Spontaneous Thursday | How to be a Hello Kitty

1) wear this


2) wear pinky pink puih outfit

3) snap a picture of you

4) add some whiskers
for extreme effect , add some cat ears.

tadaaaa ~


 looooollll , ini entry mintak penampar .

maap maap maappp ~~~~
ngeee XD

Astaghfirullah...


Tiba tiba aku terfikir , apa motif aku kat sini ?
Di PASUM ni ?
mana pergi cita cita aku ?
mana pergi semangat aku ?
I just follow the flow and didn't make any effort .
Don't blame on anyone if you fail in the end Husna.
Jangan laghro .
Allah please help me :(
Show me the way back.

Unlucky

Assalamualaikum pembaca semua :)
Semoga kalian sihat hendaknya . Di bulan Syawal yang mulia ni , pasti ramai yang sudah habis berpuasa enam bukan ? Saya baru mula hari ni . Harap sempat habiskan :)  Sudah lama saya tidak menulis entry baru . kekangan masa menuntut ilmu , sendiri fahamlah . bila berkesempatan , InsyaAllah saya akan menulis walaupun sedikit . Oh , ini bukan janji palsu . Percayalah .


Eh ? Kenapa kalian buat muka pelik ?


Geli ?


Aku pon . wakakakakkaka XD


Hari ni mungkin hari malang sedunia . Pagi tadi aku terlambat bangun (untuk yang ke sekian kalinya). patut tulis terlambat bangun lagi . yes , itu lebih tepat . Makanya cepat cepat rushing pergi mandi . dan untuk keseratus pat puluh nam kali aku mesti akan merungut membebel sorang sorang dalam shower room macam mak nenek mengenangkan air yang keluar halui nau . macam bangang je bila orang tengah nak cepat air kecik nak mati . setiap hari pulak tu . memang mengundang kemarahan manusia sejagat . dah la kecik , jatuh betul betul atas batas . habis aku nak mandi macam mana ? macam ni la...


kene melekat kat dinding tu baru dapat air . haishh , ada aku hantar surat layang ni nanti . dah la toilet sebelah je yang boleh guna .

oh oh ! hari ni ada lab and test physic . for the first time experiment kami menjadi and aku dapat jawab test dengan baik . Alhamdulillah . first time tak sakit otak buat discussion untuk lab report . phew ~ tapi tak tahu lah pulak kalau test tu aku je feeling feeling macam boleh buat . sekali tengok tengok markah hampeh . bukan boleh caya sangat . hahaha . baik Dr Fakhrul buat soalan senang senang . ni yang sayang mario sharnaz lebih ni . hahahaha . lol .

eh ? apa yang unluckynya dalam entry ni ? -,-
ohh , yang unlucky nya hari ni aku buka puasa sedih gila . rasa macam invisible gila kat cafe hari ni . nak beli air mak cik indon tu asyik bagi orang lain dulu . yang baru sampai dah dapat . aku tunggu dah lama kot . sampai aku marah baru terhegeh hegeh nak layan . tu pun sampai orang dari ramai gila dah tinggal sikit. pffttt . pukul 8.40 baru aku dapat minum air . baru air , belum makanan lagi . makanan pulak dah sejam order tak siap siap . orang yang order kemudian dah lama kenyang sampai tersembul pusat . gua dah la nak bukak puasa . turun cafe awal boleh naik bilik solat terus . lu langsi ah sama gua . tengok esok cafe lu gua bakar . ceh , borak kencang .

pukul 8 lebih baru dapat makanan . and terpaksa makan laju laju tak sempat nak kunyah pat puluh pat kali macam biasa . sumbat telan je  . then lari laju laju balik kolej , mengejar solat maghrib . lima minit before isyak baru kami dapat solat . macam pffftt .

sampai hati orang orang cafe aniaya I yang sedang ikhlas berpuasa :'(
tak nak kawan makcik cafe dah . merajuk 22 jam . 22 jam je la . pasal maghrib esok nak tak nak kena beli makanan kat situ jugak -,-''

New wishlist

Abang Po please take note . muehehehehehehe :3

Stress Released

Assalamualaikum kesayangan semua 😍
so macam yang I cakap semalam , I baru je habis mid sem . hmm , and I don't think I did well :(
tak sanggup nak tunggu resut keluar . for sure hampeh gila . the one and only paper yang I rasa boleh buat dengan baik is only vector . one out of eight . kyaaaaaaaaa ~

so hari jumaat tu , habis je exam , budak budak pasum semua berpusu pusu pergi mid valley . nak release stress lah tu konon . belaka nak pergi tengok movie . conjuring pula tu . me ? ohoho , For sure lah aku tak kan pergi tengok conjuring . cara I release stress bukan dengan tengok movie . I just need a very long rest . coz sudah seminggu tak cukup tidur . maklum , study last minute . #tipspelajarcemerlang . so malam tu , memang I online and tidur je lah kan . tak de masa nak conjuring conjuring ni . dah la otak tengah serabut , tengok pulak cerita yang mintak terjerit jerit . boleh gila jadinya . (ceh ayat padahal penakut . hahahahahhaha)

semalam , baru lah I pergi berjimba . energy dah fully charged to the max , mana boleh duduk diam kan . lagipun cafe tutup petang tu makanya kami kebuluran . dah la tak makan dari tengah hari semalam . pffttt . kurus aku minggu ni . cafe asyik tutup je . lama betul makcik makcik tu beraya . yang bukak awal just makcik makcik indon je . mungkin sebab diorang tak ada saudara mara untuk diziarah . kesian...

so petang tu I and Najah pun pergi mid . Bukan Jannah okay , but Najah . aku ingat orang nama Jannah je ada problem orang terpanggil Najah , rupanya orang nama Najah pun selalu kena panggil Jannah . Haih homo sapien ni dah kenapa ? Jannah dengan Najah pun susah sangat . grrrr , tarik telinga baru tahu *bajet bajet cikgu tadika*

mula mula konon nak pergi tengok movie R.I.P.D . tapi tuntas , tengok orang beratur panjang nak mati macam tak ada harapan je . muka budak pasum pun ramai . coz hari jumaat tu ramai gila tak dapat tengok movie coz penuh . maklum , 2000 budak semua serbu mid , mau tak penuh ? semalam pulak sabtu , tambah lagi dengan orang lain yang semua yang berjimba . memang jangan mimpi lah nak dapat tiket .

so kami pun decide nak pusing satu mid and shopping . lepas solat and makan , kami pun start penjelajahan kami . puas aku tahan kentut satu hari sebab malas ambil wuduk untuk solat . haha . seksa tahu ! masa tengah jalan tu aku nampak ramai gila orang bawa beg vincci . siapa tak curious kan . so kami laju laju serbu vincci . rupanya ada rebate . and yang paling extreme , ada satu rak tu discount sampai 70% . banyak gila kasut under RM30 . yang paling gila ada satu kasut tu just RM15 . hoi mana kau nak dapat vincci lima belas hengget ??? aku dengan najah dah macam gila dah masa tu .
tapi biasalah perempuan , mana boleh nampak berkenan terus beli . wajiblah surver dulu semua kedai kasut yang wujud dalam mid tu . lepas tu kami cari Vern's . coz aku ada coupon RM10 . rugilah kalau tak jumpa . cari punya cari ghrupenye tak wujud pun Vern's dalam mid . sedih gilaa tahu . then sedar sedar dah maghrib . pergi pulak cari surau . sepanjang perjalanan ke surau tu pun berapa banyak kedai kami singgah . nampak sale je masuk . hahahha . tapi nama pun mid , sale dia tu.... uhuk... still mahal.. uhuk.. after sale harga jadi RM150++ . before sale ????? uhuk uhuk , fikir lah sendiri .

then setelah menahan nafsu coz dah termasuk F.O.S nampak banyak seluar cantik murah murah , masuk kedai ni nampak tu masuk kedai tu nampak ni , sebab dah tetapkan hati nak beli kasut . kami laju laju patah balik pergi vincci . hoi jauh bak hang tau satu kedai ke satu kedai . mid tu dah la sebesar besar alam . baru eksaited test kasut and fikir saiz apa .... tiba tiba...

"adik , kasut ni discount untuk yang ada member card je ^_^"

and we're like.....

"oh,, yeke.... :O"

dalam hati....

damn fuck shit . jom blah .

memang frust gilaaaaaaaaaaaaaaa . sebab frust , kami pergi bantai shopping macam macam untuk cover balik frust tak dalam kasut . nasib barang barang yang kami beli tu semua ada sale . and we're like ohohohhoho WIN ! aku dapat empat barang under RM40 . in MID VALLEY like wuuut .



mula mula pergi sox world . nak cari skin socks . comel gila dia bulat bulat kan socks tu and isi dalam balang . macam bola . tengok tengok harga RM10... baru nak frust tiba tiba baru sedar RM10 for five . and kami macam RM2 each ? O.O ???? *start diggin for colour like crazy*

socks balls !

lepas tu masuk heart attack . lama gila dah tak beli accessory . dulu kalau masuk mid mesti beli satu . sejak jumpa jalam tar, mid dilupakan . nasib dalam heart attack tu ad cincin and gelang yang tak ada dekat jalan tar. so tak ada lah rasa rugi beli . masuk masuk rupanya tengah ada sale . ada gelang yang dari RM50++ jadi RM17 . macam gila wey . last last aku beli satu gelang tu . ingatkan gelang tu tak ada discount rupanya ada jugak . masa bayar tu heart attack sekejap . hahaha . Najah lagi best , beli cincin 3 RM18 . sekali bayar RM12 je . RM4 each like wuuuut ??? menangis terharu kami keluar dari heart attack :')

dua puluh minit pilih last last aku beli yang ni . hahahaha .

last kami pergi the face shop . jalan pergi face shop tu pun kalau boleh nak merangkak je . pasal kami dah jalan non-stop dari petang . just stop bila nak solat . ke north ke south ke north balik . berapa kali tah ke hulu ke hilir . tapi demi eye shadow buy one free one , kami gagahkan jua kaki melangkah . eye shadow face shop kot . kiranya jadi RM10 je satu . share la sorang bayar sepuluh kan .



wuuuuuu bahagia gila rasa . hilang sakit hati dengan member card vincci . oh aku ada jugak masuk guardian beli mask. tu pun ada offer . dua tu RM7.50 tak silap . selalunya satu pat hengget lebih . try la mask tu , seriously best woi . tadi aku baru try yang honey tu . memang bau macam honey rasa nak makan je . lepas tu memang moist gila . wuuu sejuk je muka . aku beli tu pun sebab packaging dia ala hello kitty . dengan harapan kalau pakai jadi comel macam hello kitty . mujur hasilnya memuaskan walaupun tak 100% transform jadi hello kitty . 30% tu ada la . lol .

hari isnin nanti jangan terkejut lah tengok aku datang kuliah muka macam hello kitty pakai smokey eye shadow . hahahaha . ni reward untuk diri sendiri sebab dah jadi selekeh gila untuk seminggu . pergi exam hall baju tak iron , tudung pun tudung syria je . bawak pulak beg galas belakang sumbat air kat side tepi . heh , memang cun habis lah . hari jumaat baru aku iron baju and pakai shawl . sepanjang seminggu tu aku pergi exam hall dengan kawan kawan ika . so diorang tak pernah tengok aku yang normal terkejut tengok aku hari jumaat . diorang cakap nampak matured tetiba . hahaha . maaflah jadi budak sekolah seminggu .

P/s : ramai gila jeles dengan beg stud baru aku . ahahahahahahahaha *gelak bangga*
P/s lagi : rasa nak beli beg baru lagi -,-

Raya ?


woooooo , dah lama gila I tak update blog . punca ? busy . lah sangat kan . pui . haha . well actually memang busy pun . I baru je lepas habis mid sem . tahun ni raya paling hambar . raya ke empat I dah kena balik UM . raya ke enam start mid sem . wuuu , belum puas raya lagi . selaluya kalau time raya cuti dua minggu . aku boleh makan rendang sampai tersembul pusat . tengok semua cerita raya kat tv . ziarah semua rumah saudara mara yang selama ni tak pernah tau pun dia wujud . time raya baru muncul . hantu raya mungkin ?

but not this year.

dah lah raya first aku demam . so memang mood raya spoil habis .

 ni je gambar diri sendiri sendiri yang berjaya disnap . ni pun dah senja baru teringat nak tangkap gambar -,-

paksa hajik tangkap gambar coz he's so hot in baju melayu . tapi time ni dia dah cabut seluar . sebab tu gambar separuh badan je . haha . you should see him in full set baju melayu and songkok . sooooo cute >,<

 2nd raya . muka toya with pipi tembam sebelah yang terserlah . lilit shawl pun malas . and first time pakai jubah like lol . tak sempat nak pakai make up pasal abang po dah nak sampai rumah pagi tu . maklum lah , pwincess cuna bangun sangat 'awal' . so tepek bedak je lah laju laju .

raya kedua baru dapat tengok lubang hidung makhluk berlemak ni . maklumlah , raya first ada orang tu busy sampai tak sempat jumpa kita *ini ayat tacing . sila pujuk*


dan yang paling rindu , hajikkkkkkkk


yang paling adorable sekarang dia dah boleh sebut huruf 'L' . so kalau dulu kak yong , now dah tukar jadi kak lung. kak lung ok not kak long . and macam ada slang india sikit . it's like kalung *kasi tebal sama itu L*

already missed my room :'(

so that's all my raya story . so hambar . tahun ni beraya versi lain sikit . open house dekat exam hall . duit raya exam paper . lol . eh tak kelakar rupanya . ok ok , kita nangis . sob sob 

p/s : mid sem macam haram.

Aktiviti menternak lemak #2

Hari isnin lepas lepas lepas , habis je kelas terus i'olls pergi berambus cari lemak yang enak untuk diternak di perut . memandangkan lab petang tak ada coz bulan puasa , so konon kononnya kami nak pergi klcc lah . picnic di maghrib hari katanya . tapi tuntas semua orang banyak alasan . last last tiga orang je yang pergi . and kami end up di burger bakar abang burn .

hoi jenuh tahu cari kedai burger ni . semangat mengidam nak makan burger bakar sampai search dekat internet kat mana cawangan burger bakar abang burn yang terdekat .  so kami pun decide nak pergi cawangan di bandar sri permaisuri , cheras . dengar nama cheras tu bunyi macam jauh kemain . kawan kawan ramai tak nak ikut sebab dengar kat cheras . padahal jauh sikit dari mid je pun . bukan betul betul sampai cheras pun lagi .

and at last , kami jumpa gerai burger bakar abang burn . yeeehaaa . siap snap ambil gambar and post dekat group whatsapp dengan harapan mereka mereka yang tak ikut rasa kempunan .


tapi ghrupenye kami datang awal sangat . baru pukul lima lebih kot time tu ! orang kedai pun belum set up meja -,- so kami bazirka masa yang ada dengan pusing pusing bandar dan selca . sangat seronok :D




mempersembahkan..
Al-Lazat . sedap weh . dengan cheese melimpah ruah , ayam percik di tengah . nyumm . kalau korang nak , cepat cepat pergi burger bakar abang burn hari ni . al lazat ni available ONLY in ramadhan ok !
 meatball . peh , kecur teringat kesedapan sos blackpepper dia . habis mid sem nanti nak pergi makan lagi !



 ini muka lapar tunggu azan . hahaha




before and after . kekekekeke

lakonan semata mata..

realitinya.... 
=..=''


hahahaha . memang seronok post entry pasal makan tengah puasa ni . lapaqqq !