Aktiviti bila bosan

Ramai orang tanya , "wei , kau buat apa je lepas SPM ni ?"
dan jawapannya haruslah "aku jadi penternak yang berjaya :D"
mesti terfikir kan , ehh ternak apa ? well , I ternak lemak lah . ohoho . sekarang dah berjaya naikkan berat sebanyak emm , dua kilo ? jadi bila terasa rindu gemok , cepat cepat kira BMI . haha . bila dah kira BMI , terasa seronok pulak nak makan banyak banyak lagi . sebab walaupun berat badan dah naik , but still berada dalam paras normal . ahakk . kalau berat badan sekarang turun lagi dalam tiga kilo , dahku dah tergolong dalam kategori KURANG BERAT BADAN . waa , terasa tak keslim-an I di situ ? ahakk XD


sebenarnya , selain menternak lemak dengan gigih , ada lagi aktiviti lain . jeng jeng jeng . kalau orang lain sedang sibuk back to school *sila baca dalam nada menganjing :P* I sedang sibuk back to childhood . ahak . no no no , bukan bermaksud I join baby montel pakai pampers mamy poko serta minum susu pakai botol . kalau setakat join dia main lori tu ada lah . hee ~ 

 inilah dia . muahahaha . best kot .
kepada kanak kanak atau pembajet kanak kanak seperti saya yang suka main game dress up , ini ada game yang superb untuk anda . bukan dress up je , tapi ada banyak lagi lah . huhu

kita boleh post gambar barang barang kesayangan kita . contohnya baju , sepit rambut , jam , ect . dan bila dah post tu , kita akan dapat ribbon and satu barang . ribbon tu boleh guna untuk beli baju baru . huhu . 

kita jugak boleh add friend . game ni orang dari seluruh dunia main . so , maybe boleh berkenalan dengan orang germany ke , jepun , korea , indon , filipina . majoriti jepun lah .

boleh tengok dan suteki (like)  closet friend kita . boleh jugak tengok post terbaru barangan brand feveret kita .

dress up :D

community ~
so , kalau nak main , boleh click SINI
err , kenapa tiba tiba aku promote game nih =..=''


dan lagi , selain main game , inilah aktiviti harian setiap malam . ohohoho :3

walaupun I tak minat kpop kpop serta tidak pandai bergangnam , tapi I minat drama korea . kenapa ? sebab cerita diorang sweet kot . tak macam sinetron yang beratus ribu riban episode . sampai merepek-repek . tak macam drama melayu . sikit sikit syarikat I syarikat you , mama I tak restu , bla bla mak mentua jahat pot pet pot pet .

Photobucket

Cincin ukir nama ?



teeettt ~ saje nak tayang . ahak ahak XD
*nampak tak bintat kat tangan tu ? kesan gatal --'*

sepuluh hari sebelum , ada orang tanya pasal mana nak cari cincin silver yang boleh ukir nama tu . (dah sepuluh hari baru nak jawab . booo husna boooo) So i guess it's something like this kot...

maaf Abang Po jual nama jap . ni je yang haku ada . kehkehkeh ~

susah la nak balas kat chat box di blog dia . pasal tau tau je lah kan *cough* saya ni *cough* tak reti nak jawab dalam satu perenggan je . nak menjawab tu haruslah satu entry macam ni . ahahak . so harap si tuan yang bertanya tu sedar la akan kewujudan entry ni . huuu , ayat tacing . haha .

act , cincin ni bukan I pun yang beli . ada orang kasi :3 . tapi konon letak nama dia . errr -,- . and yang nama I ada dekat dia . nak bajet sweet lettew . tapi tak lah dapat membajet sweet sangat . pasal ada orang tu dah hilangkan cincin tu beberapa bulan kemudian . adakepatut pergi golek sekali cincin dalam washing machine . memang already gone lah kan . huuu T^T

tapi selalunya cincin macam ni ada jual dekat tepi tepi jalan . ahaha . siyesly , memang jarang jual dekat kedai . kalau nak cari , boleh cari dekat tepi pantai , selalunya ada banyak orang jual gift , haa , banyak jugak lah orang jual cincin gelang semua tu . and selalunya ada dekat situ . or kalau korang pergi tempat tempat yang selalu orang melancong macam cameron highland ke , dekat pasar malam dia belambak lambak orang jual selain daripada stoberi jagung jeruk limau bantal keychain , ohh nak pergi cameron lagi !

so kalau nak cari , cari je dekat area area macam pasar malam or stall tepi jalan tu . kalau nampak macam ada jual cincin gelang banyak banyak , ace try test tengok sikit . kadang kadang ada . so , itulah jawapannya . ahak . panjang gila kan . padahal ringkasan nya ada dekat pasar malam or tepi pantai je . tapi disebabkan aku yang menjawab , nahh , lima perenggan . hoho ~


Photobucket

Pumping~


Assalamualaikum warga blogger sejagat :)
kalau minggu lepas I tak update sebab busy kerja , for sure semua orang fikir minggu ni pun I tak update sebab busy lagi kan ? muahahaha . ya , memang busy . busy mengepam pipi , perut , peha , serta segala bahagian lain yang boleh diternak lemak .


like siyesly , wa dah rasa seram ngilu-ngilu nak pijak atas scale . takut nanti kejiranan gempar dengar bunyi princess mengilai tak dapat terima hakikat . ahak ahak . well , kerja dah pun tamat pada hari isnin actually . pasal urusan banci-banca-bancu tu dah pun selesai . walaupun tetap ada pakcik yang degil , lantak kau lah . key in je maklumat lama zaman anak anak kau baby lagi . biar lantak .

so seminggu ni , memang tak buat apa . hari hari bangun tak lah berapa nak lambat sangat , pasal dah terbiasa bangun awal hari tu . err , bagus tak ? haha . then , bangun bangun terus pergi sarapan and lepak depan tv saaaampai pukul dua belas minumum . mandi ? err , demi menyahut seruan kerajaan bagi menjimatkan penggunaan air , saya selaku warganegara yang prihatin mengambil inisiatif mandi tiga dalam satu . ala , macam nescafe tu . yakni mandi pagi , tengah hari dan petang dicombinekan sekali . equals to mandi.......patepe ? hahaha XD


Photobucket

Miss me ?


Assalamualaikum :D
tajuk ada gaya mintak kaki dekat muka tak ? ala jangan la . tau la muka i comel . jangan la jeles . ahak . okay ni memang betul mintak kaki :P

eh , tak de siapa sedar ke blog ni dah seminggu tak update ? ok sedih . ni yang rasa macam nak bunjut kain then lari sambil kesat air mata ni . tapi problem nya princess teddy tak pernah ada kain batik . so nak bunjut kain pakai apa ? comforter ? hey , bagasi kan ada !

okay , berbalik kepada motif taip entry hari ni . actually nak mengkhabarkan... ehem.. huhu . malu la pulek >,<
sebenarnye... titew kerja . tebab tu titew busy . tade masa nak update blog . torry la ek tawan tawan . jangan la lempang titew . titew memang kadang kadang tetibe jadi gedik macam ni .

puih , dah seminggu kerja baru nak bagitau . ahak . tapi siyes busy gila . kot . hehe . pagi pagi pergi kerja pukul lapan . rehat pukul satu , masuk balik pukul dua . sampai pukul lime . office hour la . balik rumah lepas isyak terus tidur . kecapek-an . haha . kerja apa ? ehehe . key in maklumat banci peneroka je pun . office tu tak de lah berapa nak office sangat . pejabat felda . ahaha . aku koya macam kerja dekat office ape je kan . hehe.

tapi walaupun just key-in data , siyes memenatkan . mula mula nak kena susun borang tu . kalau tak pening . then kena taip satu satu . kalau just peneroka tu tak apa . ni tak . anak dia dah berbelas . semua dah kahwin . cucu berpuluh . untung untung ada cicit . untung untung lagi dapat family yang atok dia kahwin dua . dah jadi dua family . untung untung lagi dia ramai anak angkat . untung untung lagi family dia macam keluarga 69 . pening woi nak key-in !

makanya , baru sehari dahku kerja , keesokan harinya haruslah aku demam teruk . ahahak . tapi malu nak mintak mc pasal baru kerja sehari . jadinya datang kerja separuh hari je . petang tu dah memang tak larat langsung . kerja ni walaupun nampak remeh tapi memang perlu ada ketahanan mental . untung untung boleh gila buat benda ni tahu !

dan semalam pulak , aku terpaksa pusing satu jengka , pergi rumah pakcik pakcik yang degil tak nak hantar borang banci . kalau time bonus tu , sejam sebelum time dia orang dah terpacak dekat pejabat tu . gigih menunggu . tak terlewat satu hari pun . tapi bila mintak hantar borang banci , malas malas . eee , geram betul beta . buang negeri karang ! cuba kalau cakap isi borang tu untuk bonus tahun depan . siapa tak isi tak dapat bonus . mesti laju je orang isi kan -,-

yang tak boleh blah , sampai dah kutip dekat rumah pun ada lagi yang degil tak nak hantar .
makcik dah hantar borang banci ?
makcik tunggu anak makcik balik . makcik tak pandai menulis -_-

makcik dah hantar borang banci ?
hari tu makcik dah bagi anak anak makcik isi . entah la diorang tak pulang pulang . nanti lah.

me : pakcik dah hantar borang banci ?
pakcik: dah hantar dah...
me : yekeee......
pakcik : iye....
me : betul ni ?
pakcik : eh , entah . tak ingat la . rasanya belum :P
me : dah agak da . memang nama pak cik tak hantar lagi pun . mana borang tu ?
pakcik : ada kat dalam . tak reti lah pakcik isi . sampai ke cucu cucu . mengarut je . pakcik tak nak lah hantar .
me : eh mana boleh !
pakcik : alah cakap je pakcik tak nak hantar . bia je lah nama pakcik tak ada .
me : ish , tak boleh . nanti kalau jadi apa apa susah .
pak cik : jadi apa apa apa ?
me : -,- (lantak kau lah !)

me : makcik dah hantar borang ?
makcik : borang apa ? tak tau pun ?
me : anak makcik berapa orang ? duduk mana ?
mak cik : anak makcik ramaaaaai . dekat seberang nu . makcik bukan orang sini . makcik orang asing ! peneroka asal dah pindah mentakab
me : lorh , ibuk dari indon ? kok sih ngak bilang dari tadi !!

me : assalamualaikum !!
*budak jenguk dekat pintu*
budak : tak de orang !
me : ibu tak de ?
budak : tak dek !
me : nenek ?
budak : tak dek ?
me : adik ni tinggal dengan siapa ?
budak : tak de sape . *tutup pintu*
me : -,- mesti kau ingat aku ni direct seller kan . macam aku tak dengar je ada suara kat tepi tu tanya siapa tu . puih !

dan macam macam la lagi songeh nye . lantak kau lah . degil sangat . nanti kalau nanti dapat apa apa tiba tiba kau tak dapat jangan nak buat demonstrasi aman dekat pejabat felda . sekeh kepala karang !


Photobucket

Alone T^T


Di saat adikku sedang terkangkang main tablet . di saat baby montel sedang menjerit berebut karipap . di saat kazen ku sedang tacing sorang sorang tengok cerita korea . di saat perut haku tanpa segan silu suka hati sel tisu serta otot dia je nak buat konsert . kuat pulak tu bunyi nye .  masalahnya baru je makan . nampaklah kadar metabolisme badan tinggi membuatkan ai rasa tak bersalah makan sepanjang masa . ahak XD #tapi rasa macam start cuti ni badan makin naik -,-''

dan di saat itulah ada seorang tuan puteri bajet kiut pakai baju pink suka suki update blog dekat rumah orang . berbekalkan notebook satu malaysia kazen ku yang sedang mengepam gemok , bergantung pada plak di dinding rumah mak ngah untuk mengecaj notebook ni , dengan semua nilah aku gigih mengupdate jugak blog untuk melaksanakan misi penting . 

ya , misi penting . yakni misi untuk merapek di tengah hari . dan misi ini telah pun dengan jayanya dilaksanakan pada dua perenggan di atas . tiada kemalangan jiwa dilaporkan :D

setelah ditinggalkan Abang Po sejak tiga hari yang lalu , aku sikit sikit bertukar jadi zombie . ni semua gara-gara penyakit bosangilababengtaktahunakbuatapa . selalunya bila bosan boleh cari point . ejek dia makin gemuk ke , cakap dia banyak lemak bersepah macam hippo ke , panggil dia dugong ke , cakap diameter lubang hidung dia bertambah ke... tapi bila dia dah busy , tak boleh nak contact , hah mulalah . tak de siapa nak tuju . akhirnya baby montel yang jadi mangsa . habis semua mainan dia aku yang main . ngehehe ~

nak pergi shoppng , duit dah habis . ibu macam tak nak kasi aku kerja je . makanya minggu ni nekad nak pergi jugak buat lesen . duduk rumah asyik menternak lemak je , tak boleh jadi jugak . nanti kalau gemuk jatuhlah reputasi ai selaku princess paling bajet kiut abad ini . bahaya bahaya .
Photobucket

Forever KID


Assalamualaikum awak :3
ahak , gedik gila main awak awak pulak . geli taye . hikhik . okay dah tiga hari tak update blog sebab balik kampung . huuu . eleyh , padahal kalau tak balik kampung pun , belum tentu blog ni berupdate . hoho .

so , semalam ada kenduri dekat rumah nenek . kenduri doa selamat untuk arwah adik . hmm , bestnya . mesti adik masuk syurga . lahir lahir belum sempat buat satu pun dosa dah meninggal . kalau tak sekarang dia dah pun darjah enam . besar dah rupanya ek . dah UPSR -,-''

then , time kenduri tu , ramai lah sedara mara datang . ya , sedara mara yang haku langsung tak kenal . sedar mara yang stok kalau selisih dekat tepi jalan memang wa jalan straight je , jeling pun tidak . sedara mara yang kalau haku nampak dorang jatuh tergolek dekat longkang haku gelakkan je then buat tak tau . balik rumah buat status fb , "tadi aku nampak ada mokcik jatuh longkang . wakakakaka XD" , tanpa mengetahui mokcik tu sedara aku ghrupenye -,-

yang peliknya , diorang ni , walaupun macam tak berapa kenal tapi buat rumah nenek tu macam rumah sendiri je . seronok bukan kemain main kejar kejar , main nyorok nyorok sampai ke dalam jamban , lepak tengok tv , pandai cari jamban sendiri , bedal main game . bila princess teddy tanya cousin yang main sama dengan diorang tu sape , diorang pun tak kenal rupanya . main join je . err . boleh pulakkkk .

lepas tu kan , kan , kan , kan , *CD rosak* ada lah sorang abe pakai spec ni . dia ni dah tua bangka sibuk layan budak budak main bola . mujur abe tu tak hensem . kalau tak nyaris haku join diorang main sekali . ahakk . then masa princess teddy tengah syok syok tengok tv , dia tanya . 

''ehem , adik ni darjah berapa?" dengan suara macho dan muka sarat dengan sifat keabangan .

me : darjah berapa ? ahakk XD *dalam hati : wadefak ko punya darjah ! T_T
abe spec : eh , orang tanya dia gelak gelak pulak
me : hahahahhahahhaha T^T
abe spec : cepat la darjah berapa ?
me : orang dah habis sekolah dah pun . tamat oke . dah habis SPM pun .
abe spec : laa , yeke . hehehehe .  mana tau nampak kecik je .
me : tak pe , dah biasa kena macam ni T^T

then , boleh pulak abe spec tu bedal story mory perihal zaman keperihan dia study .

abe spec : abang baru je habis diploma ni . 
me : oh yeke . study mana ?
abe spec : *apetah nama kolej tu aku dah lupa 
me : ooooooowh
abe spec : tau tak kat mana ?
me : takkk :P
abe spec : ape la . dah nak masuk U pun tak tau lagi ?
abe spec : abang ambik electric engineering . pot pet pot pet final sem pot pet pot pet final project pot pet abang buat tangki yang boleh check parasa air pakai comp pot pet dapat gangsa pot pet .
me : yeke ? wahhh *cepat lah habis cerita aku nak tengok hagemaru !
abe spec : cuba teke berapa kos abang buat tu ? pot pet pot pet dua ribu pot pet menang dapat dua ratus je pot pet
me : tak pe la . final project . untung la dapat gangsa , terer lettew 
dalam hati : membazir je . tak balik modal . habis dua ribu dapat dua ratus . bahagi dua dengan kawan seproject dapat seratus . nak beli teddy bear 1.6 m besar tu pun tak lepas -,-

sampai laaa akhirnya haku bangun pasal tangan dah kering . sambil dia borak tu , aku sedap ratah ayam goreng . bhahaha . peduli apa , tak de msa nak control ayu .

bila abe spec tu dah balik , adik princess teddy datang tanya...
adik : sape tadi tu ?
me : entahh
adik : habis kaklong borak dengan dia ??? 
me : dah dia cakap , layan je lah . haha . aku tengah bosan kot .
adik : dah la dia bahasakan diri abang . bhahaha
me : tau tak pe . geli kot . hahah . tapi aku tak panggil dai abang pon oke !

tapi bila fikir fikir balik , tak de la pelik pun dengan panggilan tu . memang patut pun . dia dah 21 tahun kot *hasil soal siasat* Just aku je yang tak biasa panggil orang abang . pasal dekat sekolah wa gangster . mane pernah panggil senior abang . abang sendiri pun tak de . even Abang Po pun I tak pernah panggil dia abang . tua enam bulan je , perangai pun macam budak budak . tak kuasa nak panggil abang . ahakk XD

Yeah , SEVENTEEN (at last)

like seriously , dah dua hari baru nak update . busy betul ye awak Husna semenjak habis SPM ni . ya , sangat busy . pagi ada meeting dengan encik mimpi sampai pukul 11 pagi . bangun bangun ada pulak discussion dengan breaklunch . then , ada appoinment dengan miss game . haish , appoinment tu pulak sampai ke malam . so memang tak ada masa nak update blog . ahak..

makanya , malam ni terpaksalah berkorban jiwa basket menghapdet jugak . walaupun terpaksa menempuh cabaran yang berliku , dengan sekuat tenaga zahir dan batin akan ku lawan jua , rasa kebas tangan yang melanda ni . adeh , nak menaip pun payah . kebassss !!

*lima minit kemudian*

orait . ehem , mempersembahkan....

omaigoat #mbekk . nak lagi cheese cake ni ! huk huk 

can u spot any weirdo di situ ? ah bosan lah . korang lambat sangat . yes , kawan kawan aku pakai baju sekolah . ahak . ni kes lepas habis paper geog terus terkam rumah aku .
haish , tema parti liar ni gothic , ada ke patut pakai baju sekolah . fuad je bagus balik rumah dulu tukar baju . dah lah hitam , ada gambar tengkorak lagi . err , terbaik fuad ! ahaha
# saje tepek gamba diba . nanti dia bising tak de muka dia :P

 kill kill kill die die die *semak gila muka !

okay ini bukti kukuh yang I takde lah pendek sangat ok . tengok semua orang pun lebih kurang paras je . grr , Abang Po yang panjang cakap orang pendek pulak .


and now 
mempersembahkan....
 
 ala , orang tak dapat datang la esok . satu family nak pergi Melaka 
text : dalam kereta ni . pening la 
text : wahh , dah sampai Melaka
text : agak agak kapal ni kalau letak kat Jengka mesti best kan ?
pot pet pot pet melaka melaka pot pet 

me : alorh , orang syok syok buat parti liar dia tak dapat datang :'(

tau tau , nahh . tercongok muka depan pintu . and i was like . watde kau cakap pergi Melaka ??? tak guna punya pakwe gebang aku hidup hidup @#$%^&*/

can you spot.. eh silap . sure la korang nampak kan . ada gajah pink terselit tengah gambar . habis crowded . ahaha

Abang Po : Alyaa ko nak tau tak . Husna kan dia kan pot pet pot pet melaka pot pet blablabla 
Alyaa : iyee ? bhahahahaha

ahahaha . lawak kan . lawak kih kih kih kroh kroh lawak


HAHA , LAWAK NYE =..=''
 
 


WRODLESS WEDNESDAY | sweet :

WORDLESS WEDNESDAY


Untuk Mencintaimu...

puih , tajuk memang tak boleh blah ! jiwang lapanbelas karat . ahakk . memanglah jiwang . sebab bukan title keluar dari otak aku yang memang tak romantik langsung ni . tapi cilok tajuk lagu je . pffttt . suka lah pulok dengan lagu randy pangalila maharajalela ni . i loike . saya suka saya suka ! ok shadap . 


nah , ditujukan khas buat *cough* my Abang Po . ehem . geli tekak koi . ahakk .

haih , tapi kadang kadang tacing sorang sorang dengar lagu ni . sebab bila dengar lirik dia memang la . memang . memang.... err , memang apa ek ?

sebab kadang kadang , tak tau la apa yang harus aku lakukan untuk buat dia tak asyik terasa . terasa dengan setiap benda yang aku buat . setiap benda yang aku cakap . haih , maybe sebab memang kecik kecik tomboi , dah besar kasar . bukan reti nak ayu ayu . makanya cakap mana reti nak tapis . acting mana reti nak kepit . maybe kena pergi pejabat pendaftaran lah . nak tukar nama . jadi Ayu ke , Sopan ke , Santun pun ok jugak . asal jangan Sutun -,-''

dah macam macam buat... but still... semua tak jadi .

haha , ok , tak nak menjiwang . bye ~ 


Photobucket