My Cerpen~~Secret Princess

"Balqis, cepat bangun! nanti terlambat pula" laung Puan Qistina dari luar bilik.
Balqis, atau nama penuhnya Nur Balqis Emia. Dengan sedaya upaya, dia membuka juga matanya..
"Alamak, dah pukul 7!" Balqis terjerit bila terpandang jam loceng di sebelahnya.
Dia segera bersiap untuk ke sekolah.
"Qis, tak nak sarapan dulu?" soal Puan Qistina bila melihat Balqis laju sahaja keluar dari rumah.
"tak apa lah mama, qis dah lambat ni" jerit Balqis dari luar rumah.
----------------------------------------------------------------------------------------

Balqis menarik nafas lega. Kalau dia terlewat sikit saja lagi tadi, pasti sekarang dia berada di dalam bilik disiplin.
"Balqis, kenapa lambat sampai?" soal sahabat baiknya, Addyia.
"Sorry la. tadi terbangun lambat. hehe" jawab Balqis sambil tersengih menayangkan giginya yang putih dan tersusun itu.
"Jom masuk kelas cepat. Dah lambat ni" kata Addyia.
"Jom!"


"Qis, mama dan papa ada benda penting nak cakap dengan Qis. mari duduk dulu." kata En. Kamal.
"Ok, tapi bagi la Qis masuk bilik salin baju dulu. Qis baru je balik dari sekolah ni"
"Baiklah. Pergi salin baju dulu. Lepas tu terus turun bawah ya" kata Puan Qistina lembut.
"Baik bos!" Balqis segera naik ke biliknya yang berada di tingkat dua.
Keluarganya boleh dikatakan senang juga. Selama ini, dia selalu dapat apa yang dia minta. Setahunya, bapanya bekerja di sebuah syarikat besar dan mamanya pula hanya menjadi suri rumah sepenuh masa.

"Apa yang papa dan mama nak cakap tadi?" soal Balqis sebaik sahaja dia duduk bersama keluarganya.
"Sebenarnya, kita nak pindah rumah tak lama lagi." kata En. kamal.
"What?"


"Good morning Balqis!" sapa Addyia.
"Morning" balas Balqis lemah.
"What's wrong? Monyok je muka."
"I just got a bad news. Saya akan berpindah tak lama lagi." jawab Balqis lemah.
"What? ke mana?"
"I don't know. Tapi yang pasti jauh dari sini. Mungkin ke negara Armani." jawab Balqis.
"Jauhnya. But it's okay, don't be sad. Kat sana nanti awak mesti akan dapat ramai kawan baru."
"Apa ni? Macam suka je saya nak pindah" Balqis bertambah sedih mendengar kata-kata kawannya itu.
"Bukan macam tu. Saya cuma nak bagi semangat kat awak. Lagipun kita bukan terputus hubungan terus. We still can communicate each other. Saya janji akan selalu call awak." terang Addyia panjang lebar. Dia tak mahu sahabat baiknya itu berkecil hati.
"I'm sorry. Mood saya kurang baik hari ni." kata Balqis perlahan. memang emosinya sedikit terganggu dengan berita itu.
"It's okay. Saya faham perasaan awak." kata Addyia lalu memeluk Balqis erat.

--------------------------------------------------------------------------------------

Balqis merenung cermin besar di hadapannya itu. Dia sedih. Hatinya masih tak rela meninggalkan Kuala Lumpur. Meninggalkan kawan-kawannya. Dia ingin terus tinggal di KL.
"Aku tak boleh sedih. aku perlu berfikir secara positif!" Balqis cuba menyuntik semangat pada dirinya sendiri.
"Qis, dah siap ke belum. Kita dah nak bertolak ni" laung Puan Qistina sambil mengetuk pintu bilik.
"Okay mama. Sekejap lagi Qis turun" jawab Qis. Dia tak mahu menyusahkan ibubapa nya.

--------------------------------------------------------------------------------------

"Qis, bangun sayang. Kita dah sampai Armani ni." kejut Puan Qistina lembut.
"Armani? bukan ke kita kat KL sekarang?" kata Balqis yang masih lagi mamai.
"Kan kita nak pindah rumah. Qis tak igat ke?" terang Puan Qistina sambil tersenyum kecil.
"owh"

Balqis terlopong melihat banglo yang tersergam indah di hadapannya itu.. Kalau lalat masuk pun dia tak perasan. Banglo tiga tingkat yang bercat ungu itu kelihatan sungguh mewah. Dihiasi dengan taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga ros yang sedang mekar.
"Wah! Cantiknya rumah ni.. Kalaulah aku dapat tinggal kat sini. bestnya!" Balqis bermonolog sendiri.
"Qis, tutup sikit mulut tu. Lalat masuk nanti baru tau. Hish, tak sopan betul." tegur Puan Qistina yang melihat Balqis dari tadi ternganga mulutnya.. Bukan setakat lalat, katak pun boleh masuk. hehehe.. Balqis segera menutup mulutnya yang sweet itu.
"Alah, mama ni.. Buat malu Balqis saja." kata Balqis untuk menutup malunya.
"Hah, apa tunggu lagi? Jomlah masuk cepat." panggil En. Kamal.
"Mama, lama ke kita nak singgah rumah kawan papa ni? Jangan lama-lama ya. Qis penat lah. Lagipun dah tak sabar nak tengok rumah baru." memang dari tadi dia rasa tak sabar hendak melihat rumah barunya itu. Tiba-tiba papanya singgah pula di rumah kawannya.. Mujur saja rumah itu cantik..
"Rumah kawan papa?Apa Qis merepek ni? Takkan tak hilang mamai bangun tidur lagi kot? Dah, jom cepat masuk dalam. Mama dah tak sabar nak tengok-tengok rumah baru kita ni." kata Puan Qistina yang pelik dengan pertanyaan anaknya.
"What? So banglo mewah ni rumah kita lah ya? Bestnya!" jerit Balqis lalu berlari masuk ke dalam banglo itu.
"Wah, luasnya!" Balqis terpegun.
"Emm, cantik rumah ni. Pandai abang pilih." puji Puan Qistina.
"Balqis, tak nak pergi tengok bilik baru Balqis ke?" soal En. Kamal.
"Nak!" Balqis sudah tidak sabar lagi.. Bagaimana lah agaknya biliknya nanti. pasti dihias dengan begitu cantik sekali.
"Pergilah naik atas. Bilik Qis yang pintunya ada nama Balqis tu." kata En. Kamal.
Balqis pantas sahaja naik ke tingkat atas. Sebaik sahaja dia sampai disitu, dia terus mencari biliknya.Balqis membuka pintu biliknya dengan penuh debaran. sebaik sahaja dibuka.....
"Argh!!" Balqis menjerit.
Puan Qistina dan En Kamal segera berlari naik ke tingkat dua.
"Kenapa sayang?" tanya mereka berdua serentak.
"Thanks mama papa.. Cantik bilik Qis.."ucap Balqis sambil tersengih-sengih.
"Lah, ingatkan apa tadi." kata En Kamal. Hish, buat orang cuak je..

--------------------------------------------------------------------------------------

"Good morning class. Today we have a new student" ucap Puan Kamilia, guru kelas Tingkatan 3A..
"Balqis, come in front dan perkenalkan diri awak." arah Puan Kamilia.
Balqis berjalan ke hadapan kelas..
"Hai. My name is Nur Balqis Emia. Nice to meet you." kata alqis sambil tersenyum manis.
"Balqis, tempat duduk awak disana ya" tunjuk Puan Kamilia ke arah tempat kosong yang terletak di sebelah seorang pelajar lelaki.
Balqis bergerak ke tempat duduknya. Entah mengapa pelajar lelaki itu langsung tidak memberi tumpuan terhadapnya. Dia dari tadi kelihatan asyik membaca buku teks miliknya.Agaknya dia tidak tahu pun ada budak baru di kelas itu.Balqis duduk dan mengeluarkan buku teksnya.. Pelajar lelaki itu langsung tak mengendahkannya..
"Hai, my name is Balqis." tegur Balqis ramah.
Pelajar lelaki kelihatan sedikit tersentak lalu menoleh ke sebelahnya..
"Mia?" Balqis tersentak.
'Kenapa dia panggil aku Mia? Siapa Mia?'
Pelajar lelaki itu masih merenungnya.. Tak berkelip langsung! Balqis merasa satu perasaan aneh datang ke hatinya..
'Siapa budak laki ni?'


Pelajar lelaki itu masih lagi memandang Balqis. "Mia? Ni Mia kan?"
"Erm..Nama saya Balqis, bukan Mia. Kenapa awak tiba-tiba panggil saya Mia?" soal Balqis, pelik dia dibuatnya.
"Balqis? Owh, erm.. Sorry lah, salah orang tadi" balasnya perlahan.
"It's okay. Maybe muka saya seiras dengan kawan awak yang nama dia Mia tu kot. Anyway, nama awak apa?" ucap Balqis ramah.
"Awak boleh panggil saya Danish" jawabnya sambil tesenyum ramah.
"Adam Danish?" dengan tiba-tiba sahaja nama itu keluar dari mulut manis Balqis.
Danish tersentak.."Macam mana awak tahu nama penuh saya?"
"Entah. Saya teka saja" kata Balqis sambil tersenyum. Sebenarnya dia juga tak tahu dari mana dia dapat nama itu. Tiba-tiba saja mulutnya terasa ringan saja mengucapkan nama itu. Entah mengapa, Balqis rasa sesuatu yang aneh apabila terdengar nama itu.
Danish memandang Balqis. Entah apa yang difikirkannya.. Hanya tuhan yang tahu...

----------------------------------------------------------------------------------------

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Balqis masih lagi berada di dalam kelas sedangkan pelajar-pelajar yang lain sudah berpusu-pusu menuju ke kantin. Begitu juga dengan Danish.
"Awak tak pergi rehat?" satu suara yang baru sahaja dikenalnya tadi menyapa. Danish menoleh ke tepi dan pantas menjawab..
"Saya dah kenyang" jawabnya ringkas.
"Erm, kalau macam tu boleh tak awak tolong bawa saya jalan-jalan keliling sekolah? Saya masih tak tahu lagi selok belok sekolah ni, nanti karang takut sesat pula." pinta Balqis. Dia cuba menjadi seorang yang peramah.
"Awak tak nampakkah saya sedang sibuk?" soal Danish kasar.
Balqis tersentak. Dia sangka Danish seorang yang peramah. Ternyata sangkaannya jauh meleset.
"Oh, sorry" kata Balqis.
"Pergi jauhlah. Rimaslah!" bentak Danish tiba-tiba.
Balqis semakin terkejut dengan perangai Danish. Tak sangka dia orang yang begini rupanya.
"Kalau ye pun janganlah tengking saya macam tu! Saya pun tak inginlah nak duduk dekat-dekat dengan awak!" marah Balqis.
"Kalau tak nak, apa tunggu lagi? Pergi la jauh-jauh!" bentak Danish lagi.
Balqis sudah tidak dapat menahan marahnya lagi. Dia segera berlari keluar dari kelas.
'Kenapa dia bersikap macam tu dengan aku?' Balqis bermonolog sendiri. Tanpa dipinta, setitis air mata gugur dari matanya.
'Kenapa aku menangis?Kenapa aku rasa sedih sangat?' Balqis sendiri tidak faham dengan perasaannya.


Balqis berjalan menuju ke taman sekolah. Waktu rehat masih ada lagi 20 minit. Perasaan sedih dan marahnya masih lagi bersisa. Dia duduk di bangku yang disediakan di sekitar taman itu. Tiba-tiba ada seorang pelajar duduk disebelahnya.
"Hi, you are the new girl right?" sapanya mesra. Seorang pelajar lelaki yang boleh tahan kacaknya sedang duduk di sebelah Balqis. Rambutnya digayakan korean style, kulitnya putih, hidung mancung. Oh, dialah putera idaman Balqis! Macam manalah dia tak perasan ada lelaki sekacak ini masa dalam kelas tadi..
"Ya" jawab Balqis sepatah. Dia cuba menutup getarnya.
"Oh, nama saya Muhammad Syafiq Helmi. Just call me Syafiq." kata Syafiq sambil menghulur salam tanda perkenalan.
Laju saja Balqis menyambut huluran tangan Syafiq. hatinya rasa berbunga-bunga.
"Saya Balqis" kata Balqis mesra.
Mereka berbual-bual sampailah loceng tamat waktu rehat kedengaran.
"Okaylah, jom kita masuk kelas"ajak Syafiq.
"Jom"

--------------------------------------------------------------------------------------

Balqis duduk di mejanya. Dia menjeling ke arah Danish.
"Apa jeling-jeling? Ttak puas hati?" soal Danish kasar.
"Jeling pun tak boleh ke? Sombong" balas Balqis sinis.
Balqis menjeling lagi ke arah Danish, begitu juga dengan Danish. Seketika anak mata mereka bertembung. Entah kenapa Balqis merasa tenang bila melihat mata Danish.
Danish segera mengalih penglihatannya ke tempat lain.
"Awak tak suka suka saya ke?" tanya Balqis tiba-tiba.
"Siapa cakap?" soalan berbalas soalan.
"Habis tu awak macam tak sukakan saya saja." kata Balqis perlahan.
"Mana ada" jawab Danish ringkas. "Tadi awak jumpa Syafiq ya?" soalnya.
Balqis tidak menjawab pertanyaan Danish.
"Saya cuma nak pesan, hati-hati dengan dia.. Dia tu playboy." kata Danish lagi.
Balqis diam.. Danish nampak sudah bengang. Dari tadi dia bercakap seorang diri. Dia segera menoleh kembali ke arah Balqis. Rupa-rupanya Balqis sedang lena dibuai mimpi. 'Padanlah dari tadi diam saja. Tidur rupanya. Hampeh betul..'
Danish memandang Balqis. Direnungnya lama-lama. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
'Tak mungkin dia bukan Mia. Tapi kenapa dia langsung tak ingat apa-apa?'
Danish bukannya sombong. Dia tak mahu bermesra dengan Balqis kerana dia tak mahu rindunya terhadap Mia kembali.
--------------------------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba...
"Adam.. Adam.." Balqis bercakap-cakap dalam tidurnya. Danish terkejut.
"Adam, jangan tinggalkan saya.." kata Balqis lagi. Mutiara-mutiara jernih sudah mula meleleh di pipinya..
Danish bertambah pelik. 'Kenapa dia menangis? Siapa Adam?'
semua persoalan itu bermain-main di minda Danish.


Balqis masuk ke dalam rumahnya. Dia terus naik ke biliknya dan baring di atas katil. Penatnya masih terasa. Kemudian dia segera mandi dan turun ke bawah untuk makan tengah hari. Kelihatan Puan Qistina sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan.
"Hai mama." kata Balqis lalu bersalaman dengan ibunya.
"Hai darling. So Qis, macam mana first day at new school?" tanya Puan Qistina ingin tahu.
"Hmm, bolehlah. Tapi Qis dapat duduk kat sebelah budak sombong la. Tak best" rungut Balqis..
"Siapa nama dia? Lelaki ke perempuan?" tanya Puan Balqis lagi.
"Lelaki.. Erm, nama dia Muhammad Adam Danish. Tak suka la dia tu mama. Serabut betul!"
Puan Qistina kelihatan sedang memikirkan sesuatu. "Mama rasa macam pernah dengar saja nama dia."
"Qis pun macam tu juga. Mula-mula tu, dia cuma bagi tahu yang nama dia Danish. Lepas tu Qis tanya nama awak Muhammad Adam Danish ke? Rupa-rupanya betul. Qis pun tak tahu dari mana Qis dengar nama tu. Tapi rasa macam selalu dengar saja" terang Balqis panjang lebar.
Puan Qistina kelihatan tersentak. 'Aku dah ingat. Jadi Balqis dah jumpa budak tu' kata Puan Qistina. Namun kata-katanya itu hanya didengar oleh dirinya sahaja...



Sudah seminggu Balqis di sekolah barunya itu.. Namun, hubungannya dengan Danish masih dingin. Danish seolah-olah cuba menjauhkan diri dari Balqis.

Pada waktu rehat, Balqis duduk ditaman seorang diri. Teman rapatnya, Diana perlu berjumpa dengan cikgu sebentar. Jadi terpaksalah dia berseorangan.. Tanpa dia sedari, dari tadi tiga pasang anak mata sedang memerhatikannya dari jauh.
"Girls, tu budak baru tu kan." kata salah seorang dari mereka.
"Yup. Oh, do you think what i think?" soal pelajar peempuan di sebelahnya pula.
"Absolutely" jawab dua orang lagi serentak. Kemudian mereka bertiga ketawa serentak..

"Hey budak baru" sapa salah seorang dari mereka.
Balqis terkejut dengan kehadiran mereka yang tiba-tiba.. "Err, hai"
"Nama awak Balqis kan.. Perkenalkan, saya, Helliza. Yang dua orang lagi ni Emma and Sally." Kata pelajar perempuan yang berdiri di tengah itu dengan segedik yang mungkin.
"Oh, hi. Nice to meet you.." kata Balqis mesra seraya menghulurkan tangan.
"Ew, sorry.. Kami tak salam dengan orang tak glamor macam you ni okay." herdik Sally tiba-tiba.
"Yup.. Kalau you ingat we all datang sini sebab nak bermesra dengan you, erm you dah silap.. Kami datang ni just nak bagi you tahu yang disekolah ni, kami yang paling glamor. So, apa tunggu lagi.. Bangun dari kerusi tu cepat! Kami nak duduk situ!" tambah Emma pula.
Balqis tersentak. Dia tak sangka yang mereka rupanya bermaksud jahat.. Namun Balqis bukanlah seorang yang lemah. Dia memang pantang dibuli. "Excuse me, saya rasa kat taman ni ada banyak lagi kerusi. You all tak jumpa ke?"
Muka mereka bertiga merah menahan marah. Tiba-tiba dua orang daripada mereka terus menarik tangan Balqis turun dari kerusi itu. Balqis terjatuh ke tanah sehingga habis bajunya kotor. Kemudian mereka bertiga terus duduk di kerusi itu sambil ketawa.
"Padan muka. Itulah, berani cuba melawan cakap kami. Oh ya, lagi satu.. You duduk kat sebelah Danish kan? For your information, Danish is mine. Kalau you berani nak dekat dengan dia, bersedialah berhadapan dengan kami." kata Helliza.
"Stop it!" jerit Balqis. "Saya bukan datang sekolah nak cari gaduh dengan korang. Apa masalah korang di hah?" jerit Balqis yang sudah tidak dapat mengawal perasaan marahnya.
Tiba-tiba Helliza merentap tudung Balqis kasar. Sehingga jahitannya terbuka. "You ada apa-apa lagi nak cakap?"
Baru sahaja Balqis hendak buka mulut Helliza sudah menaikkan tangannya tinggi mahu menampar Balqis. Balqis segera memejamkan matanya. Satu saat, dua saat, masih tidak terasa sakit pun.. Balqis membuka matanya perlahan-lahan.


Balqis membuka mata perlahan-lahan. Danish sedang berdiri di belakang Helliza sambil memegang tangannya kasar.
"Jangan sentuh Balqis." kata Danish dingin.
"Eh, Danish.. Apa ni, lepaslah. Sakit tangan I tau!" pinta Helliza.
"Okey, tapi dengan satu syarat. Jangan ganggu Balqis lagi" kata Danish. Mukanya langsung tidak menggambarkan apa-apa ekspresi.
Danish melepaskan tangan Helliza dan berlalu dari situ. Balqis segera mengejar Danish.
"Danish! Tunggu la kejap!" laung Balqis sambil berlari-lari anak ke arah Danish.
"Jangan ganggu saya." kata Danish dingin.
"Saya cuma nak ucapkan terima kasih saja" kata Balqis sambil tercungap-cungap kerana penat berlari tadi.
"Sama-sama" jawab Danish ringkas.
"Yang awak ikut je belakang saya ni kenapa?"
"Er, saja" jawab Balqis.
Danish duduk di bangku, begitu juga dengan Balqis. Danish memandang Balqis tajam.
"Jangan ikut saya bolah tak?"
"Awak bencikan saya ke? Kenapa awak macam tak suka je bila nampak saya?" soal Balqis.
Danish hanya diam.. Dia tak mahu menjawab pertanyaan Balqis.
"Baiklah, kalau memang awak bencikan saya, biar saya jauhkan diri dari awak." kata Balqis lantas bangun dari bangku dan berlalu dari situ.
Danish menjadi serba salah. Dia segera bangun dan memanggil Balqis.
"Balqis! Balqis! Tunggu!" namun Balqis langsung tidak mengendahkan Danish.
"Balqis" kali ini panggilan itu disertai dengan tamparan halus di pipinya. Balqis segera berpaling ke belakang dan menjerit.
"Apa awak nak? Tampar-tampar pipi orang pulak!" jerit Balqis sekuat hati sambil memejamkan matanya.. Tiba-tiba dia terdengar suara gelak ketawa. Balqis segera membuka matanya kembali..

--------------------------------------------------------------------------------------

"Amboi, dah la tidur dalam kelas masa saya tengah belajar.. Lepastu orang dah kejut baik-baik tiba-tiba dia marah pula." kata Puan Kamilia sambil menjegilkan bebola matanya.
Balqis terpinga-pinga.. Dia memandang sekeliling.. 'Mana taman? Mana Danish tadi? Kenapa aku bolah ada kat dalam kelas pula ni?' Balqis menoleh ke sebelah.. Danish sedang tersenyum! Pertama kali Balqis melihat Danish tersenyum. Sepanjang seminggu dia berada di sekolah itu, tak pernah walau sekali pun dia terlihat Danish tersenyum Orang buat lawak yang memang lawak gila pun dia tak tersenyum. Tak menunjukkan sebarang ekspresi. Tapi kali ini dia tersenyum. Malah nampak seperti dia baru habis ketawa!
"Kenapa semua orang ketawa?" tanya Balqis yang masih mamai.
"Balqis.. Balqis.. Awak mengigau dalam kelas! Tiba-tiba je jerit panggil nama Danish. Lepas tu bila saya kejut awak marah saya pula." kata Puan Kamilia sambil ketawa.
Balqis baru tersedar, yang dia cuma mimpi tadi. 'Wah!! Malunya!'
Balqis menoleh ke sebelah lagi. Danish masih tersenyum. Hai, lucu sangat ke sampai tak reti nak berhenti tersenyum? Selalu dialah orang yang langsung tak pandai nak senyum. Tetapi melihat Danish begitu, hati Balqis rasa gembira. Dia rasa seperti pernah melihat Danish tersenyum begini sebelum ini. Tapi itu mustahil sebab baru kali ini Danish tersenyum! Balqis semakin tidak faham dengan perasaannya sendiri.
Tiba-tiba kepalanya terasa sakit yang amat sangat. Balqis menjerit dan kemudian rebah. Dia hanya mendengar bunyi riuh-rendah sahaja.. Tapi Balqis sempat menangkap satu suara yang kedengaran sangat panik.
"Balqis! Balqis!" Suara Danish!

Balqis membuka matanya.. Dia cuba bangun tetapi kepalanya terasa sakit sangat. Balqis memandang ke kiri dan ke kanan. Dia berada di dalam wad. Nampaknya ini bukan wad biasa. Wad itu dihias cantik. Mungkin wad VIP.. Balqis menoleh ke kiri. Puan Qistina sedang tidur.. Mungkin tertidur semasa menemani Balqis.
"Mama.. Mama.." panggil Balqis lemah.. Suaranya seakan tersekat di kerongkong.
Puan Qistina tersedar lantas mencapai tangan Balqis.. "Qis dah sedar? Doktor.. Doktor" panggil Puan Qistina.. "Sekejap ya sayang, mama nak pergi panggil doktor."
Puan Qistina pantas keluar dari wad dan memanggil doktor.. Tidak lama kemudian, mereka muncul kembali.. Doktor memeriksa keadaan Balqis..
"Puan Qistina? Boleh kita berbincang sekejap?" soal doktor itu.
"Baiklah.. Sebentar ya sayang." kata Puan Qistina kepada Balqis lalu berjalan mengikut doktor itu.

----------------------------------------------------------------------------------------

"Hmm, Puan.. Saya rasa otak Balqis sudah mula bertindak balas.. Potensi ingatannya kembali pulih sangat besar.. Apa, dia ada melalui peristiwa yang boleh mengembalikan igatannya?" soal doktor tersebut.. Sebenarnya dia ialah doktor peribadi keluarga Balqis..
"Erm.. Saya rasa ada." jawab Puan Qistina perlahan..
"Apa?" soal doktor tersebut.
"Sebenarnya.. Balqis dah jumpa budak tu.. Tapi Balqis masih tak ingat apa-apa tentang dia.."jawab Puan Qistina lemah.. Dia hampir menangis.
"Puan, kan kita sudah sepakat.. Jangan bawa Balqis ke Armani sampai dia berumur 15 tahun. Erm, En Kamal sudah tahu?"
"Belum. Doktor, saya mohon. Jangan baritahu En Kamal tentang perkara ini." rayu Puan Qistina. Air matanya sudah berguguran jatuh.
"Baiklah. Habis, macam mana dengan Balqis?"
"Sebenarnya, memang saya nak igatannya pulih. Saya kesian tengok dia. Tapi saya juga berharap yang Balqis masih tak ingat apa-apa.. Cuma ini yang saya mampu tolong dia.. Dengan bawa dia pulang ke Armani" terang Puan Qistina..
"Tapi jangan risau. Mungkin Balqis tidak akan ingat apa-apa.. Sebab tempoh tiga tahun itu hanya tinggal empat bulan saja lagi." jelas doktor itu. "Tapi, kalau dia banyak mengalami peristiwa yang boleh mengembalikan igatannya, mungkin ingatannya akan pulih."
Puan Qistina hanya diam.. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan..

----------------------------------------------------------------------------------------

Balqis duduk sendian di atas katil.. Puan Qistina pulang ke rumah sebentar untuk mengambil barang. Tiba-tiba...

Pintu wad terbuka. Kelihatan seorang lelaki bersama seorang jururawat.
'Danish?!' Balqis terkejut.. Dia tak sangka yang Danish akan datang melawatnya.
"Maaf cik, saya dah beritahu dia yang dia tak boleh datang melawat, tetapi dia berkeras juga." terang jururawat itu.
"Tak apa.. Dia kawan saya. Benarkan dia masuk" kata Balqis
Danish berjalan menuju ke arah Balqis dan duduk di kerusi yang terletak di sebalah katil.
"Danish.. Saya tak sangka awak datang. Mana awak tahu saya tinggal di hospital ni?"
Danish hanya diam.. Dia memandang Balqis seperti biasa. Namun tergambar sedikit ekspresi bimbang di mukanya.
Melihat Danish begitu, Balqis rasa malas hendak berbual dengannya. Balqis lantas mencapai sebuah komik dan membacanya. Dia membiarkan saja Danish seorang diri..
"Balqis.. Awak okey?" soal Danish perlahan..
'Yes! Akhirnya dia bersuara!' bisik hati Balqis.
"Okey" jawab Balqis sepatah.. Tapi dia hanya menjawab sambil membaca komik.. Matanya sedikit pun tidak memandang ke arah Danish.. Merajuklah katakan.
"Owh.. Baguslah. Saya risau sangat.." kata Danish.. Tapi kali ini nada suaranya lain dari biasa. Balqis segera menoleh ke arah Danish.
Balqis tersentak.. 'What happen?? Danish.. dia... menangis?!'

Balqis seperti terkaku seketika apabila melihat manik-manik halus mula terbentuk dan menitis satu demi satu di kelopak mata Danish. Balqis tidak tahu hendak buat apa..
'Kenapa mamat ni nangis.. Bukan ke dia ni tak de perasaan?'
"Err, Danish? Are you okey?" soal Balqis dengan berhati-hati. Dia tak mahu memburukkan lagi keadaan.. Ya lah, bukan senang nak tengok lelaki menangis.. Lebi-lebih lagi lelaki yang macam Danish. Huhu, jatuh saham.
Danish dengan tiba-tiba mencapai tangan Balqis dan menggenggamnya erat. Balqis terkejut.
'Apa ni? Tadi menangis, sekarang pegang tangan aku pula?' Tapi hatinya tak boleh menyembunyikan perasaan gembira.. Tak tahu kenapa..
"Danish? What's wrong?" soal Balqis lagi.
"Balqis, jangan buat macam ni lagi okay" kata Danish perlahan. Tangannya masih menggenggam erat tangan kecil Balqis.
"Hah? Buat apa?" soal Balqis yang masih kebingungan.
"Jangan menjerit dan tiba-tiba pengsan lagi ya.. Saya rasa takut sangat masa tengok awak macam tu. Pucat lesi.. Macam hantu" kata Danish lagi. Air matanya masih bersisa.
Balqis ketawa perlahan.. Makin lama makin kuat pula.
"Kenapa awak ketawa? Apa yang lucu?" soal Danish yang tidak puas hati dengan riaksi yang ditunjukkan oleh Balqis.
"Awak ni penakut rupanya. Haha."
Danish hanya mendiamkan diri.
"Erm.. Sebenarnya saya ada satu soalan nak tanya.. Tolong jawab dengan jujur ya.." suara Balqis kedengaran siries.
"Apa?"
"Erm.. Sebenarnya.."
"Sebenarnya apa? Betul-betul la.." Danish cuba mengawal barannya.
"Sebenarnya.. Saya ni tengah mimpi ke?"
Muka Danish kelihatan merah. Jelas sekali dia sudah marah. Danish menggenggam tangan Balqis sekuat hati.
"Aduh sakitlah!" jerit Balqis.
"Sekarang awak dak tahu kan awak ni sedang bermimpi atau tidak?"
"Er, ya. Dah tahu.. Memang sah saya tak bermimpi.. Tapi.. saya pelik lah.." kata Balqis sambil mengusap-usap tangannya.
"Pelik apa?"
"Sejak bila awak risaukan saya. Selama ni awak tak pernah nak layan saya"
Danish terdiam.. Dia tak tahu nak jawab apa..

Baru saja Danish ingin menjawab soalan Balqis tadi. Tiba-tiba pintu bilik terbuka luas. Puan Qistina sedang berdiri ke pintu sambil melihat ke arah mereka berdua.
"Kamu siapa?" soal Puan Qistina.
Danish terkaku. 'Dia ni mama Balqis kah? Tapi muka dia...'
"Kamu siapa?" soal Puan Qistina buat kali kedua.
"Err, saya kawan Balqis. Nama saya Adam Danish" jawab Danish gugup.
Puan Qistina tersentak.. 'Budak ni.. Jadi betullah ingatan Balqis pulih sebab dia. Kalau abang tahu habislah. Aku mesti halau dia segera!'
"Maaf ya. Tapi Balqis tak dibenarkan dilawat oleh sesiapa." tegas Puan Qistina.
"Tapi puan, saya cuma.."
"Maaf ya. Ini atas arahan doktor dan suami saya." Laju saja Puan Qistina memotong kata-kata Danish.
"Mama, dia cuma datang melawat saja. Kasihan dia. Tak baik mama halau dia macam ni" ujar Balqis.
"Mama kata tak boleh, tak boleh lah. Nurse, nurse!" panggail Puan Qistina.
Dua orang jururawat berlari-lari anak menuju ke wad Balqis. "Ya puan. Ada yang boleh kami bantu?"
"Tolong bawa budak lelaki ni keluar." arah Puan Qistina.
"Mama!" teriak Balqis. Namun langsung tak diendahkan oleh ibunya.
Danish terpaksa akur dengan arahan Puan Qistina. Dia segera beredar dari situ.
Balqis menangis teresak-esak. Entah kenapa dia rasa sangat sedih ketika mamanya mengusir Danish..
Tiba-tiba kepalanya terasa sakit lagi. Balqis pengsan sekali lagi..
"Balqis! Balqis!" Balqis terdengar suara Puan Qistina sayup-sayup..

--------------------------------------------------------------------------------------

Balqis membuka matanya perlahan.. 'Hish, aku pengsan lagi..' keluh Balqis perlahan..
Ibunya setia menunggunya ditepi katil seperti semalam..
Tiba-tiba Balqis terdengar bunyi ketukan tingkap.. 'Danish!'
Danish seperti memberi isyarat kepadanya. Balqis segera menganggukkan kepala dan bangun perlahan-lahan dari katil. Puan Qistina sedang tertidur. Inilah kesempatan Balqis untuk berjumpa dan meminta maaf kepada Danish atas kejadian semalam.
Balqis membuka pintu perlahan-lahan.. Dia tidak mahu mengejutkan Puan Qistina.
Sewaktu menutup pintu kembali, matanya tertangkap satu tulisan di pintu itu..
'Wad Diraja? Kenapa bilik aku tertulis wad diraja pulak? Bukan wad VIP ke?' Balqis tertanya-tanya. Tapi dia teringatkan Danish. Balqis hanya mengabaikan persoalan tadi dan segera menuju ke taman hospital.

"Balqis!" Balqis menoleh ke belakang. Kelihatan Danish sedang melambai kearahnya. Balqis segera menuju ke arah Danish.
"Balqis, duduklah. Awak dah okay?" soal Danish.
"Terima kasih.. Saya okay. Maaflah ya pasal semalam"
"Tak apa.. Saya tak ambil hati pun" kata Danish. "Bolah saya tanya sesuatu?"
"Apa?"
"Erm.. Awak ni kerabat diraja ke?" soal Danish.
"Entah.. Setahu saya tidak.. Kenapa awak tanya macam tu?"
"Sebab dekat pintu wad awak tertulis wad diraja. Tu yang saya tanya tu.." terang Danish.
"Oh.. Saya pun baru perasan masa saya nak keluar bilik tadi.. Nanti saya tanya mama saya kenapa.."
"Balqis, awak nak tahu.. Sebenarnya.. saya... Tapi kalau saya bagi tahu awak, awak janji jangan cerita kat sesiapa ya." kata Danish.
"Okay.. Sebenarnya awak apa?"
"Sebenarnya saya adalah... Putera raja" kata Danish
'Hah? Biar betul?!' bisik hati kecil Balqis..

Balqis terkedu.. Dia tidak tahu sama ada mahu percayakan kata-kata Danish itu..
"Biar betul.. Awak, putera raja?" soal Balqis kembali..
Danish hanya menganggukkan kepalanya. Mukanya sangat siries. Langsung tidak menunjukkan yang dia sedang bergurau..
Balqis semakin bingung.. "Tapi, kalau betul.. Kenapa awak bagitahu saya tentang perkara ni?"
"Boleh saya tahu kenapa kadang-kadang awak panggil saya Adam?" soal Danish. Pertanyaan Balqis tadi diabaikan.
"Erm. mana saya tahu. Saya cuma tersasul. Tapi saya rasa macam biasa panggil awak Adam.. Danish, awak belum jawab pertanyaan saya.. Dan kenapa dulu awak selalu jauhkan diri dari saya?" soal Balqis bertalu-talu.
"Sebab.. Sebenarnya saya rasa awak ialah.." kata-kata Danish terhenti apabila dia terlihat kelibat Puan Qistina disebelah Balqis.
"Kenapa berhenti? Cakaplah cepat." soal Balqis pelik. Melihat Danish hanya memandang ke arah sebelahnya, Balqis pun ikut sama memandang..
"Mama?"
"Balqis, macam mana Balqis boleh ada kat sini? Balqis kan masih sakit.. Janganlah suka-suka hati merayau-rayau macam ni. Penat mama cari tau." Puan Qistina kelihatan marah. "Dan kamu.. Kan saya dah kata, Balqis tak dibenarkan jumpa sesiapa. Masih kurang jelas lagikah?" tegas Puan Qistina.
"Mama, janganlah marah Danish. Balqis yang nak datang ke sini." kata Balqis.
"Sudah, pergi masuk ke dalam sekarang" ujar Puan Qistina.
Balqis berlalu pergi.. Hanya tinggal Puan Qistina dan Danish di situ. Puan Qistina merenung Danish tajam.. Danish seolah-olah terpaku. Dia langsung tidak mengeluarkan sebarang suara atau reaksi.
"Kamu Adam Danish kan?" soal Puan Qistina.
"Err, ya." Danish berasa seperti suaranya tersekat di korongkong. Perit benar mahu diluahkan.
"Kamu kenal Balqis?" soal Puan Qistina lagi.
"Tentulah kenal. Dia classmate saya." jawab Danish yang masih gugup.
"Maksud saya.. Kamu kenal siapa Balqis sebenarnya?"
Danish tersentak.. "Maksud puan?"
"Tak apalah. Tapi saya minta kamu jangan jumpa Balqis lagi." kata Puan Qistina lalu meninggalkan Danish.
'Apa maksud dia?' soal Danish sendiri..

--------------------------------------------------------------------------------------

"Mama, boleh tanya?" soal Balqis.
Puan Qistina yang sedang berbual dengan suaminya segera berpaling kearah anaknya.
"Apa dia sayang?"
"Bila Qis boleh keluar dari hospital?"
"Tiga hari saja lagi." jawab Puan Qistina dan En Kamal serentak.
"Owh.." jawab Balqis. Sebenarnya bukan itu perkara yang hendak disoalnya.
"Erm.. Kenapa.." Balqis berkata perlahan..
"Kenapa apa sayang?" soal Puan Qistina.
"Kenapa di pintu wad Qis tertulis wad diraja?" akhirnya terkeluar juga persoalan itu dari mulut Balqis.
Puan Qistina dan En Kamal terdiam. Puan Qistina memandang En Kamal.
"Erm.. sebab.." jawab Puan Qistina gugup.
"Sebab sebenarnya papa bekerja di istana. Jadi keluarga kita diberi keistimewaan" sambung En Kamal.
"Owh.. Jadi papa tahu lah perkara yang berkaitan dengan kerabat-kerabat raja ni ya?" soal Balqis tiba-tiba.
"Ya. Kenapa Qis tanya?"
"Jadi papa mesti kenal Da.." Puan Qistina segera menutup mulut Balqis.
"Kenapa ni mama? Tak ada apa-apa. Eh abang, Ina lupa pula. Ina kena pergi beli sesuatu.. Boleh abang tolong hantarkan?" laju saja Puan Qistina memotong kata-kata Balqis.
"Erm.. Okay.. Tapi bagilah Balqis habiskan dulu ayat dia tadi.." kata En Kamal yang pelik dengan perangai isterinya. "Apa Qis nak cakap tadi?"
'Alamak, habislah kali ni' bisik Puan Qistina cemas.
"Hm.. Jadi papa kenal lah dengan Danish ya?" Balqis menyambung kata0katanya tadi.
En Kamal memandangnya pelik. "Danish mana?"
"Muhammad Adam Danish" kata Balqis.
En Kamal tersentak. "Macam mana Qis boleh kenal dengan dia?" soal En Kamal.
"Dia kawan Balqis" jawab Balqis. "Papa kenalkah?"
En Kamal memandang isterinya. Puan Qistina tunduk memandang lantai.. Lantai pula memandang semua orang.. (huhu, dah mengarut!)
"Erm, sekejap ya Balqis." ujar En Kamal lalu menarik tangan Puan Qistina pergi. Balqis terpinga-pinga.


"Ina, bagitahu abang semuanya sekarang. Mesti Ina dah tahu pasal semua ni kan?" kata En Kamal.
"Sebenarnya.. sebenarnya.." Puan Qistina takut untuk menjelaskan perkara sebenar.
"Cakap saja lah. Jangan berdalih lagi"
"Sebenarnya, memang Ina dah rancang semua ni. Ina dah tak sanggup nak tipu dia." kata Puan Qistina sebak.
"Habis, macam mana dengan usaha kita yang selama hampir tiga tahun ini?" soal En Kamal.
"Ina tak peduli. Ina dah tak sanggup!" Puan Qistina sudah mula hendak menangis.
"Jadi, Ina memang dah lama tahu yang Balqis dah jumpa budak tu?"
"Ya" jawab Puan Qistina sepatah.
En Kamal hanya megeluh. Dia faham dengan perasaan isterinya itu.
"Baiklah.. Abang setuju. Tapi dengan satu syarat." kata En Kamal memecah kesunyian.
"Syarat apa?"
"Syaratnya ialah, kita tidak boleh beritahu perkara yang sebenar kepada Balqis. Terserah pada budak tu untuk mengembalikan ingatannya. Kalau budak tu tak berjaya, bermakna usaha kita tetap akan dijalankan." kata En Kamal. "Abang rasa pasti dia dah tahu siapa Balqis. Cuma mungkin id atidak pasti" sambungnya lagi.
"Baiklah" jawab Puan Qistina lemah. Hanya itu yang mampu dilakukannya.
"Tapi.. macam mana dengan bonda? Nak ke dia setuju?" soal Puan Qistina tiba-tiba.
"Jangan risau. Abang ada idea." kata En Kamal sambil tersenyum.

--------------------------------------------------------------------------------------

"Balqis!" laung satu suara.
Balqis menoleh ke belakang.
"Diana!" kata Balqis sebaik sahaja ternampak tuan punya suara tadi.
"Balqis, lama tak jumpa. Kenapa lama tak datang sekolah? I really miss you." kata Diana.
"Saya masuk hospital." jawab Balqis selamba.
"Owh, yang pasal awak pengsan hari tu ya? Saya ingat awak cuma pengsan biasa. Tak sangka siries rupanya? Awak sakit apa?"
"Entah lah. Mama saya tak beritahu pula. Tapi saya selalu sakit kepala. Maybe migrain kot." jawab Balqis. "Kenapa awak tak melawat saya? Sampai hati"
"Eh, maaflah. Saya tak tahu yang awak masuk hospital. Lagipun, saya tak tahu awak masuk hospital mana. Janganlah merajuk." pujuk Diana.
"Saya bergurau sajalah" keta Balqis sambil tertawa. "Eh, Semua orang tak tahu ke?"
"A'ah."
Balqis berfikir sejenak.. 'Macam mana Danish boleh tahu? Oh ya, pasal pengakuan yang dia putera raja tu.. Betul ke??'


Balqis menjeling ke tepi. Danish hanya diam. Langsung tidak mahu menegurnya.
'Hai, aku dah tak sakit, datang balik sombong dia tu. Takkan nak kene sakit baru dia nak berbual dengan aku?' monolog Balqis sendiri.
Balqis menjeling ke tepi lagi. Kebetulan, Danish juga sebenarnya sedang mencuri-curi pandang ke arah Balqis. Seketika anak mata mereka bertemu. Seperti biasa, cepat-cepat Danish melarikan anak matanya.
"Kenapa dengan awak ni?" soal Balqis yang sudah tidak tahan lagi dengan perangai Danish.
Danish hanya mendiamkan diri.
'Huh! Malas aku nak layan mamat mereng ni! Entah-entah yang pasal dia anak raja tu pun dia tipu aku je!' dengus hati kecil Balqis.

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa..
Kring..! Kring..!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Balqis segera mengemaskan barang-barang miliknya. Tiba-tiba sehelai kertas terjatuh dari dalam buku teks miliknya.
"Jumpa saya di taman rehat ni. ~Danish"
'Hah? Biar betul.' Balqos segera menoleh ke tepi.
"Dan.. Lorh, dah lesap.." kata Balqis apabila melihat tempat duduk Danish kosong tidak berpenghuni..
'Nak pergi ke tak nak ya?'

Balqis berjalan sendirian mwnuju ke taman sekolah. Dia dalam kepala nya ligat berfikir apalah agaknya tujuan Danish mengajaknya ke sana.
'Hurm.. Kenapa ya?' monolog Balqis sendiri sambil meneruskan perjalanan.
"Balqis" satu suara menerjahnya.
"Dani.. Syafiq?"
"Hai Balqis, lama tak jumpa awak. Awak nak ke mana ni?" soal Syafiq mesra. (Ingat lagi tak, Syafiq ni yang Balqis suka dulu.)
"Erm, tak tahulah. Saja-saja jalan." jawab Balqis gugup. Pipinya sudah merona merah.
"Jom lepak dengan saya" ajak Syafiq.
"Err tapi.." Balqis serba-salah. 'Macam mana ni? Nak jumpa Danish ke ikut Syafiq?'
"Kenapa? Awak ada hal ke? Kalau macam tu tak apalah. Lain kali sajalah kita lepak sama." kata Syafiq hambar.
"Eh, bukan macam tu. Erm, okay lah. Jom!" Balqis sudah membei kata putus.

Mereka berdua duduk di bangku taman. Balqis hanya mendiamkan diri. Dia berasa segan duduk berdua dengan Syafiq.
"Erm.. Balqis, I want to tell you something." kata Syafiq perlahan.
"What?"
"Awak nak tak jai girlfriend saya?" soal Syafiq tiba-tiba.
Balqis terkedu. Dia tak tahu mahu jawab apa.. Tapi memang Syafiq lah putera idamannya selama ini. 'Oh, macam mana ni? Nak terima ke taknak ya? Terima sajalah. Peluang hanya datang sekali seumur hidup. hehe'
"Erm.. Okay" jawabnya ringkas.
"Balqis, awak ni comel lah. Pipi awak nampak gebu je." puji Syafiq.
Balqis hanya tersenyum. Pipinya semakin merona merah.
"Boleh saya rasa pipi awak?" soal Syafiq tiba-tiba.
"Eh, apa ni? Tak boleh lah. Berdosa" jawab Balqis pantas. Walaupun dengan putera idaman sekalipun, tak bermakna dia akan serahkan dirinya semudah itu!
"Ala, sikit saja" pujuk Syafiq.
"Ish, apa ni? Tak bolehlah! Hentikan!" bentak Balqis. Dia sudah mula berasa rimas. Dia enolak-nolak Syafiq ke tepi.
"Hey! Saya nak rasa sikit je! Bagi sajalah!" kata Syafiq kasar. Dia mula bertindak kasar terhadap Balqis.
"Ish apa ni!" jerit Balqis sambil cuba melepaskan dirinya. Tapi semakin kuat Syafiq mencengkam tangannya.
"Aduh, sakitnya! Adam! Tolong!" tanpa diduga, nama itu terpacul dari mulutnya.
Tiba-tiba..
Dush! Satu tumbukan tepat mengenai muka hensem Syafiq.
"Jangan berani sentuh dia!" bentak Danish.
Balqis kaku. Dia langsung tidak bersuara. Dia hanya memerhatikan saja.
Danish segera menarik tangan Balqis dan membawanya pergi dari situ. Mereka berhenti dan duduk di bangku lain yang terletak agak jauh dari tempat tadi.
"Awak okay?'" soal Danish.
Balqis hanya diam. Tiba-tiba mutiara-mutiara jernih jatuh berguguran dari kelopak matanya.
Danish hanya memandang Balqis. Mukanya masih tidak menunjukkan apa-apa ekspresi.
"Terima kasih" ujar Balqis. Air mata masih tidak berhenti mengalir dari kelopak matanya.
"Jangan menangis.." kata Danish perlahan lalu menghulurkan sehelai sapu tangan kepadanya Balqis. Tapi Balqis hanya menggeleng.
"Tak apa, ambil sajalah" kata Danish lagi. Balqis tetap menggeleng.
Tanpa diduga, Danish mendongakkan kepala Balqis dan mengesat air matanya. Balqis tersentak. Kemudian Danish mencapai tangan Balqis dan menyerahkan sapu tangan itu.
"Saya taknak awak menangis. Terutama disebabkan budak tak guna tu." kata Danish. "Kan saya dah bagi tahu awak, Syafiq tu playboy. Jangan terpedaya dengan dia." ujar Danish dingin.
"Maaf.. Tapi, kenapa awak selamatkan saya?" soal Balqis. Dia sudah berasa lebih tenang sekarang.
"Sebab awak yang panggil saya." jawab Danish selamba.
"Iye ke? Saya tak sedar pun saya sebut nama awak." kata Balqis.
"Memanglah, sebab awak panggil 'Adam'.. Kenapa awak sebut nama Adam? Siapa Adam?"
"Tak tahu..." memang dia sendiri tak mengerti kenapa dia sebut nama tu tadi.
"Awak nak tahu.. Hanya ada seorang saj yang panggil saya dengan panggilan tu." kata Danish tiba-tiba.
"Siapa?"
"Mia.."
"Siapa Mia?"
"Mia tu.. orang yang paling saya sayang. Tiga tahun lepas, kali terakhir saya jumpa dia." ujar Danish sayu.. Barulah mukanya menggambarkan ekspresi.
"Kenapa berpisah?"
"Sebab negara kami bermusuhan.. Keluarga dia dan keluarga saya tak pernah berdamai. Jadi kami dilarang bercinta."
"Negara? Apa maksud awak?" soal Balqis. Banyak tanya betul minah ni..huhu
"Ya, dulu negara kami baik. Ayahnda saya berkawan baik dengan bapa Mia.. Tapi, disebabkan masalah kecil, mereka bergaduh. Saya dilarang berjumpa Mia. Dan dengar khabar, Mia dibawa keluarganya ke tempat lain." jelas Danish.
"Ke Malaysia?"
"Eh, ya.. Mana awak tahu?"
"Entah.. Saya teka saja. Jadi, betullah awak ni putera raja?"
"Betullah. Awak tak percaya ke?"
"Susah nak percaya. Tak ada bukti. Entah-entah awak pun sama macam Syafiq. Suka tipu perempuan." kata Balqis curiga.
Danish segera menyeluk koceknya. Dia mengeluarkan dompetnya kemudian menunjukkannya kepada Balqis.
"Ini kad pengenalan saya.. Ni la buktinya. Awak masih tak percaya?"
'Memang betullah! Tengku Muhammad Adam Danish.. Kenapa aku rasa macam selalu dengar nama ni?'
"Okay, saya percaya.. Tapi kenapa awak rahsiakan perkara ni dari orang lain dan bagitahu saya perkara sebenar?" soal Balqis.
"Sebab awak.."

"Sebab awak.. nanti sajalah saya beritahu" kata Danish.
Balqis hanya memuncungkan mulutnya.
"Kalau taknak beritahu sudah! Huh!" dengus Balqis.
"Kalau awak nak tahu.. Awak kena jawab soalan saya dulu."
"Apa dia?"
"Saya nak tahu.. Sebelum ni, awak tinggal dimana?" soal Danish.
"Malaysia. Kenapa awak tanya?"
"Awak tinggal di Malaysia sejak awak kecilkah?"
"Erm.. Rasanya ya kot. Saya tak ingatlah. Tapi setakat yang saya ingat masa saya 11 tahun saya memang tinggal di Malaysia." jawab Balqis.
"Sebelum tu? Takkan awak tak ingat. Sekurang-kurangnya awak mesti ingat dari umur awk 7 tahun." kata Danish.
"Erm.. Sebelum tu saya tinggal di...." ayat Balqis terhenti.. 'Eh, kenapa aku tak ingat langsung? Mustahil aku tak ingat!' Balqis pelik.
"Di mana?" soal Danish lagi
"Err di..." Balqis tergagap-gagap. Kepalanya ligat cuba mengingati semula memori-memori lalu.. Hampir sepuluh saat Balqis terdiam.. 'Sah! Memang aku tak ingat apa-apa!'
"Kenapa?" soal Danish.. Dia mula curiga melihat muka Balqis yang terkerut-kerut itu. 'kalau dia tak ingat.. Maknanya memang betullah dia tu.. Mia!'
"Saya.. saya.." kata Balqis. Dia masih cuba untuk mengingati semula. Tiba-tiba kepalanya terasa sakit yang amat sangat. Rasa sakit yang sama seperti yang selalu dialaminya. Balqis pengsan.

--------------------------------------------------------------------------------------

Balqis membuka matanya. 'Hish! Aku masuk hospital lagi!' dengus hati kecil Balqis. Tiba-tiba dia terlihat papanya sedang berbual-bual dengan seseorang yang tidak dia kenali. Mereka kelihatan siries.
Tanpa disengajakan, Balqis terdengar perbualan mereka.
"Macam mana dengan keadaan istana?" soal En Kamal.
"Semuanya baik tuanku." jawab lelaki itu.
"Macam mana pula dengan keadaan bonda? Dia sihat sahaja kan?" soal En Kamal lagi.
"Sihat.. Tapi, nampaknya dia betul-betul rindukan tuanku sekeluarga. Terutamanya tuan puteri Mia." jawabnya.
"Nak buat macam mana.. Ini semua pun atas kehendak dia, terpaksalah dia tunggu lagi dua bulan." kata En Kamal.
Mereka terus berbual.. Balqis juga masih khusyuk mencuri dengar perbualan mereka..
'Puteri Mia? Itu ke Mia yang Danish cakapkan? Dan kenapa orang tu panggil papa tuanku? Istana? Bonda? Apa semua ni?' seua persoalan di bermain-main di fikiran Balqis.
Otaknya semakin bercelaru.. Memikirkan soal Danish.. Memikirkan siapa Adam yang namanya selalu terkeluar tanpa disengajakan dari mulutnya.. Memikirkan soal mimpinya yang sama setiap kali dia pengsan.. Sekarang? Memikirkan soal papanya pula.
'Apa semua ni???' teriak Balqis. Namun teriakan itu hanya dapat didengar oleh dirinya saja..



Balqis berjalan menuju ke kelasnya. Dia melihat jam tangannya.
"Hurm.. Baru pukul tujuh pagi.. 20 minit lagi baru perhimpunan start." kata Balqis sendiri. Dia meneruskan perjalanannya ke kelas.
Sebaik sahaja dia tiba di kelas, hanya ada seorang pelajar sahaja di situ. 'Danish.. Dia buat apa tu?'
Balqis duduk di tempatnya dan menoleh ke tepi untuk melihat Danish. Kelihatannya dia seperti sedang khusyuk membaca buku. Balqis baru saja bercadang mahu meninggalkan kelas, tiba-tiba buku itu terjatuh ke lantai. Balqis segera menoleh ke arah Danish.
"Lorh, tidur rupanya" Balqis memerhatikan Danish yang sedang lena tidur. Sampai buku jatuh pun dia tak sedar. 'Comel juga dia ni ek..'
Tiba-tiba mata Balqis tertangkap sesuatu disebalik buku yang jatuh itu. Balqis mengambil buku itu. Sewaktu mengangkat buku itu, sehelai gambar jatuh dari dalam buku.
'Eh, gambar apa ni?' Balqis mengutip gambar itu dan melihatnya..
'Apa... apa ni..???' matanya terbeliak sebaik sahaja terlihat imej yang terpapar di situ.
'Macam mana boleh...' Balqis benar-benar pelik. Dia menatap gambar itu. Gambarnya sedang tersenyum gembira. Dan di sebelahnya... Danish!!
Tiba-tiba Danish tersedar. Melihat muka Balqis yang seperti orang baru nampak hantu tu, Danish segera menyapanya.
"Eh Balqis, apsal awak.." belum sempat Danish menghabiskan ayatnya, Balqis terlebih dahulu memotong.
"Macam mana awak boleh ada gambar ni? Orang yang dalam gambar ni kita berdua kan??" soal Balqis.
"Eh, gambar tu.." lidah Danish terasa kelu. 'Dia dah nampak gambar tu..'
Sebenarnya jauh di sudut hatinya, Danish lega Balqis dah terjumpa gambar tu.. Dia nak Balqis sembuh.
"Macam mana boleh.." Balqis pelik.
"Saya rasa.. Saya patut berterus terang." ujar Danish pelahan.
"What? Apa yang sebenarnya? Kenapa saya rasa macam semua orang banyak menyimpan rahsa dari saya. Sejak kebelakangan ni, semuanya pelik. Saya selalu sakit kepala, awak putera raja, orang panggil papa tuanku, puteri Mia, mimpi yang asyik ulang-ulang.. Apa semua ni?" akhirnya semua persoalan yang selama ini hanya disimpan telahpun diluahkan.
Danish terdiam.. Dia faham.. Memang sukar bagi Balqis untuk menghadapi semua ini seorang diri. Sebab tu dia datang kembali, untuk menemani Balqis..
"Mimpi.. Mimpi apa?" soal Danish
"Saya taknak beritahu. Setiap kali mesti saya saja yang jawab. Orang lain tak pernah nak jawab persoalan saya." kata Balqis.
"Okay, Kalau awak cerita, saya akan jelaskan semuanya"
Balqis terdiam.
"Baiklah.. Tapi awak janji akan beritahu saya perkara yang sebenar." kata Balqis.
"Setuju." jawab Danish ringkas.

Danish memandang Balqis. Dia menanti dengan penuh sabar. Akhirnya, Balqis menarik nafas panjang dan memulakan ceritanya..
"Baiklah.. Sebenarnya, sejak saya jumpa awak saya selalu bermimpi. Kadang-kadang mimpi tu berulang. Kadang-kadang mimpi tu seolah-olah sambungan dari mimpi yang sebelumnya." kata Balqis.
"Okay. Awak mimpi apa?"
"Ada seorang budak perempuan.. Waktu tu seolah-olah di rumahnya sedang ada majlis. Tapi cuma budak perempuan tu yang bersedih. Then.."
"Then what? Ada kereta sampai?" soal Danish
"How did you know?" Balqis pelik.
"Tak apa. Sambung dulu cerita awak tadi." ujar Danish.
Balqis mendengus kemudian menyambung ceritanya kembali.
"Like what you said, ada kereta mewah datang. Then, keluar seorang lelaki. And lelaki tu menuju kearah perempuan tadi. The little girl looks very happy. They dance together with the others. But suddently.."
"What?" soal Danish lagi.
"Parent diorang datang.. And.. Mereka kena marah. Budak laki tu balik. And budak perempuan tu kena kurung dalam bilik. She cries and cries and cries.. Tak berhenti-henti.." sambung Balqis.
"Lepas tu budak lelaki tu datang senyap-senyap berjumpa dengan perempuan tu.. Then he said, jangan menangis lagi. Saya janji kita tetap akan bersama. Betul tak?" sampuk Danish tiba-tiba.
"Macam mana awak boleh tahu mimpi saya? Awak ni.." tanya Balqis tergagap-gagap.
"Ya."
"Jadi betullah sangkaan saya selama ni.. Awak ni ahli sihir ya?" soal Balqis yakin.
Terkerut-kerut muka Danish dibuatnya.
"Ya Allah.. Ahli sihir apa pulanya." kata Danish sambil tersengih mengejek. "Okay, sekarang turn saya pula.."
"Tapi mimpi tadi tak habis lagi." celah Balqis.
"Tak apa. Saya boleh sambung."
"Hah?" soal Balqis pelik.
"Dengar dulu apa saya nak cakap. Nanti awak akan faham."

Danish menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara. Dia memandang Balqis tepat dan tersenyum. Oh ya, buat pertama kalinya semanis itu!
"Balqis.."
"What? Cepatlah cerita, dah nk bunyi loceng ni!" desak Balqis yang sudah beberapa kali memandang jam tangannya yang berwarna pink itu.
Danish juga turut sama memandang jam tangannya. 'Alamak, lagi 5minit nak bunyi loceng. Baik aku cepat!'
"Balqis, sebenarnya budak perempuan yang dalam mimpi awak tu adalah awak dan budak laki tu adalah..."
"Awak!?" soal Balqis terkejut.
"Yup, you are the one who I said before. Awak ialah Mia. Puteri Mia!"
Balqis tidak berkata apa-apa. Kepalanya sudah terlalu sarat dengan bermacam-macam perkara. 'Aku.. puteri raja?!'
"Dan, saya ialah Adam yang awak selalu sebut-sebut tu. Muhammad Adam Danish, Nur Balqis Emia." ujar Danish yang kini sudah transform menjadi Adam!
"Tapi, macam mana awak tahu semua ni? Dan macam mana saya nak tahu apa yang awak cakapkan ni betul?"
"Awak tak pelik ke? Masa awak kat hospital, wad awak wad diraja. Then, orang panggil papa awak tuanku? Tak kan awak tak pelik?"
"Tapi macam mana awak pastikan semua ni?" soal Balqis lagi.
"Saya suruh perdana menteri siasat."
"Perdana menteri?"
"Awak dah lupa ke? Saya kan putera raja Inderapura. Awak nak bukti?" Danish @ Adam mengeluarkan sehelai kertas. "Ini e-mail dari perdana menteri. Dan gambar tadi, gambar kita masa kecil. Awak tak ingat kan? Sebab awak dah diberi ubat hilang ingatan" ujar Danish @ Adam.
"Tapi kenapa?"
"Sebab keluarga kita tak nak kita bersama!"
Balqis melihat lagi gambar itu. Satu demi satu imbasan memori hadir. Sakit kepalanya kembali menyerang.
"Argh. Sakit!" teriak Balqis.
"Mia, Awak okay?"
"Okay, Saya tak apa-apa. Jangan risau. Saya dah.. ingat!" kata Balqis @ Mia.
"Apa? Awak dah ingat semuanya?" kata Adam sambil tersenyum girang.
"Ya. Akhirnya.. Saya dapat juga lihat muka awak yang berekspresi!" ujar Mia sambil ketawa kecil. Adam juga turut tersenyum.
loceng berbunyi nyaring. Segala persoalan sudah berakhir. Cuma.. Tinggal masalah keluarga mereka! But its okay. Love is the winner. Nothing can beat it!

Tamat sudaa.. hehehe





Pergi.....

Semalam... uhuk
wuwuwu... anak sedara aku dah pergi meninggalkan aku sendiri.. isk3..
kenapa dia pergi dulu? why?? padahal dia kecik agi.. isk3..
hmm, x sampai dua bulan agy dia sempat hidop kat dunia neh.. dah nak pergi..
hmm, dah la dia baby first yang keluar dari ehem2 kuning.. cian ko kuning.. anak pertama ko dah mati.. wuwuwu



glitter-graphics.com

Hmm, semalam.. dalam pukul 8.15 malam.. ayah nak kuar, kene pegi mesyuarat PIBG.
nape dia buat malam2 aku pown x taw..
Si
Momo ni suke lepak kat atas tayar kete.. pastu, yah x pashan plak dia ade kat situ..
bile nak undo kete... ehmm, dia gilis dia skali...
MyEm0.Com
ibu dah terjerit, aku and huda terus kuar nak tengok ape yang jadi.. ape yang aku nampak ialah... MyEm0.Com Momo macam meronta-ronta.. wuwu. skali tengok sebijik cam ikan idop yang dicampak dalam kuali panas.. MyEm0.Com
pastu.. dia mengesot ke tepi sikit.. kaki dia dah x leh gerak dah.. dah patah kot.. pastu kaku gitu je.. dah x gerak2.. isk2.
sadis betul..



glitter-graphics.com

yang huda plak.. meraung sekuat ati.. MyEm0.Com dah macam orang kene histeria pon ade.. dia terjerit2.. haha.. pastu salahkan ayah.. huhu..
aku yang dari nak nanges jadi tergelak MyEm0.Com plak bile tengok huda camtu.. aku rasa kompom jiran2 sume dengar huda meraung.. haha
ibu pun call maklong.. tempah anak kucing dia 2 ekor.. baru la huda nak diam.. hahaha


glitter-graphics.com

hmm... so, sampai di sini sjalah.. tamatlah riwayat hidop Momo.
Moral of the story is.. pesan la kat anak2 kucing korang sume supaya...
JANGAN SUKE LEPAK ATAS TAYAR KERETA...!
kalo x, ni la jadinyer...
aku doakan roh Momo gumbira sentiasa.. uhukk



glitter-graphics.com

eh, ni nak cite sikit...
malam tadi kan... aku STUDY.. wakaka
percaya x? percaye laa... hehehe
tapi study sambil men mesej la.. keh3.. MyEm0.Com
aku baca sket jew.. pastu buat nota.. hmm, ade la sampai kol 3 pagi..
pastu.. bangun tido kol.. ehmm, 12.50 'pagi'
hehehehe
MyEm0.Com

Surat Cinte...

Ahaha...
hari ni aku bosan sangat. disebabkan kebosanan yang melampau, aku pon memutoskan untuk mengupdate blog.
keje umah satu habok x buat agi.. hehehe..
malasnyew...! hehe
MyEm0.Com
Barang-barang back to school pown x beli agi..
kasot, beg, alat tulis, pencil box.. n others.. sume x beli lagi.. ntah bile nk beli, aku pown x taw..
baju skolah pon x siap jahit lagi..


glitter-graphics.com
oh ye..
surat chentaku sudah dibalas! ahaha
and he say YES.. huhu
so mulai tahun depan, kami akan bersama . aku akan berada disampingnya setiap masa dan ketika.. ahaha

tapi.. ntah nape, aku rasa was2 plak.. nak ke x nak ek.. padahal dulu aku yang mintak. bile dah diterime, aku plak yang cam x seres.. hmmm...
eh2.. kepada sesape yang sedang membaca, kalo ade org bace la.. jangan salah sangka ya.. hek3..
bukan surat chenta dari laki.. eh, tapi memang laki pown yg balas nih..
erm.. i mean.. warden tuh laki.. hehe
surat chenta yang dimaksudkan dia sini ialah surat permohonan masok ostel.. ahaha
hmm, aku dah pon diterime.. skarang ni terpulang to me nak masok ke x nak..
tapi kalau masok.. terpaksalah aku berpisah..
MyEm0.Com
berpisah buat sementara je.. huhu
hmm, terpaksa berpisah dengan computer, enset, mp3 ohye.. lagi satu. TV .. oh no...!
i really can't survive without them! mg src="http://dl6.glitter-graphics.net/pub/408/408566mibyu8c1hk.gif" width=25 height=34 border=0>


glitter-graphics.com

so skarang.. camne ek.. nak masok ke x haa?
MyEm0.Com
Pekah n Rosyam x dapat masok.. Miera pown same..
Mimi n Matno dapat.. yang laen x taw la..
hmm..MyEm0.Com


glitter-graphics.com

lapa la pulak.. ari ney aku x makan nasi lagi.. huhu

erk.. slurp.. nampak sodap je donut neh..

lapa.. lapa.. lapa..!!!
nak gi makan largh!
hehehe
papai