Perangai Ramadhan


oh em ji . comelnyaaaa outfit ni . nasib baik dalam gambar je . kalau jumpa depan mata , menangis lah dompet aku cerita dia . haha


Assalamualaikum :)

Korang korang semua perasan tak , kita semua akan ada satu perangai yang common bila bulan puasa . eh , bukan satu perangai , tapi banyak perangai . sehubungan dengan itu , ayuh lah kita sama sama berganding bahu sebulat suara bagai aur dengan tebing menyenaraikan sifat sifat kolektif lazim tersebut .

natijahnya , apahal tetiba aku rindu nak tulis karangan SPM Bahasa Melayu nih ???


1. Berbuka dengan air manis 
tak kesah lah panas atau sejuk (tapi mostly prefer sejuk lah kan) kita mesti nak berbuka dengan air manis . kalau tetiba sehari tu kena berbuka dengan air masak , rasa macam nak menangis meratapi nasib di pinggiran pelangi . padahal kalau hari hari biasa kau tak kesah pun minum air masak . tetiba bulan puasa jadi demand.


2. Demand
cakap pasal demand , kalau tetiba mak kau goreng telur dan hidangkan bersama kicap cap kipas udang serta ulam ulaman , mesti kau macam... "aik,, makan ni je berbuka puasa ? tak kan telur goreng je ?? mana kuih muih ? sayur kailan masak ikan masin ke ? sup ketam ? apa ni mak ??"
mesti nak kena ada at least 2 jenis lauk , dan satu sayur . kuih muih pun mesti ada cikai cikai pun dua  tiga jenis . air sedap at least dua jug.....padahal kalau hari hari lain kau okay je . ceh . pastu membazir.


3. Misteri murtabak dan air laicikang
aku tak tahu lah pasal apa bila ramadhan je , benda yang orang akan cari ialah murtabak dan air laicikang . kalau bulan bulan lain , takde lah femes mana pun air laicikang tu . kat rumah aku , hari hari wajib ada murtabak (beserta at least dua jenis kuih muih yang lain)


4. stay up sampai sahur
perangai ni selalunya student university lah buat . disebabkan semua liat nak bangun sahur , dan student U sememangnya dikenali sebagai burung hantu jadian , so alang alang tidur lambat tu , apa kata sahur terus . so kita tidur lewat sikit , and sahur terus . 


5. Tangguh kerja lepas sahur
yang ni aku tak tahu lah kalau aku je yang selalu buat . tapi dulu kalau time sekolah , aku mesti tangguh nak iron baju and buat homework lepas sahur . kengkonon malam tu before tidur , alahh , lepas sahur je lah aku buat semua tu . tup tup , lepas kau melantak sampai kembung time sahur , mata pun berat and terus tergolek tidur . nanti mak kejut suh pergi sekolah nangis nangis itu tak siap ini tak siap . haha


6. Alasan penat
"weh jom gi library?"
penat lah nak jalan...
"weh jom pergi jogging petang ni?"
kau gila ?? puasa kot !
"weh pergi angkat kain . pergi tolong mak masak"
alahhh penat lahhh .
"weh jom pergi bazar ramadhan?"
JOMMMMM !
"weh jom pergi shopping raya?"
JOMMMMMMMMMMMMMMM !!!!

jangan gunakan alasan berpuasa kalau kau tu memang pemalaihhh ! hak tuih !


haa , cukup lah tu enam je . rasanya ada banyak lagi tapi aku malas nak fikir . penat lah . lagi lagi bulan puasa panas panas ni . k lah , gua cau dulu .

P/S: kalau korang ada pape perangai bulan puasa yang pelik pelik atau lawak lawak ke , meh la share . yang hambar tu tak payah .
Disclaimer: tuan blog ini sama sekali tidak pernah curi curi minum air paip di kala bulan Ramadhan suatu ketika beliau kecil dahulu . sumpah tak tipu . *bangga*


Photobucket

4 comments:

  1. tahun ni puasa, gua asyik ngnatuk je. tidur awal pun sama, tidur lewat lagilah ngantuknya. nak kata syaitan bergayut kt bulu mata syaitan dah kena rantai.. hahahaha =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pe . sy ni tengah sem break lg lah seronok membuta je kerja . hehehe

      Delete
  2. Sejak masuk form six, sekolah jauh giler dari rumah. On the way nak nak balik.... Aduh. Mesti nampak ada satu lori jual buah tembikai. Bergayut- gayut. Dahlah cuaca panas giler.

    Hahahaha.

    Balik rumah. BOM! Sambung tidur yang tertunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tembikai time haus and panas panas ni memang mengancam . haha

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)