Saturday Hang Out

Assalamualaikum manusia sejagat :D

Today has been a really unproductive day . woke up at noon , didnt do anything , breakfast+lunch+dinner at 5 p.m . so so so soooo unproductive . the only achivement for today is I do the laundry . or maybe half-do sebab tak ambil lagi dari washing machine . malaih nak sidai . teehee .


but yesterday was a fun day :DDDD


Semalam aku akhirnya dapat jumpa dengan cik naga aka mimimok . whichever you would prefer to call . ahaks . for those yang tak tau , Mimi is my friend from school . Since form 1 saaampailah habis sekolah . berkepit dengan dia je . tapi habis je sekolah susah nau nak jumpa budak tu . sebab dua dua busy . sob sob . rasanya last time aku jumpa dia probably exact 1 year before . masa pesta buku dekat PWTC . and semalam , pun kitorang pergi pesta buku dekat PWTC . LOL . rasanya next time aku dapat jumpa dia tahun depan , dekat pesta buku .


So kami pun jumpa dekat KL Central . jumpa jumpa , dua dua buat muka toya . and then cakap , jom pusing NU Central jap . hahahahaha . kalau BFF lain dah setahun tak jumpa mesti jumpa jerit then peluk peluk . but nahhh , we're cool .


lepas pusing NU Central kejap terus naik train pergi PWTC . aku tak beli apa apa pun kat sana . sebab aku ada lagi dua novel tak baca , and aku dah lama bersara dari baca novel cintun melayu . hahaha , sebab makin lama makin klise . tapi tak boleh tipu novel cintun melayu memang best . tapi yang tak best lepas baca novel tu kau akan ada timbul satu perasaan tak sabar nak kahwin . which is very tak patut untuk situasi aku sekarang . I have to focus on my study first . sobsob . Mimi borong banyak gila novel . aku tak faham macam mana dia boleh sanggup pilih novel dalam keadaan yang ramai gila orang and nak bayar kau kena beratur sampai sejam .

like aku boleh pusing floor tu tiga kali , dia tak habis beratur lagi , last last aku bersila tepi tiang sambil main game . phew ~ sekarang aku faham perasaan orang laki bila tunggu perempuan habis shopping . lolololol


*40 minit +++++++ beratur demi dua buah novel*

tahap kegigihan tu lebih terserlah bila nak masuk booth Karya Seni . ramai gila manusia sampaikan nak masuk pun kena sekat . securities lepas kan sikit sikit orang untuk masuk dalam tu . dahsyat tak dahsyat . itu belum pergi time ada retis datang lagi . kalau tak laaaagi gila . sebab novel Karya Seni ni banyak diterbitkan as drama . alahh , drama yang engkorang tengok kat TV3 pukul 7 malam tuh ~


after that kami pun lari pergi time square . oh lupa nak mention yang lepas tu Nani or Nuhaba (can click to visit her blog) pun join kami . Aku bagitau diorang yang ni third time aku pergi time square sejak aku masuk degree and aku tak pernah lagi shopping kat time square . dua dua buat muka tak percaya macam aku cakap aku baru first time makan KFC . sebab selama ni at least sebulan sekali kot aku shopping kat TS . semuanya sebab iolls busy . tskkkkk ~ hashtag studentlyfe

and the best part is..... kami makan sushi ! whoop whoop ~ dah lama gila aku tak makan sushi T_T
ni satu lagi benda yang aku jarang buat sejak masuk degree . still cant find any 'sushi friend' in my degree year.

I also ordered one sushi plate besides this bento hehe

then pusing pusing TS and cari mask untuk dinner kolej aku . and I found one yayyy *suara budak budak cakap yay* It is black and sooooo matches my dress . nanti aku tunjuk dalam next entry . tungguuuu ~


and we took bunch of selfies sebab Mimi ada beli phone baru and the front camera is so damn pritayyy .


i know you miss me . nah tatap lah puas puas . HAHAHAHAHA








 ini cubaan Nani untuk tangkap gambar bersama sushi yang tengah berasap tapi tangan goyang pffttt 


and masa otw nak balik tu sempat lagi singgah dekat NU central sebab situ banyak tempat cantik nak tangkap gambar . hahahah . aku cuba tangkap gambar dekat escalator hipster yang ramai insta famous tangkap gambar tu , tapi of course gambar aku tak jadi sehipster mereka .

 booo Husna booooooooo

sampai bawah tu , eh rupanya ada SuEra . sempat lah tengok Daiyan Trisha nyanyi lagu All Of Me sambil menjerit and menangis sebab kena current . hahahaha kesian .


what to do bila jumpa dinding cantik





sekian sahaja entry ayat berterabur dan penuh gambar syok sendiri dari saya . tata ~

Photobucket

Two Hectic Weeks

Assalamualaikum lovelies ~

I'm in a very good mood now and feel like blogging . Why ? because my test today got canceled and I just went for some shopping . teehee ~ I'm sorry for a umm , not so "meriah" blog . Bila dah makin besar ni feeling nak update blog tu makin kureng . tengok lah bulan ni je baru berapa entry . now I understand why lots of my fav bloggers dah kurang aktif berblogging sekarang . We got some other commitment to handle . I miss the old days where I got like 30++ entries per month . means that I updtaed my blog every single day . so many ideas . even masa SPM 2 hours before paper aku sempat update blog cerita pasal soalan addmath macam kacang . haaa , good old days . I feel old now . sobsob :'(


Last week is cuti mid sem week . But it's quite hectic for a holiday week . Sebab aku ada program di Sarawak for 4 days , and plus dayssss before that for all those preparation stuff , and one day just for journey home , bla bla bla . And I got flu *yayyy* . and on Saturday I got fever *doubleyayy* and not feeling so well this week too . And I am currently having a flipping hectic week .

this is my mini organizer board . tengok lah tu dah penuh :'(


But pagi tadi aku berjaya untuk curi curi keluar kikiki ~ itu pun demi mencari sesuap nasi dress untuk dinner kolej 1 May nanti . bayangkan la lagi seminggu nak event aku baru terhegeh hegeh nak cari baju . tema dia warna black and white but I can't find any black dress that I like . tak nak lah pakai putih sebab last year Malam Emas asasi aku dah pakai putih . and design dress putih semua macam lebih kurang je . So me being the devil , aku pun secara sengaja tapi rasa sedikit bersalahnya beli dress yang agak lari tema . atau mungkin sangat lari tema ? I don't even know . I bought a dark red dress layered with black lace . err kalau pakai tudung hitam beg hitam kasut hitam tak nampak merah sangat kot ? ihiks .

 Sekarang ni aku tengah fikir mana nak cari mask hitam (sebab tema dia also masquerade) and a black or red flower crown . kalau jumpa black flower crown cool gila doh . aku nak cari mask something like this or yang macam ada bulu bulu . time square ada kot ?



for makeup aku rasa macam nak try black shadow and dark red lips . silap aku ni gelap je kalau tak dah boleh acah acah vampire . aduh kenapalah vampire putih pucat .




Photobucket










University Starter Kit




Assalamualaikum :)

Kekanaks lepasan SPM sekarang mesti tengah nervous kan tunggu result UPU . wat lek wat pis . InshaAllah ada rezeki . and korang mesti tertanya tanya , apa je persediaan untuk masuk U kan ? haa meh sini hakak cuna nak share . kah kah


1) Get a comfort shoes
First of all , pergi beli kasut yang paling selesa sekali kau boleh jumpa . mahal pun tak apa , bayar pejam mata je . hahaha . tak kesah lah sneakers atau flat shoes . tapi disarankan sneakers sebab lebih selesa dan tahan lasak . and boleh pakai dengan semua baju . pakai dengan baju kurng pon no hal . hipster gittew . hahaha . kenapa kasut nombor satu ? sebab universiti ni kawasan dia besar nak mati , untung untung dapat kawasan berbukit . dan setiap kelas kau tempat dia lain lain . nak menapak antara kelas tu pun dah boleh makan masa lebih 5 minit . trust me , kau tak nak kaki kau melecet dan tumit kau sakit di minggu pertama .


2) Notebook and files
Selalunya dekat uni orang tak salin nota sangat . sebab semuanya boleh print . so maybe cuma ada sikit nota yang perlu disalin . so kalau aku , aku suka beli buku nota yang dah siap divide section . Jadi pergi kelas cuma bawak satu buku je . tak payah pening pening nak ikut jadual macam masa zaman sekolah dulu . and if ada subjek yang lecturer tak nak bagi nota print , aku amat sangat sungguh niat nasihatkan korang supaya salin dalam buku tulis . JANGAN SALIN NOTA ATAS KERTAS . dengan niat murni "tak pe , nanti aku compile kan and file kan" dusta belaka semua tu . nanti hujung sem kau akan end up serabut nak susun nota yang dah berterabur dan hilang entah ke mana .

files pulak untuk letak semua nota nota yang dah print tu . jadi puncher , stapler dan sebagainya tu sendiri mau prepare lah .


3) Laptop
Ini antara benda wajib ada kalau kau seorang student universiti . pandai pandailah cari duit beli laptop seketul . tak payah yang mahal mahal pun tak apa . asalkan boleh surf internet , menaip assignment , kira ok la tu .

4) Printer
Kalau korang berduit sikit , belilah printer . ini siyes sangat berguna . sebab semua nota nak kena print , nak harapkan pergi kedai photostate untuk print nota setiap minggu , rajin ke ? lagi lagi manusia last minit macam aku ni . kelas pukul 8 , pukul 7.30 baru nak print notes . teehee ~ dan sesungguhnya print sendiri lebih jimat dari print dekat kedai.


5) Botol air
Malaysia panas + penat menapak = hauih nak mampuih !


6) Pakaian harian
Mungkin inilah alasan terbaik untuk kau pergi shopping baju . kekekeke . pergi beli banyak banyak baju lengan panjang and seluar slack . kalau macam uni aku , pakai seluar jeans dengan t shirt pun takde hal . datang kelas pakai selipar pun boleh . so , tengok pada uni jugak lah . tapi tak salah sediakan baju yang decent . tak syok lah kan nak pergi kelas tapi pakai selekeh macam nak pergi pasar beli ayam .


7) Segala keperluan harian
Macam kau nak masuk asrama ; baldi , hanger , bantal , cadar,  stok makanan dan sebagainya . jangan terburu buru nak beli penyapu , heater air , seterika , carpet bagai . masuk bilik dulu , tengok apa roommate kau bawak . nanti apa yang kurang , baru kau bawak . macam aku hari tu , dekat bilik ada dua tikar , dua penyapu , dua seterika , dua segalanya . nasib aku tak bawak heater je . kalau tak heater pun ada dua . dan selalunya seterika akan disediakan di setiap floor .


8) Mental
Ini yang terakhir dan paling penting . pastikan mental kau ready . jangan barang siap tapi orang yang tak siap . sediakan diri kau untuk busy , untuk jarang balik rumah , untuk tak cukup tidur . bunyi memang macam seram nau kan , but don't worry . zaman universiti ni selalunya antara zaman paling indah dalam hidup kau . chaiyok ! *ewah dah macam motivator bebas pulak*



Photobucket



when the person you trusted the most wants to blame you and ask for responsibilities for the thing that is not even your fault or problem...


nothing is more heartbreaking than this.











i swear , i'll punch in your guys faces next time we meet. 






Photobucket

April already ???

Assalamualaikum :)


Goshhh , too much thing happened in March . dengan projek kolej Frenster lagi , dengan lawatan ilmiah untuk projek titas lagi , gunung ganang assignment , melawat rumah kebajikan untuk subjek social management,  elok pulak semua sahabat handai sedara mara pakat nak lahir bulan March, and many many more . sampaikan anniversary aku sendiri aku hampir terlupa . opps , sorry Abang Po . heee :P  dan aku habis duit hella lot in March . konon konon bulan 3 nak beli instax camera . acah acah before GST lah . tapi tak ada masa nak keluar pergi survey harga bagai . sudahnya duit aku dah habis beli benda benda lain . hahahaha


pejam celik pejam celik , eh dah April ?


dah ada GST . rasa malas pulak nak beli camera tu . nanti nanti lah . next week pulak aku akan fly pergi Sarawak untuk projek kolej 4Nature . mihmihmih . soooooo many things are happening now . InshaAllah next entry aku akan update sikit sikit pasal projek projek bulan 3 . banyak gambar cantik nak share ni . ahaks .


till then , tata !


Photobucket