Akhirnya diterima

Assalamualaikum :)


kalau nak tahu dah seminggu aku hidup tak tenang sebab memikirkan pasal kolej . disebabkan aku dah habis first year , so aku kena mohon kolej semula.. sepatutnya minggu lepas dah diterima , tapi bila aku check dekat sistem , aku tak diterima . Of course aku freak out ! mana aku nak cari rumah sewa ?? aku dah la takut nak drive dekat KL . ottoke ommaaaaaaa *effect tak tidur tengok drama korea*


but then kawan aku cakap nama aku actually ada dalam list . cuma belum di accept dalam sistem je . and ramai kawan kawan alami masalah yang sama . so we sorted things out . but then , kawan kawan aku semua dah di accept , aku je yang belum lagi . sistem tu pulak jenis akan auto reject setiap empat hari . so cerita dia aku dah isi borang application tiga kali . dan dah tiga kali jugak aku call office kolej . tunggu punya tunggu masih tak diterima . yang sedih bila aku call office tanya kenapa saya punya tak accept lagi sampai dah di auto reject , akak office tu cakap dia dah accept tapi aku yang tak approve . tipuuuuuu , aku hari hari check sistem... dua tiga jam sekali aku check tau . akak jangan la buat iolls macam ni . wuwuwuwuwuwu ottoke omma sekali lagi....


and today , once again , aku di auto reject sebab dah cukup empat hari . so dengan gigihnya aku call lagi office...


"hello kolej 12? saya tak di accept lagi kat myum ni macam mana ? saya dah isi form 3 kali tau . hari hari saya check . tak aprrove approve jugak."
"nama awak ada dalam list tak?"
"ada lahhhh"
"okay bagi nama dan nombor matriks"
"bla bla bla..."
"oh.. awak ni lagi...."
"ye kak... saya dah banyak kali call office ni"
"akak dah check hari hari dah . akak dah accept lah awak"
"manade saya sejam sekali check myum.... boleh tak akak tolong accept kan sekarang?? terima kasih"


dan pooooff ! *bayangkan keluar effect asap kepuk kepuk (ke kepul ? ah whatever lah)*


dengan sekelip mata gua di accept . FINALLYYYYYYYYYYYYY !
dan kenapa yuran kolej murah sangat nih ? 1k satu sem . tskk . tak dapat lah aku nak berjimba lebih macam ni, belum tambah yuran pengajian lagi . adakah aku patut bekerja lepas raya demi meneruskan kelangsungan hidup di dunia moden nan penuh pancaroba ? atau sebenarnya aku cuma patut berjimat cermat dan tak pergi mid valley selalu serta tak melawat mana mana online shop.. ya rasanya macam tu lah T_T


p/s : tapi walau nak berjimat macam mana pun , kau jangan sekali kali ikut nasihat menteri sengal tu untuk tak payah balik kampung setahun . kau dah gila ke apa ? aku wonder tinggi betul tahap kesabaran pengacara tu untuk mengiyakan beliau serta tak tergelak dengan idea bodoh dia tu . kalau aku dah lama aku guling guling atas sofa tu lalu sumbat mic kat lubang hidung dia. ceh .

Photobucket

2 comments:

  1. hahaha tahniah sbb dh ada penempatan. baru ingat nak bagi khemah tadik.. wahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha . ingat nak offer rumah ke apa . apa kelas khemah *flips hair*
      hahaha XD

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)