* ini lah jelmaan ghrupe princess teddy time menaip entry . comel kan ? sebijik macam saye -..-*
Aucakkk ! *pliss la terkejut !*
semalam baru je sambil sambil kemas beg nak berambus balik rumah , sambil sambil sengeh sorang sorang macam kerang tengik tak mandi balik sekolah berangan angan nak update blog sampai semak dashboard orang lain . tapi nasib wa walang . (perkataan baru dapat dari novel) semalam setibanya wa di teratak , baru je nak rilek rilek duduk terkangkang atas sofa sambil tengok spongebob squarepant , tiba tiba . demm ! baru teringat ada upacara mengecat kelas berjemaah petang tu ! kalau tak mengenangkan dapat bajet romentik cat kelas dengan boyfie , dah lama princess teddy sambung tengok spongebob dengan gaya menonggeng pulak .
kalau cikgu bm baca perenggan atas ni , menangis tujuh hari sembilan malam dia gamaknya . bahasa dahku sangat indah kan cikgu -,-'
malam tadi pulak , sambil pasang muka perasan choomel depan cermin sambil sikat rambut , berangan lagi nak meneruskan misi suci lagi murni yang terbantut semalam . eh , tak nak la guna terbantut , perkataan sensitif . kita reind balik . berangan lagi nak meneruskan misi suci lagi murni yang tergendala semalam . tiba tiba bangun pagi baru teringat , demm sekali lagi ! wa ada program kat kuantan hari ni ! dengan kadar yang lebih segera dari mee segera perisa kari yang sodap tuh , princess teddy terus bersiap . kejap je dah siap . satu jam jeee . kejap kan ? kan ? kan ? baik korang cakap kejap jugak ! tak kira ! sedih tau .
titew sempat sarapan patblas sudu nasi goreng jew . tu pun sumbat selaju mungkin . memang menentang kecerunan kepekatan ah ! dalam mulut penuh lagi , tapi paksa jugak sumbat dan sumbat lagi . hasilnya nasik tersekat si skala tiga oesophagus . nasib tak arwah .
tapi , segala rasa tak puas hati yang berpetempatan dihati segra beredar bila dah sampai kuantan . masuk masuk je terus tanam niat dalam hati "aku nak kutip semua benda yang ada kat sini" . sehubungan dengan itu , bermula lah kehidupan shaye sebagai pengutip tegar . masuk je terus collect semua pamplet yang entah apa dia merepek meraban kat dalam tuh . niat sebenar bukan nak dapatkan maklumat berharga dalam pamplet yang berjuta lemon tu , tapi mengharap ada la yang hulur hulur pen ke , goody bag ke , buku nota ke .
so , memang princess teddy dah jadi pengamal moto "jangan beredar sebelum dapat" yang berjaya hari ni . selagi promoter tu tak kasi princess teddy goody bag , selagi tu princess teddy pasang muka ketat tercongok depan dia . hasilnya ? dapatlah dalam lima goody bag and beberapa beg plastik . pen ada lah dalam enam tujuh kot . pamplet , kalendar and penanda buku pulak dah tak terkira . so minggu depan princess teddy dah boleh riak pakai beg lain lain setiap hari pergi sekolah . tunjuk kat kawan kawan yang tak dapat join sambil cakap , "aku dapat beg beg ni sume time pergi Jom Ke U . kau ada?" muahahahahaha XD
AMARAN KERAS : JANGAN CONTOHI SIFAT SIFAT NEGATIF DI ATAS
then , seperti yang dijangkakan . sekejap je pun princess teddy bersiar siar sambil kutip apa apa yang boleh dikutip kat dalam tu . satu jam kemudian , dengan tiba tiba princess teddy dah berpeleseran kat ECM . entah macam mana boleh lepas kat situ , titew pun tak sedar . hek hek hek :3
memang lenguh lah kaki tawaf satu ECM tuh . tiga jam kot . wah , terbakar lemak i . ekeke ~ tapi tak terasa penat pun pasal ehem ehem . pasal.... ehem .
pasal... pertama pasal bila dah tengok barang barang barang choomel yang bertepek tanda harga . memang rasa nak rompak kedai tu malam nanti . kedua pulak pasal ada Abang Po teman . ngehehehe . yang ketiga and yang paling penting , dapat berjalan dengan rasa aman pasal terasa bebas daripada sudut pantauan ayahnda terchenta . kalau biasa jalan pandang kiri kanan . gerun je bila selisih dengan lelaki yang ada misai . takut takut kalau tu ayah princess teddy . ngeri je nak jalan kat luar kedai takut ada kereta kancil silver lalu . memang sentiasa berwaspada lah pokok bunganya . tapi hari ni rilek je jalan gaya skipping dalam ECM . tak perlu terteleng ke kiri dan kanan . muahahaha .
*anak yang kejam*
tapi jangan risau ayahnda dan bonda , aksi di atas anaknda tak buat time kat chiken rice shop tadi . pasal suasana di atas kami dah tukar jadi perlawanan sape berjaya tahan brain freeze and habiskan air dulu
*di gelas masing masing ya tuan tuan dan puan puan*
tapi , tujuan princess teddy taip entry panjang nak die ni bukan suka suka nak cerita kat korang aktiviti harian princess teddy . mesti korang bosan lagi penat kan baca entry ni . ye la . saya sedar saya siapa . sayalah tuan puteri kerajaan husnaland . teeeetttt . wakakaka
back to topic , tujuannya sebab nak memaklumkan kat kalian semua setelah shopping sakan , akhirulkalamnya , dompet wa terkopak serta skru lutut wa dah longgar . jadi , sesiapa yang punya duit ribu riban dalam bank serta skru driver , silalah sumbangkan kepada saya sambil bersila ya . hik hik . princess teddy tak mintak banyak , setakat mini cooper warna kuning sebijik , duit dalam tujuh ribu , and rumah banglo tepi pantai sebijik pun dah memadai . tak payah susah susah bagi banyak banyak . huhuw :P