Asian Movie Marathon

Assalamualaikum !
Dan Selamat Hari Raya Korban guyssssssssssss !!! Gosh, how lovely it is to spend hari raya at uni, alone. ha ha ha.


so tahun ni, aku tak balik raya . kenapa ? Sebab aku malas nak beli tiket bas . Kenapa? Sebab uni aku bagi cuti sehari je hari Isnin. And hari Jumaat ni nak balik lagi. And family aku semua pergi balik kampung so no ones home. But I'm okay. because it is just raya korban. kalau raya puasa tu ye lah aku dah meratap di tepian gantang. eh ? ke tu melukut? I don't even know anymore.

what to do on weekends and a full free day? without anything to do. because well, it is still the first week of the new semester, so tak de kerja lagi. jawapannya...... of course lah shopping dan movie marathon ! duhh. I'll share all the barang-yang-tak-patut-beli-tapi-terbeli tu later. sekarang aku nak share pasal movie yang aku tengok. teehee ~


kalau korang tengah dalam mood nak tengok movie tapi semua movie yang latest dekat wayang korang dah tengok and rasa macam, mehh dah bosan lah tengok movie omputeh. tak de movie thai ke korea ke cina ke ? ada... ni nak kasi tahu lah ni.


/one/ Our Times (Taiwan)




Movie ni agak recent jugak. released tahun 2015. Its about that girl, Lin Truly yang ada crush dekat budak laki baju merah tu, OuYang. Cerita ni start bila Lin Truly tu dapat surat berantai dan dia kena pass dekat 5 orang lain kalau tak dapat nasib malang. biasalah budak budak naive khen so dia pun cari la 5 orang nak pass surat berantai tu. So antara orang yang dapat surat berantai tu, adalah Tai-yu. Laki yang nampak macam jet jet gangster kat belakang tu. Kebetulan, lepas dapat surat tu Tai-yu terus kena langgar kereta. So dia macam bengang la dengan orang yang hantar surat tu kat dia. So later on Tai-yu dapat tahu yang Lin Truly yang hantar surat tu. Since then Tai-yu ni buli Lin ni dan gunakan Lin untuk dapatkan perempuan yang dia suka, which is OuYang's 'girlfriend'.

Lepas tu, lepas tu tengok lah sendiri. tak kan aku nak cerita sampai habis -__-
Genre cerita ni is romantic comedy. ada lah scene macam sedih sikit. overall best lah. boleh challenge A little thing called love.
aku kasi 4/5 bintang *clapclapclap*


/two/ The Werewolf Boy (Korea)



Ni cerita tahun 2012. Zaman Song Joong Ki belum femes. Cerita ni pasal Soon-Yi watak perempuan tu yang jumpa Chul-Soo (laki tu) dekat rumah dia. laki ni werewolf, so dia tak pandai bercakap or act like normal people. Then family perempuan tu decide untuk tolong Chul-Soo tu dapatkan tempat kat rumah anak yatim ke mana mana ke. Sementara tu, diorang bela Chul-Soo ni kat rumah diorang. Sebab Chul-Soo ni macam liar sangat, Soon Yi tu cuba untuk tame kan dia dengan train Chul Soo macam anjing. As a werewolf perangai dia lebih kurang je macam anjing. Jadi makin lama Chul Soo tu makin behave and jadi sangat baik and loyal dekat perempuan tu. Then ada lah keluar watak watak jahat yang cuba nak halau Chul Soo dari kampung tu. Cerita ni sumpah best. Mula mula aku agak skeptikal sebab first dia werewolf, second dia korean. dalam hati mesti macam karut gila cerita ni. but nooo, it's very good. Aku even menangis tengok cerita ni, depan kawan aku. Which is something yang sangat rare sebab aku susah nak menangis, apatah lagi nak menangis depan orang.
Genre: Drama, a bit of romance and comedy.
Rating: 4.5/5


Kalau nak tengok trailer boleh tengok dekat youtube. Kalau nak tengok movie dia, boleh tengok dekat kissasian.com
Sekian :)
Photobucket

Little Back To Uni Haul

Since there're just a few days left (only a day from this moment to be exact) for me to drag myself back to uni, it is the time for some exciting activities. 

BACK-TO-UNI-SHOPPINGSSSSS

shopping is never boring. tak kisah lah shopping apa pun. hihi. but being a nerd, stationary shopping adalah salah satu nikmat dunia bagi aku. aku could spend hoursssss just pilih nak pen yang mana satu, nak beli file yang mana satu and stuff. But hari ni aku cuma mampu beli sikit je barang sebab ayah cuma bagi RM50 and believe it or not, total semua barang ni over RM50. like whattttt?? I just bought files, A4 papers, a stapler, highlighters and pens kot. so aku terpaksa tahan diri dari beli sticky notes comel, paper clips comel, buku nota comel, pencil case comel dan segala macam lagi benda comel yang aku tak perlukan tapi aku nakkkkkk T_T

 I know I don't need this. and I won't be using all the colours but.... I just have to buy it. hehe
 highlighters adalah benda WAJIB beli. aku pakai benda ni macam gila. cepat betul kering. sebab highlighting skills aku memang teruk. setiap patah perkataan aku highlight hahaha.

A mini stapler. which I really hope will get its job done. sebab stappler lama aku hampeh gila nak stapler tebal sikit je langsung tak boleh. harap besar je. 

And filessssss. Tahun ni aku decide untuk beli one for each subject. sebab tahun lepas aku cuba untuk beli file yang ada section kat dalam tu, and binder. tapi me being me, lama lama aku sumbat je semua benda kat satu tempat dan malam before exam lah aku baru terhegeh hegeh nak susun segala mak nenek dalam file tu ikut subject. time tu semua dah bercampur aduk.


last but not least, seketul jam Daniel Wellington cap pasar malam (of course, iolls tak mampu yuh. tskkk) yang aku beli last week.


I did buy other stuffs for college room like bin, hangers, cloth clips and stuff and they are not that cute so........

Photobucket