2 weeks to go

woooooooooo , lama bangat sihh ngak update blog . eh eh , tak sopan gila . maaf maaf .

Assalamualaikum :)
sorry my dear blog pasal berkurun tak update . pasal i've been so busy . tutorial belambak , kelas 8-5 mon-fri . walaupun actually online setiap hari tapi tak ada cerita nak update blog . aku lifeless gila sekarang . pergi kelas balik kelas buat tutorial , online . sabtu ahad shopping tengok wayang . tak seronok langsung . asyik asyik update pasal shopping kan . muak pulak orang baca . kalau nak update pasal shopping memang setiap hari la aku update pasal banyak sangat benda yang aku shopping .

in the end menyesal duit habis , barang yang shopping tu tak berbaloi pun . balik bilik makan maggi . tskk , sadis sangat u'olls T_T
ini bukti aku buat tutoral ok . walaupun malas tapi takde la sampai tak buat tutorial . (walaupun buat sambil mengadap youtube . muehehe)


so secara ringkasnya next week aku ada oral test for muet . and next next week final exam hell yeah . apa yang aku dah belajar aku pun tak tahu . lost gila . tau tau final exam . result mid sem pun baru je dapat . alhamdulillah average dapat A- . ada la unsur unsur A tu even ada minus dihujung . but tak cukup bagus untuk final . calculus dah la dapat C . wuwuwuwu . and algebra and physic 1 memang aku tak tau nak tolong macam mana dah.. I'm doomed .



and yes secara rasminya minggu ni segala lab dah habis untuk sem 1 . and yes , kami dah berjaya mencipta memori supaya semua orang takkan lupa final lab for sem 1 2013 . yakni kami warga fizikal 2 telah berjaya mencetuskan kebakaran di dalam lab . yeehaaa ~ nama pun budak fizikal , kesah pulak kami nak ikut procedure , handle apparatus carefully bla bla bla bagai . hampir 10 minit sekali akan dengar bunyi apparatus pecah . mana tak nya , semua orang rushing . berlari lari dalam lab macam gila . haishh , ni lah padah kalau dalam masa tiga jam kena buat experiment panjang gila nak mati (kadang kadang dua experiment dalam sehari okayy) and kena siap kan report (result , discussion and conclusion) and kena hantar before lab tamat . kau gila ?

minggu ni punya lab chemistry kami buat experiment pasal toluene and ethyne . untuk pengetahuan kanak kanak semua toluene ni adalah sejenis bahan organic yang sangat mudah terbakar  . dan sepatutnya sisa sisa toluene after experiment tu kena buang dalam botol yang disediakan . tapi ada la beberapa makhluk yang kurang prihatin yang pergi buang dalam baldi . (okay la dari aku buang dalam sinki . wakaka) and nak lagi gempak , ada pulak sorang makhluk yang super prihatin pergi buang kayu uji dalam baldi tu . kayu uji tu still ada bara lagi kot . and then , kebaboom la apa lagi .

setelah demonstrator menyumpah seranah bila nampak api tu like...

"Shit ! siapa punya kerja ni ????"

setelah beliau menjerit suruh kami panggil assistant

"panggil assistant cepat !"

setelah kami semua buat bodoh je sambil terpaku tengok api....
dan setelah demonstrator menjerit sekali lagi suruh panggil asistant

"saya cakap panggil assistant cepat !!!"

dan setelah assistant datang berlumba lumba bawak fire extinguish... tapi lawak sebab yang bawak tu perempuan . dah sampai dekat api dia pulak yang melompat lompat tak tahu nak guna benda alah tu... lol

setelah satu lab berasap and loceng kebakaran berbunyi and semua orang berlari keluar lab...

konklusinya satu lab kena potong markah teknik separuh . huaaa , mak tak bersalah nyahh . demm you si bersalah yang tak nak mengaku salah . demm you . tapi bukan setakat tu je . rupanya lab lain pun ada jugak yang terbakar . and ada dua orang student tercurah acid pekat kat telinga . hahahaha . well , ini baru student fizikal . lol .

so , wish me luck for my final exam yeeeee . doakan I dapat 4.0 flat . amin amin amin .

gambar goyang untuk tatapan semua yang merindui .
okay ni tak de motif pun ekceli . huahaha

Heart ♥


Yesterday was the best day ever :)
muahahahaha . balik kolej senyum je . tidur pun senyum je . bangun tengah hari pun senyum je . gila dah gamaknye .

so , pagi tu , aku terlambat bangun lagi actually . mujur la Abang Po sampai lambat . so sempat la aku bersiap dengan tenang . tak la macam hari tu . ahahah . dalam pukul 11.30 pagi tu aku dah siap dah actually . then dia cakap nak pergi breakfast dulu . so sementara tunggu tu sempat aku siapkan final assignment untuk IT . mujur jugak aku buat pagi tu pasal balik malam . due date hari ni . miahaha . dah siap assignment tu , tunggu lagi . nak pergi makan kat cafe segan pulak sorang sorang . dah la aku macam over dressed je nak pergi cafe pakai macam tu .

dalam pukul satu baru lah dia sampai dekat lrt university . ponat den tunggu -,- . so , destinasi first kami ialah times square... again . haha . aku ni kononnya nak shopping kasut tapi tak tahu sampai situ macam semua kasut jadi tak lawa . time tak de duit hari tu semua lawa nak mati . oh dunia sangat kejam !

sampai sampai ts aku terus nak cari tempat makan . I was so so so craving for food . last aku makan tengah hari jumaat . and masa tu dah pukul dua hari sabtu . siapa tak kebulur wey . first jumpa mcD . aku dah nak masuk je but Abang Po ajak makan dekat Old Town . aku tak pernah makan kat situ pun . so , aku ikut je lah . tapinya.... puas kami pusing pusing cari Old Town tak jumpa . Abang Po cakap baru makan kat situ semalam tapi lupa kat mana . aku dah la lapar gila . memang time tu aku mogok lapar ah en . senyum pun tak nak . huh


and at last , jumpa jugak Old Town . restoran tu sangat tersorok dalam times square tu . menyusahkan je . grrr . bila dah lapar , bukak pulak menu semua gambar macam sedap gila.. hahah , korang bayang jelah muka aku pilih makanan macam mana time tu . rasa macam nak order semua je . Abang Po sampai takut tengok aku bila lapar macam tu . dia cakap aku pandang dia pun macam nak makan je . hahaha . it's normal dear . kalau ditakdirkan kita sesat kat padang pasir and there's nothing left to eat , maybe I'll eat you . I'm serious. I love my belly more .

gergasi nak makan

okay tipu . tu semua makanan aku . air yang kecik tu je Abang Po punya . hahahaha . dumpling tu share . masa sampai float tu kami dua dua terkejut . like ohemjii besaunyaaaa . tak sia sia aku order lol . and Abang Po semestinya sangat jeles tengok float haku . hoho .

le float gergasi and le lubang hidung gergasi


nasib sedap and cukup untuk buat aku kenyang . lepas makan baru lah dah boleh senyum semula . ketara gila kot mood aku berubah time lapar and kenyang . now you see me . wakakaka .

 tinggi kan i'olls . hihi
okay tipu . tu ilusi optik semata . ini yang realitinya . tu pun aku dah pakai wedges hangpa tau dak T_T


then jalan jalan jalan pusing times square . main quitack kat etude house , usha kasut , beli gelang . pot pet pot pet . then masuk romp . aku memang dah lama nak belikan Abang Po baju . so alang alang tu , belikan je lah kan . first first tu dia pilih baju corak kecik kecik macam orang tua . and i was like.... "jangan la  yang tu . macam baju nenek abah !" and he was like "fuyohh , style gila nenek abah" and i was like =..=''

then jumpa satu baju ni macam cantik je . cepat cepat suruh dia pergi test baju tu . tunggu punya tunggu dia keluar je dari bilik apatahnamanya tu aku macam.................. asdfghjkl i'm melting . tetiba berdebar gila time tu . jarang kot aku berdebar camtu . macam bongok je rasa . cepat cepat cakap "ok , cantik" and suruh dia tanggal baju tu . tak sanggup nak tengok lama lama . phew ~ panas muka . lol . Abang Po if you read this JANGAN SENYUM !

then pergi lowyat and last pergi mid valley . first nak tengok wayang tapi bila fikir balik macam dah lewat je . lagipun hari sabtu tiket mahal . lol kedekut . last last main bowling . Abang Po cakap dia dah lama tak main bowling . so aku ni dengan harapan ok lah kot main bowling . tak ada lah aku kalah teruk kot . sekali... ambik kau strike aje . koman koman pun sembilan . aku pulak asyik masuk longkang je . tak pun tiga je yang jatuh . final marks dia dua kali ganda kot dari aku . semangat suruh aku tangkap gambar tapi tak sempat pasal screen dah reset . haha padan muka . dah la bet siapa kalah kena cakap i love you . memang tak la ! sah sah memang aku yang kalah -,- (you know i never said i love you to him before . sadis kan . haha)


playing around in forever 21 like lol


and...... akhirnya... jeng jeng jeng..
kami selfie berdua . loooolll . dah berapa lama couple ni first time selfie berdua . ya ya . kami noob . shut up .


goyang , pelik , and aku nampak kecik -,-

 disebabkan geram , aku offer diri nak tangkap sendiri . dan ini hasilnya . super goyang and nampak mata sebelah je . good job husna good job . *pat my back*


memang tak de bakat . *nangis dalam selimut*

Bukit Simen

Last two weeks *pffftttt baru nak cerita* aku and dua orang budak senget yakni Ika and Najah dengan nekadnya pergi panjat bukit simen . dah lama omong kosong konon konon nak tengok sunrise lah apa lah . tapi semua tu just menanam tebu di di bibir . hmm , agak agak pokok tebu tu besar mana nak tumbuh dekat bibir . macam mana nak makan kalau ada pokok tebu kat bibir =,=''

so petang tu , kami pun dengan penuh keazaman dan semangat berkobar kobar blah dari bilik dalam lebih kurang pukul enam petang . heh , yang paling tak boleh percaya is aku puasa hari tu . tapi entah kenapa buang tebiat nak daki jugak bukit simen tu . jalan jalan lahh ghrupenye dekat je bukitnya . and yess , memang fully simen . selama ni aku membayangkan bukit hijau , maybe ada simen simen sikit . tu pasal orang panggil bukit simen . tapi rupanya memag whole bukit tu dia simenkan . pasal tepi bukit tu ada bangunan API .

on the way up the bukit simen . ni pun dah almost half way . tinggi wei . dah la tangga dia tinggi tinggi . memang mendera kaki kami yang beru berjinak jinak dalam bisnes perladangan lemak ni .

before nak daki bukit ni , kami kena seberang satu longkang besar punyaa . disebabkan kami semua *uhuk* kecil molek lagi bergaya , atau kata lain *uhuk* kaki pendek *uhuk* maka terpaksalah masuk dulu dalam longkang tu then panjat keluar . tak sampai nak lompat seberang . koyak sistem peranakan aku nanti . huahaha .

eh eh anak sapa tertinggal dalam longkang ni ? laa kesiannya . hahaha
model jalanan longkang
believe me , muka troll ni much much much better . muka sebenar lebih menyeramkan dari ni . I tak nak letak pembaca blog I dalam risiko terkena serangan jantung or sawan babi kalau tengok wajah sebenar dia ni . hahahahhahaha

see ? kalah batu caves woi . maaf pemandangan yang sepatutnya indah dah tercemar dengan kehadiran makhluk tu . aku nak tangkap gambar bukit tetiba je muncul pozing eksaited depan camera -,-


setelah tercungap cungap , rasa nak tercabut kaki , hampir terjatuh , tangan Najah luka and merangkak rangkak akhirnya . ya , akhirnyaaa !! kami sampai jugak di puncak . hoi , kalau tak kuat semangat memang tak sampai atas der . aku dah la puasa . boleh kelip kelip mata jelah tengok Ika and Najah teguk air . pffftt .

 view from the top . can you spot kl tower and klcc ?


dah sampai atas nak buat apa ? of coz lah selfie ~~~~




beruang bukit simen . hahahahha

belakang bukit tu hutan . kami banyak kami imagine tetiba keluar beruang singa harimau tetiba telan kepala kitorang . and kot kot tetiba keluar orang asli bawak sumpit . and ikat kitorang then masak dalam kawah besar . yess , imaginasi kami memang tinggi . selalunya masa kami terbuang dengan imagine benda mengarut ngarut macam ni lah . point dia kecik je , tapi kitorang oleh buat cerita and kembangkan sampai jadi meleret leret . hmm , ada bakat jadi novelis . atau pak karut . eh tak tak . silap . mak karut .

 


sindrom down mungkin ? sesiapa plis lah kutip budak berdua ni .






paling terkejut bila kami tercungap cungap sampai atas tengok tengok ada mat yo sensorang kat atas . dia macam ilek je . langsung tak ada symptom kecapek-an panjat bukit . cool gila wei , siap boleh main yoyo lagi atas bukit simen . dah puas main yoyo , dengan cool nya dia turun . just liddat . tuntas kami pun turut terfikir , how come dia boleh ilek panjat bukit simen dengan badan yang comel begitu ? kami yang slim ni pun merangkak . heh , nampak sangat tak ada stamina . nak kena ambil kursus main yoyo ni untuk tambah stamina . rahsia kejayaan matyo mungkin ? hahaha


P/S : semenjak dua menjak tiga menjak bermenjak menjak ni entry aku berlonggok gambar . maaf -,-
P/S lagi : jangan terpedaya . lepas bakar lemak panjat bukit simen kami cepat cepat pergi ternak lemak balik melantak kat cafe . tak cukup dengan tu , bedal eskrem pulak lepas makan . risau betul lemak berkurang . ahaha