Assalamualaikum :)
Kekanaks lepasan SPM sekarang mesti tengah nervous kan tunggu result UPU . wat lek wat pis . InshaAllah ada rezeki . and korang mesti tertanya tanya , apa je persediaan untuk masuk U kan ? haa meh sini hakak cuna nak share . kah kah
1) Get a comfort shoes
First of all , pergi beli kasut yang paling selesa sekali kau boleh jumpa . mahal pun tak apa , bayar pejam mata je . hahaha . tak kesah lah sneakers atau flat shoes . tapi disarankan sneakers sebab lebih selesa dan tahan lasak . and boleh pakai dengan semua baju . pakai dengan baju kurng pon no hal . hipster gittew . hahaha . kenapa kasut nombor satu ? sebab universiti ni kawasan dia besar nak mati , untung untung dapat kawasan berbukit . dan setiap kelas kau tempat dia lain lain . nak menapak antara kelas tu pun dah boleh makan masa lebih 5 minit . trust me , kau tak nak kaki kau melecet dan tumit kau sakit di minggu pertama .
2) Notebook and files
Selalunya dekat uni orang tak salin nota sangat . sebab semuanya boleh print . so maybe cuma ada sikit nota yang perlu disalin . so kalau aku , aku suka beli buku nota yang dah siap divide section . Jadi pergi kelas cuma bawak satu buku je . tak payah pening pening nak ikut jadual macam masa zaman sekolah dulu . and if ada subjek yang lecturer tak nak bagi nota print , aku amat sangat sungguh niat nasihatkan korang supaya salin dalam buku tulis . JANGAN SALIN NOTA ATAS KERTAS . dengan niat murni "tak pe , nanti aku compile kan and file kan" dusta belaka semua tu . nanti hujung sem kau akan end up serabut nak susun nota yang dah berterabur dan hilang entah ke mana .
files pulak untuk letak semua nota nota yang dah print tu . jadi puncher , stapler dan sebagainya tu sendiri mau prepare lah .
3) Laptop
Ini antara benda wajib ada kalau kau seorang student universiti . pandai pandailah cari duit beli laptop seketul . tak payah yang mahal mahal pun tak apa . asalkan boleh surf internet , menaip assignment , kira ok la tu .
4) Printer
Kalau korang berduit sikit , belilah printer . ini siyes sangat berguna . sebab semua nota nak kena print , nak harapkan pergi kedai photostate untuk print nota setiap minggu , rajin ke ? lagi lagi manusia last minit macam aku ni . kelas pukul 8 , pukul 7.30 baru nak print notes . teehee ~ dan sesungguhnya print sendiri lebih jimat dari print dekat kedai.
5) Botol air
Malaysia panas + penat menapak = hauih nak mampuih !
6) Pakaian harian
Mungkin inilah alasan terbaik untuk kau pergi shopping baju . kekekeke . pergi beli banyak banyak baju lengan panjang and seluar slack . kalau macam uni aku , pakai seluar jeans dengan t shirt pun takde hal . datang kelas pakai selipar pun boleh . so , tengok pada uni jugak lah . tapi tak salah sediakan baju yang decent . tak syok lah kan nak pergi kelas tapi pakai selekeh macam nak pergi pasar beli ayam .
7) Segala keperluan harian
Macam kau nak masuk asrama ; baldi , hanger , bantal , cadar, stok makanan dan sebagainya . jangan terburu buru nak beli penyapu , heater air , seterika , carpet bagai . masuk bilik dulu , tengok apa roommate kau bawak . nanti apa yang kurang , baru kau bawak . macam aku hari tu , dekat bilik ada dua tikar , dua penyapu , dua seterika , dua segalanya . nasib aku tak bawak heater je . kalau tak heater pun ada dua . dan selalunya seterika akan disediakan di setiap floor .
8) Mental
Ini yang terakhir dan paling penting . pastikan mental kau ready . jangan barang siap tapi orang yang tak siap . sediakan diri kau untuk busy , untuk jarang balik rumah , untuk tak cukup tidur . bunyi memang macam seram nau kan , but don't worry . zaman universiti ni selalunya antara zaman paling indah dalam hidup kau . chaiyok ! *ewah dah macam motivator bebas pulak*
zaman akk study dulu pyh nk beli laptop..
ReplyDeleteangkut pc besar gedabak bwk masok hostel..
haha.. bile ingat balik rase rindu dgn zmn study...
rindu nk kelam kabut pegi kelas.. rindu nk srabut ngn assignment, test quiz bagai.. huhu.. rindunye