Romantaik









Di usia 21 tahun dan 8 bulan, aku sedar dan yakin yang romantik tu bukanlah suatu sifat semulajadi tapi sesuatu yang dipupuk sejak kecil. Trust me, I'm a princess. eh tetiba.


Aku dikurniakan dengan dua orang parents yang paling tak romantik di dunia. Seumur hidup aku, aku tak pernah dengar parents aku panggil sayang ke, darling ke, baby ke, honey ke, sugar ke, vinegar ke, semua tak pernah. ibu panggil ayah 'abang' dan ayah panggil ibu syimah. dan aku tak pernah dengar diorang cakap i love you sesama sendiri. like, ever. they don't do surprises, no flower or gifts, and diorang tak pernah keluar dating berdua. I guess sebab tu bila aku mintak nak keluar dating dedua macam triggered gila, bunyi macam aku mintak nak kahwin lari.


Kalau yang macam ada effort sikit nak beli kek or beli hadiah ni ibu je. tapi lama lama ibu pun dah malas sebab ayah buat dek je hahahahaha sadis. well, tapi walaupun dorang tak romantik tapi rasanya tak ada lagi bergaduh teruk sampai nak lari rumah bagai. paling paling pun gaduh mulut tapi sejam kemudian macam takde apa apa jadi. so i guess it's fine then, if you're not romantic.


tapi secara tak langsung, aku pun terbiasa dengan persekitaran yang tak romantik ni. which i really wish I don't. At least aku sejenis manusia yang sukakan surprise and gifts. aku akan cuba untuk celebrate or bagi hadiah dekat semua kawan kawan aku sebab bila dekat rumah semua benda ni janggal. but one thing yang paling aku menyesal is aku dah terbiasa untuk tak luahkan apa yang aku rasa. like i said, parents aku tak pernah express their feeling towards each other. at least in front of us. so aku pun tak pernah express aku punya feeling kat sesiapa. i never say i love you to my mom or dad, which is sad. aku sangat sangat jealous bila aku dengar kawan kawan aku on call dengan parents or boyfriend diorang and dengan senangnya cakap i love you or rindu like those are nothing. sebab bagi aku untuk cakap dua benda tu adalah sangat sangat berat dan susah.


so hari ni, aku nak buat list untuk future family aku;

1. I will force my husband to buy me flowers with a card on our anniversary. No flowers with card, aku akan mogok tak nak masak tak nak buat kerja rumah seminggu.

2. I will force my family members to say 'i love you' to me before they go to bed every night.

3. Every birthdays and important dates must be celebrated.

4. Hug and kiss my kids more even when they grow up. 

5. Call my husband and kids with cute names.

6. Be romantic in front of them kids. tapi takdelah sampai bercumbuan di meja makan hahahaha.

7. Have a date night at least once a month. Bebudak tinggal kat rumah tengok tv, mak dan pak hang nak pi candlelit dinner.


eh cukup lah tu 7. buat list panjang-panjang sekali dapat husband bapak gila tak romantic pun tak leh jadi jugak. aku ni pun dah la memang tak romantic, eii memang tak la nak bersweet sweet sensorang khen. okay sekian. nanti sesiapa tolong ingatkan aku, lepas kahwin nanti(which is maybe in another eternity lol) buka balik entry ni, print list ni dan tampal kat pintu fridge. Adios.

A Night Owl





I am always a night owl; i.e. i stay awake late at night and wake up late in the morning afternoon. even since dari aku kecik pun aku memang jenis bangun lambat, even tidur paling lewat pukul 12 malam. i never wake up at 7 a.m. like any other kids. and i never understand why kids wake up so early and ajak you main with their toys so damn early in the morning. aku ingat lagi masa kecik kecik dulu kalau aku ada fav show kat tv, ibu yang akan kejut aku bangun semata mata untuk tengok kartun. well, kalau kartun tu pukul 8 pagi, chance untuk aku bangun tu 50-50. kalau pukul 9 pagi macam cerita dragon ball tu, aku bangun, tapi lepas habis kartun aku akan sambung tidur balik. welp, i guess i'm just not a morning person.

tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni...... atau lebih tepat since bulan puasa yang lepas, so maknanya dah tiga bulan? or maybe more actually..... aku punya level of night owl tu dah di upgrade ke tahap super saiya. upgrade macam mana? upgrade kepada tahap yang aku rasa pukul 3 pagi tu masih awal. rasa macam baru pukul 10 malam. pukul 5 pagi baru aku rasa mengantuk. dan most of the days aku akan tidur lepas subuh, sebab aku tahu once aku tidur, memang susah nak bangun dah. dan semua ni terjadi WITHOUT the help of any caffeine.

How you asked? (kalau tak tanya pun eh lantak la aku nak bagitau jugak)
Ini semua berkat tests, assignments, FYP dan final exams :)

semester 6 is the hell-est out of all the other semesters in my degree years (i think). walaupun aku cuma ada 5 papers, (ya 5 tu dikira sedikit ya. masa second year aku terpaksa ambik sampai 8-9 papers) tapi semester ni lah yang aku rasa paling busy. sebab setiap satu subjek tu ada 2-3 orang lecturer yang mengajar. dan setiap sorang lecturer tu mesti nak bagi tests dan assignments mereka sendiri. so eventhough aku cuma ada 5 subjek, kau darab lah dengan jumlah lecturer yang ada. itu belum tambah dengan lab-work dan lab report lagi. dan belum tambah lab-work untuk final year project lagi. yes, final year project, FYP. nightmare setiap mahasiswa. FYP aku berjaya disiapkan di saat saat terakhir. sebab compound yang aku sintesis tu susah nau nak jadi. dan aku seperti biasa dengan sangat bijaksananya berjaya menangguhkan aktiviti menulis thesis aku yang patut aku mula tulis sejak sem lepas, kepada 2 minggu terakhir :)

yes, i did spend only 2 weeks writing the hell out of my damn thesis. itupun sebab supervisor aku tetiba je "You've start writing right? I wanna see your thesis draft by this friday okay!"
and I was like...."Yeah i have....... okay :) *fake smile i krai inside*" and it is already tuesday. and guess what, aku ada tests berderet setiap hari sepanjang minggu tu. lucky me, aku ni adalah sejenis manusia yang works best under pressure, so i mananged to finish my 100 pages thesis on time while also buat other lab report and study for tests. oh, and aku berjaya buat aku punya slides untuk viva presentation also in one night, right after i finished my final edits for the thesis. and as i said i work best under pressure, i did. my supervisor and examiner said my thesis is apparently really detailed and i totally slayed my viva presentation. yeay me! dan akhirnya, segala penat lelah dan sumpah seranah ku berhasil and i got A+ for my FYP hahahahaha. sorry guys. kalau tak berbangga diri dekat blog sendiri kat mana lagi kan. karang kalau aku nak bangga bangga depan kawan kawan karang kena maki pulak.


dan sepanjang 2-3 minggu tu memang hari hari aku tidur pukul 4 pagi. dan itu baru permulaan. then kita sambung pulak dengan study week. disebabkan study week aku masa bulan puasa, so aku decide untuk tak tidur dan study sampai subuh. so that aku akan still berjaya untuk bersahur dan subuh. well guys, korang jangan fikir aku ni jenis yang study macam hardcore pulak. sebab aku boleh study sampai subuh ialah:
1. roommate aku kristian so memang tak ada siapa nak tolong kejutkan aku sahur dan subuh.
2. aku ni tidur awal pun bangun lambat tidur lambat pun bangun lambat so alang alang baik kita tidur lambat.
3. mood study aku cuma akan datang pada pukul 2 pagi. so sepanjang petang, aku cuma pura pura study untuk sedapkan hati. dan sepanjang malam, start dari pukul 9 malam or so, memang aku duduk dekat meja study bukak nota, tapi sebenarnya aku habiskan 80% masa aku dengan scroll phone dan tengok drama. pukul 2 pagi baru aku akan sedar yang sejak pukul 8 aku baru baca satu page dan dapat kesedaran untuk betul betul fokus study.


dan habit tidur lepas subuh ni berlanjutan saaaaampai lah ke hari ni. and i really need to fix this. kelmarin aku cuba untuk tak tidur langsung, so that kononnya supaya nanti aku mengantuk awal sikit. so tidur awal and bangun awal. tapi bukan itu yang terjadi. i was awake yesterday until about 1 p.m. then aku dah start mengantuk. aku berjaya tahan diri sampai dalam pukul 5 macam tu je. then aku tertidur. aku tersedar pukul 8 malam. lepas tu aku tak ingat apa yang aku buat, tapi aku sambung tidur saaaampai pukul 1 pagi. and i'm super awake. yang mana kalau ikut plan aku, aku patut jadi super sleepy at 1 a.m. tapi yang jadi ialah sebaliknya. so i cant sleep until subuh and (which is normal) dan akhirnya tidur lepas subuh jugak. dan tetap bangun lambat hari ni. hahahaha.


so how guys? I think I legit have insomnia now.