Err... hi :P

Assalamualaikum :)

Maigadddd . Lamanya aku abandon blog ni . Miahahaha . At first I was quite busy for raya preparation and stuff . Lagi lagi aku lagi banyak habiskan masa dekat rumah nenek aku berbanding rumah sendiri . And there's no freaking internet there so you know...

But then dah lama lama aku jadi tak ada mood nak update blog . Padahal ada banyak benda aku nak update siap dah buat list dah pon . Mehh . Typical Husna...

So I hope it's not too late to say sorry and wishing Selamat Hari Raya to you guys . Teehee ~


Aipp aipp raya raya ni wajib maaf memaafi ! Penat aku lukis semata mata untuk update entry ni tau . (Ceh padahal terpengaruh sebab tadi baru lepas baca komik manga)


Tunggu next entry . Iolls belanja uolls gambar raya juta lemon strawberry honeydrew milktea dapnyee




Photobucket

Kat mana nak beli baby ?

Assalamualaikum :)

my younger bro sekarang dah empat tahun . dan tahap kesabaran yang tinggi amat diperlukan pada tahap macam ni . faham faham je la kan , fasa budak budak membesar dan banyak tanya dan banyak songeh . apart from all his questions and requests , this one cracks me so much , I cant even stop laughing for a good 20 minutes .


bulan puasa ni , family aku hari hari berbuka puasa dan tidur dekat rumah atuk aku . well , memandangkan nenek aku baru je meninggal , tak kan nak biarkan atuk aku berbuka and sahur sorang sorang kan . so dalam pukul 5 petang macam tu , kitorang akan gerak ke rumah atuk aku . alah sepuluh minit je pun . and we used to stop kat kedai runcit kat taman perumahan kami untuk beli kuih muih sikit . 


kelmarin , ayah park kereta dekat depan rumah orang ni sementara beli kuih , kebetulan orang tu tengah main dengan baby dalam strolley . adik aku ni selama ni tak suka sangat baby . dia selalu jeles kalau ibu aku dukung baby orang lain . tetiba dia tengok baby tu , and pandang ibu aku...


"Ibu adik nak beli baby ?"


dan semua orang terus ketawa . we asked him why on earth he wants to buy a baby , dan dia cakap saje je . baby kan comel . adik nak beli baby jugak ibu . and he keep asking to buy a baby sepanjang perjalanan ke rumah atuk . kejap kejap dia teralih kat benda lain like lalu tepi bazar ramadhan...


"ibu adik nak beli kuih yang hijau tu....... tapi adik nak beli baby jugak ibu."

"ibu tengok ayam tu dia panjat kereta orang tu..... kita beli baby ya ibu?"



then kami cakap la kat adik , mana boleh beli baby . orang tak jual baby . tetiba dia teringat kat pakcik kitorang yang always jual macam macam and he has twin babies . 


"kalau macam tu nanti kita mintak baby Pais ye ibu ? nanti Pais balik ibu beli baby kat Pais ye ibu ?"


adoi la macam macam . adakah ini petanda supaya ibu mengandung lagi ? kah kah . tapi aku rasa cukuplah aku tiga beradik je . tiga ni pun dah serabut . I can't imagine kalau nak tambah sorang lagi budak yang banyak tanya , sepahkan mainan dan kuat melalak dalam rumah ni . adik nak baby tunggu lah lagi 5 6 7 tahun . tunggu kak long kau ni haa yang dapat baby . hahahahaahahahahahaktuih :P


p/s : adakah aku obvious sangat sedang menikmati cuti aku dan bermalas malasan di rumah bila aku hari hari update blog ? maaf la naa penuhkan feeds korang . hihi



Photobucket

Akhirnya diterima

Assalamualaikum :)


kalau nak tahu dah seminggu aku hidup tak tenang sebab memikirkan pasal kolej . disebabkan aku dah habis first year , so aku kena mohon kolej semula.. sepatutnya minggu lepas dah diterima , tapi bila aku check dekat sistem , aku tak diterima . Of course aku freak out ! mana aku nak cari rumah sewa ?? aku dah la takut nak drive dekat KL . ottoke ommaaaaaaa *effect tak tidur tengok drama korea*


but then kawan aku cakap nama aku actually ada dalam list . cuma belum di accept dalam sistem je . and ramai kawan kawan alami masalah yang sama . so we sorted things out . but then , kawan kawan aku semua dah di accept , aku je yang belum lagi . sistem tu pulak jenis akan auto reject setiap empat hari . so cerita dia aku dah isi borang application tiga kali . dan dah tiga kali jugak aku call office kolej . tunggu punya tunggu masih tak diterima . yang sedih bila aku call office tanya kenapa saya punya tak accept lagi sampai dah di auto reject , akak office tu cakap dia dah accept tapi aku yang tak approve . tipuuuuuu , aku hari hari check sistem... dua tiga jam sekali aku check tau . akak jangan la buat iolls macam ni . wuwuwuwuwuwu ottoke omma sekali lagi....


and today , once again , aku di auto reject sebab dah cukup empat hari . so dengan gigihnya aku call lagi office...


"hello kolej 12? saya tak di accept lagi kat myum ni macam mana ? saya dah isi form 3 kali tau . hari hari saya check . tak aprrove approve jugak."
"nama awak ada dalam list tak?"
"ada lahhhh"
"okay bagi nama dan nombor matriks"
"bla bla bla..."
"oh.. awak ni lagi...."
"ye kak... saya dah banyak kali call office ni"
"akak dah check hari hari dah . akak dah accept lah awak"
"manade saya sejam sekali check myum.... boleh tak akak tolong accept kan sekarang?? terima kasih"


dan pooooff ! *bayangkan keluar effect asap kepuk kepuk (ke kepul ? ah whatever lah)*


dengan sekelip mata gua di accept . FINALLYYYYYYYYYYYYY !
dan kenapa yuran kolej murah sangat nih ? 1k satu sem . tskk . tak dapat lah aku nak berjimba lebih macam ni, belum tambah yuran pengajian lagi . adakah aku patut bekerja lepas raya demi meneruskan kelangsungan hidup di dunia moden nan penuh pancaroba ? atau sebenarnya aku cuma patut berjimat cermat dan tak pergi mid valley selalu serta tak melawat mana mana online shop.. ya rasanya macam tu lah T_T


p/s : tapi walau nak berjimat macam mana pun , kau jangan sekali kali ikut nasihat menteri sengal tu untuk tak payah balik kampung setahun . kau dah gila ke apa ? aku wonder tinggi betul tahap kesabaran pengacara tu untuk mengiyakan beliau serta tak tergelak dengan idea bodoh dia tu . kalau aku dah lama aku guling guling atas sofa tu lalu sumbat mic kat lubang hidung dia. ceh .

Photobucket

Tips dapatkan kulit muka yang bersih

Assalamualaikum :)


I won't put my face as a testimony because I obviously wear makeups to look flawless . haha :P



1. Clean dat face !
Obviously kau takkan dapat kulit muka yang bersih dari segala anasir anasir jahat kalau kau malas nak cuci muka . sebaiknya guna cleansing foam. Nasihat aku ialah jangan takut untuk cuba produk baru . keep trying new products sampai kau jumpa satu yang betul betul sesuai dengan kulit muka kau . 


2. Jangan terpengaruh dengan iklan
aku rasa aku dah try hampir semua jenis pencuci muka yang dok keluar kat dalam tv tuh , tapi tak ada satu pun yang berkesan . kalau produk pencerah tu maybe ada lah sikit tapi kalau anti jerawat apa semua tu tipu je . makin subur jerawat kat muka aku ada lah . haha . maybe it works for some people, but not me . bagi aku pencuci muka terbaik is kau pergi farmasi or watson or guardian , pergi kat section pencuci muka yang ada set banyak banyak tu . selalunya brand ni well known tapi dia tak ada iklan kat tv. kau tak perlu lah nak beli satu set . just beli pencuci je pun ok . kalau nak try , boleh beli pek percubaan untuk tengok okay ke tak dengan kulit muka kau.


3. Exfoliate the dead skin
punca utama kulit muka nampak kusam adalah sebab banyak kulit mati dan kering . so , beli lah apa apa jenis krim untuk remove dead skin , kalau nak pakai scrub pun okay jugak . tapi jangan pakai yang terlalu menghakis muka atau scrub yang terlalu kasar. muka kau bukan berkerak sampai perlu disental dan ditarah sebegitu rupa . kalau macam tu baik pakai kertas pasir je , lagi smooth .


4. Moisturize
ini adalah sangat sangat sangattttt penting . aku tau ramai yang tak suka pakai moisturizer sebab nanti rasa kulit muka berminyak . well , cuba lah cari yang kurang berminyak . and kalau tak suka jugak , korang boleh pakai sleeping mask . dia macam sejenis moiturizer yang dipakai sebelum tidur. so kau akan bangun dengan kulit muka yang segar dan lembab . yay ~
aku paling benci kalau pepagi aku nak bersiap pakai bedak , tetiba kulit muka kering and mengelupas . 

5. Minum banyak air 
yang ni rasanya semua orang cakap kan . at first aku pun macam skeptik jugak.. yekeeee minum banyak air boleh buat kulit cantik ? dan aku ni jenis yang hanya minum air lepas makan . so memang sangat tak membantu lah . lagi lagi bila kat kolej , stok air dalam bilik selalu habis so aku malas minum air . tapi semenjak dua menjak tiga menjak bermenjak menjak ni aku dah ada kesedaran lalu beli satu tong besar untuk isi air . and aku beli botol air yang ada straw so senang nak minum . and I really can see the difference. try lah !


6. jaga pemakanan
Of course , kalau nak mengidamkan kulit muka yang flawless dan glowing tapi kau tu ada resdung pulak tu kuat makan sambal belacan and seafood . hmmm , tak tau lah ceq nak habaq cam mana lagi . basically cuba elakkan makanan yang terlalu berminyak and udang sotong semua tu . aku makan je semua tu tapi bukanlah selalu . tapi susah nak jaga pemakanan bila kau tinggal kat rumah sebab mak kau hari hari goreng ikan and ayam serta buat sambal belacan . tak lupa juga sotong celup tepung dan sambal udang yang memanggil manggil dari bawah tudung saji . tak kan tak nak makan kan..... hasilnya , baru seminggu aku duduk rumah aku dah dapat merasakan ada jerawat yang bakal timbul tak lama lagi . hmm , long time no see... baru nak feeling flawless time raya nanti . tskkk T_T



tapi yang paling penting , kita mesti terima kulit kita seadanya . love your skin first ! tak kisah la cerah ke gelap ke , and jeragat ke , ada sekumpulan jerawat comel ke , just love them. it's okay and totally fine. I used to hate my skin . like I want to be fairer and flawless . so aku start guna macam macam untuk cerahkan kulit and hilangkan jerawat . and I used to wear quite a lot of make up to conceal my flaws . dan semua tu tak membantu langsung pun . lama lama aku belajar untuk terima kulit aku , and eventually , akan tiba masanya untuk kulit kau stop menternak jerawat . hahaha . so adik adik jangan risau . nanti uolls akan flawless jugak one day . tak perlu nak paksa sampai guna produk yang merbahaya , yang sampai menghakis kulit semua . no no no .

and ingat makeup tu just untuk enhance your beauty . bukan topeng . personally , aku start dapat compliment dari kawan kawan since aku amalkan semua benda ni . and bila kulit dah bersih , tak perlu dah nak pakai makeup banyak banyak . aku ada beberapa kawan yang cantik cantik , tapi diorang macam menyorok di sebalik makeup diorang . like instead of deal with the skin , they try to conceal and hide it . diorang ni memang tak kan keluar rumah without makeups on . sampaikan bila orang nampak muka diorang without makeups , kau akan rasa macam.... wow... lainnya muka dia sebenarnya..


tips ni memang takkan berhasil instantly . it takes months . tapi inshaAllah boleh nampak beza..
p/s: kalau muka je flawless tapi hati dan perangai buruk, nampak buruk jugak..



Photobucket

Novel Review : Girl Online




aku baru je nak jet jet professional sikit tangkap gambar buku atas rumput . sanggup aku dedahkan kulit aku terhadap sinaran pancaran matahari nan terik tanpa perlindungan krim SPF , cari angle baik punya supaya bayang bayang phone aku tak jatuh atas buku , cari spot rumput yang tak bertahi kucing....


dah tangkap.. masuk rumah.. bukak phone nak tengok balik... ADA LALAT !
urgh bencinyaaa !


Assalamualaikum :)


Aku baru je habis baca novel ni . FINALLY . so here's a review . ngeee ~
Okay , first of all , aku memang tak kan beli novel ni kalau bukan sebab aku fangirling Zoella . For those yang tak tahu , Zoella ni youtuber dari UK . So... as a youtube addict... I just have to buy this book . haha . even dia hard cover and mahal sikit banding dengan novel biasa . But it totally worth the money tho.. 


So , cerita dia pasal Penny Porter ni dia ada masalah dengan confidence and anxiety . anxiety ni macam suatu perasaan risau yang kerap serang diri kita.. and kalau tahap yang kronik , kita boleh dapat panic attack . di mana kita rasa susah nak bernafas dan sebagainya.. and Penny ni jugak ada blog di mana dia tulis as anonymous dengan nama panggilan Girl Online. so kat situ lah dia selalu share problem dia ada semua . and dia jugak ada sorang best friend nama Elliot . 

so one day.. ada satu kejadian yang sangat memalukan jadi kat Penny (tak leh bagitau , nanti spoil) and benda tu tersebar dekat internet . So Penny ni panic and bla bla bla . Then , parents dia kebetulan dapat job as wedding planner dekat America. oh lupa nak cakap Penny ni tinggal dekat UK . so parents dia decide untuk bawak Penny dengan Elliot pergi New York untuk lupakan pasal video yang tersebar tu and tenangkan diri . 


dekat New York, Penny ni jumpa sorang mamat nama Noah. and Noah ni sangatlah perfect and macam serasi dengan Penny . For the first time Penny rasa selesa dengan orang and boleh jadi diri dia sendiri . so Noah ni macam holiday romance dia lah . bla bla bla , things get serious... tapi Elliot ni macam jeles dengan Noah sebab dia rasa macam Noah tu rampas Penny dari dia . so timbul lah konflik..


and Noah ni jugak rupanya adalah............ jeng jeng jeng baca sendiri kalau nak tahu . it's like satu rahsia besar yang Noah sembunyikan dari Penny sepanjang kat New York.. dah sampai UK baru Penny tahu . and benda ni menyebabkan identiti Penny as Girl Online tersebar and dia kena bash dekat internet . 


bagi aku , cerita dia best lah jugak . it's not too heavy . dia macam teens romance lah . so sweet and magical gittew . it's like benda benda yang kita selalu berangan macam eh bestnya kalau dapat macam ni . eh sweetnya kalau tetiba macam ni . haa semua ada dalam buku ni . and dia ada beberapa plot twist yang membuatkan korang tak rasa bosan baca buku ni .



so aku bagi 4.5 / 5 bintang ! yayy ~


nanti akan ada novel Girl Online 2 . I'm so gonna buy it ! and btw, for those yang berminat , harga buku ni dalam RM52.00 something ? aku tak ingat . boleh didapati di mana mana kedai buku yang banyak jual english novel . rasanya hujung tahun ni dia akan release paperback version . maksudnya yang bukan hard cover lah . so maybe dapat murah sikit .


okay tu je . sekian :P





Photobucket

Perangai Ramadhan


oh em ji . comelnyaaaa outfit ni . nasib baik dalam gambar je . kalau jumpa depan mata , menangis lah dompet aku cerita dia . haha


Assalamualaikum :)

Korang korang semua perasan tak , kita semua akan ada satu perangai yang common bila bulan puasa . eh , bukan satu perangai , tapi banyak perangai . sehubungan dengan itu , ayuh lah kita sama sama berganding bahu sebulat suara bagai aur dengan tebing menyenaraikan sifat sifat kolektif lazim tersebut .

natijahnya , apahal tetiba aku rindu nak tulis karangan SPM Bahasa Melayu nih ???


1. Berbuka dengan air manis 
tak kesah lah panas atau sejuk (tapi mostly prefer sejuk lah kan) kita mesti nak berbuka dengan air manis . kalau tetiba sehari tu kena berbuka dengan air masak , rasa macam nak menangis meratapi nasib di pinggiran pelangi . padahal kalau hari hari biasa kau tak kesah pun minum air masak . tetiba bulan puasa jadi demand.


2. Demand
cakap pasal demand , kalau tetiba mak kau goreng telur dan hidangkan bersama kicap cap kipas udang serta ulam ulaman , mesti kau macam... "aik,, makan ni je berbuka puasa ? tak kan telur goreng je ?? mana kuih muih ? sayur kailan masak ikan masin ke ? sup ketam ? apa ni mak ??"
mesti nak kena ada at least 2 jenis lauk , dan satu sayur . kuih muih pun mesti ada cikai cikai pun dua  tiga jenis . air sedap at least dua jug.....padahal kalau hari hari lain kau okay je . ceh . pastu membazir.


3. Misteri murtabak dan air laicikang
aku tak tahu lah pasal apa bila ramadhan je , benda yang orang akan cari ialah murtabak dan air laicikang . kalau bulan bulan lain , takde lah femes mana pun air laicikang tu . kat rumah aku , hari hari wajib ada murtabak (beserta at least dua jenis kuih muih yang lain)


4. stay up sampai sahur
perangai ni selalunya student university lah buat . disebabkan semua liat nak bangun sahur , dan student U sememangnya dikenali sebagai burung hantu jadian , so alang alang tidur lambat tu , apa kata sahur terus . so kita tidur lewat sikit , and sahur terus . 


5. Tangguh kerja lepas sahur
yang ni aku tak tahu lah kalau aku je yang selalu buat . tapi dulu kalau time sekolah , aku mesti tangguh nak iron baju and buat homework lepas sahur . kengkonon malam tu before tidur , alahh , lepas sahur je lah aku buat semua tu . tup tup , lepas kau melantak sampai kembung time sahur , mata pun berat and terus tergolek tidur . nanti mak kejut suh pergi sekolah nangis nangis itu tak siap ini tak siap . haha


6. Alasan penat
"weh jom gi library?"
penat lah nak jalan...
"weh jom pergi jogging petang ni?"
kau gila ?? puasa kot !
"weh pergi angkat kain . pergi tolong mak masak"
alahhh penat lahhh .
"weh jom pergi bazar ramadhan?"
JOMMMMM !
"weh jom pergi shopping raya?"
JOMMMMMMMMMMMMMMM !!!!

jangan gunakan alasan berpuasa kalau kau tu memang pemalaihhh ! hak tuih !


haa , cukup lah tu enam je . rasanya ada banyak lagi tapi aku malas nak fikir . penat lah . lagi lagi bulan puasa panas panas ni . k lah , gua cau dulu .

P/S: kalau korang ada pape perangai bulan puasa yang pelik pelik atau lawak lawak ke , meh la share . yang hambar tu tak payah .
Disclaimer: tuan blog ini sama sekali tidak pernah curi curi minum air paip di kala bulan Ramadhan suatu ketika beliau kecil dahulu . sumpah tak tipu . *bangga*


Photobucket