Assalamualaikum pembaca semua :)
Semoga kalian sihat hendaknya . Di bulan Syawal yang mulia ni , pasti ramai yang sudah habis berpuasa enam bukan ? Saya baru mula hari ni . Harap sempat habiskan :) Sudah lama saya tidak menulis entry baru . kekangan masa menuntut ilmu , sendiri fahamlah . bila berkesempatan , InsyaAllah saya akan menulis walaupun sedikit . Oh , ini bukan janji palsu . Percayalah .
Eh ? Kenapa kalian buat muka pelik ?
Geli ?
Aku pon . wakakakakkaka XD
Hari ni mungkin hari malang sedunia . Pagi tadi aku terlambat bangun (untuk yang ke sekian kalinya). patut tulis terlambat bangun lagi . yes , itu lebih tepat . Makanya cepat cepat rushing pergi mandi . dan untuk keseratus pat puluh nam kali aku mesti akan merungut membebel sorang sorang dalam shower room macam mak nenek mengenangkan air yang keluar halui nau . macam bangang je bila orang tengah nak cepat air kecik nak mati . setiap hari pulak tu . memang mengundang kemarahan manusia sejagat . dah la kecik , jatuh betul betul atas batas . habis aku nak mandi macam mana ? macam ni la...
kene melekat kat dinding tu baru dapat air . haishh , ada aku hantar surat layang ni nanti . dah la toilet sebelah je yang boleh guna .
oh oh ! hari ni ada lab and test physic . for the first time experiment kami menjadi and aku dapat jawab test dengan baik . Alhamdulillah . first time tak sakit otak buat discussion untuk lab report . phew ~ tapi tak tahu lah pulak kalau test tu aku je feeling feeling macam boleh buat . sekali tengok tengok markah hampeh . bukan boleh caya sangat . hahaha . baik Dr Fakhrul buat soalan senang senang . ni yang sayang mario sharnaz lebih ni . hahahaha . lol .
eh ? apa yang unluckynya dalam entry ni ? -,-
ohh , yang unlucky nya hari ni aku buka puasa sedih gila . rasa macam invisible gila kat cafe hari ni . nak beli air mak cik indon tu asyik bagi orang lain dulu . yang baru sampai dah dapat . aku tunggu dah lama kot . sampai aku marah baru terhegeh hegeh nak layan . tu pun sampai orang dari ramai gila dah tinggal sikit. pffttt . pukul 8.40 baru aku dapat minum air . baru air , belum makanan lagi . makanan pulak dah sejam order tak siap siap . orang yang order kemudian dah lama kenyang sampai tersembul pusat . gua dah la nak bukak puasa . turun cafe awal boleh naik bilik solat terus . lu langsi ah sama gua . tengok esok cafe lu gua bakar . ceh , borak kencang .
pukul 8 lebih baru dapat makanan . and terpaksa makan laju laju tak sempat nak kunyah pat puluh pat kali macam biasa . sumbat telan je . then lari laju laju balik kolej , mengejar solat maghrib . lima minit before isyak baru kami dapat solat . macam pffftt .
sampai hati orang orang cafe aniaya I yang sedang ikhlas berpuasa :'(
tak nak kawan makcik cafe dah . merajuk 22 jam . 22 jam je la . pasal maghrib esok nak tak nak kena beli makanan kat situ jugak -,-''
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)