SPM tinggal kurang dari sebulan je lagi . and PMR dah start esok . oh , btw , good luck kepada PMR candidates . chaiyok chaiyok ! you can do it ! senang jer !
eh , over pulak . huhu
so , selama 27 hari ni , please . please . please . jangan nakal . jadi budak baik . duduk rumah elok elok . jangan main kejar kejar . jangan pergi ronda ronda petang petang . jangan buat eksperimen gunung berapi . jangan panjat gunung . serta jangan makan racun tikus .
kesihatan anda amat diperlukan untuk menghadapi SPM
kelmarin kawan princess teddy dah accident sorang . patah silang . wuuu , sadis . lagi sadis , tangan kanan yang dia biasa guna untuk menulis tu patah . then , macam mana nak menulis ? dah lah kompom tak datang sekolah dah bila dah patah liuk macam tu . dan lagi sadis , apabila memikirkan motor purple dia tu . apalah nasib motor tu agaknya . dah la comel . dari body sampai ke tayar purple . jeles nye . walaupun princess teddy tak minat purple . tapi tetap jeles . tak kira .
ehh , apasal risau kat motor pulak ni ? aku bukannye pandai bawak motor pun . risau kat member lah ! ok ok , set mind balik . kesian Faiz .
so , terpaksalah dia tunggu je tangan dia tu pulih semula . or else , terpaksalah dia duduk goyang kaki sambil mengarah je time SPM nanti . di saat orang lain terketar ketar tangan menulis , di saat ada orang menjerit dakwat pen habis lupa nak beli baru , di saat jari jemari kanak kanak lain terseksa dipaksa menulis dengan laju . tapi dia pulak.....
"okay , encik pengawas tulis ya . Marcapada , meniti dari bibir ke bibir segenap lima penjuru dunia... eh , silap silap . potong potong . empat penjuru dunia memperkatakan tentang gelaja sosial dalam kalangan remaja . eh , potong potong , gejala . eh , yeke ? potong , tulis balik gelaja . eh , mana satu ni yek ? ermm , apa lagi yek . encik pengawas ada idea tak ? "
wahh , heaven ! tapi heaven tak heaven , actually aktiviti heaven goyang kaki mengarah orang ni akan membuatkan pemikiran jadi sempit . idea tak berkembang . nak suruh pengawas tu potong banyak kali pun segan . karang ada pengawas tu potong semua sekali . baru padan muka .
haish , konklusinya , jagalah kaki , tangan , mata , telinga serta otak anda dengan sebaiknya selama sampai habis SPM ni . lepas SPM nanti nak buat eksperimen telan mercun letupkan otak lantak kau lah . ohoho . jangan la jadi sampai macam ni . nak SPM pun susah . kena pulak girlfriend esok nak PMR . gone gaya . dua dua tak tenteram . nasib .
cikgu cakap , malang tak berbau . tapi princess teddy bau perfume silkygirl sugar + bedak baby johnson blossom + sabun cap ayam + plus syampoo kelapa dan orkid bagus untuk rambut + nivea + minyak rambut baby johnson lavender = bau syurga . siyes bau syurga macam ni . tak tipu . sebab , my name is jannatul that means syurga . so bau jannatul = bau syurga lah kan ? ada siapa mau bangkang ? see you in court ! sebarang surat menyurat tidak akan dilayan . bhahaha . saya gila .
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)