapi bukanlah selalu . tapi susah nak jaga pemakanan bila kau tinggal kat rumah sebab mak kau hari hari goreng ikan and ayam serta buat sambal belacan . tak lupa juga sotong celup tepung dan sambal udang yang memanggil manggil dari bawah tudung saji . tak kan tak nak makan kan..... hasilnya , baru seminggu aku duduk rumah aku dah dapat merasakan ada jerawat yang bakal timbul tak lama lagi . hmm , long time no see... baru nak feeling flawless time raya nanti . tskkk T_T



tapi yang paling penting , kita mesti terima kulit kita seadanya . love your skin first ! tak kisah la cerah ke gelap ke , and jeragat ke , ada sekumpulan jerawat comel ke , just love them. it's okay and totally fine. I used to hate my skin . like I want to be fairer and flawless . so aku start guna macam macam untuk cerahkan kulit and hilangkan jerawat . and I used to wear quite a lot of make up to conceal my flaws . dan semua tu tak membantu langsung pun . lama lama aku belajar untuk terima kulit aku , and eventually , akan tiba masanya untuk kulit kau stop menternak jerawat . hahaha . so adik adik jangan risau . nanti uolls akan flawless jugak one day . tak perlu nak paksa sampai guna produk yang merbahaya , yang sampai menghakis kulit semua . no no no .

and ingat makeup tu just untuk enhance your beauty . bukan topeng . personally , aku start dapat compliment dari kawan kawan since aku amalkan semua benda ni . and bila kulit dah bersih , tak perlu dah nak pakai makeup banyak banyak . aku ada beberapa kawan yang cantik cantik , tapi diorang macam menyorok di sebalik makeup diorang . like instead of deal with the skin , they try to conceal and hide it . diorang ni memang tak kan keluar rumah without makeups on . sampaikan bila orang nampak muka diorang without makeups , kau akan rasa macam.... wow... lainnya muka dia sebenarnya..


tips ni memang takkan berhasil instantly . it takes months . tapi inshaAllah boleh nampak beza..
p/s: kalau muka je flawless tapi hati dan perangai buruk, nampak buruk jugak..



Photobucket

1 comment:

  1. jangan terpengaruh dgn iklan tu gua dh berjaya buat, weeee! ^_^

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)