PROTIP



Dear girls,
Don't wear all white attire on your expected day of... you know.
Especially without wearing any 'protection'.
Just.....
Don't.



I need a hug




Can someone just hug me and say "Husna yang comel , I know you can do it. Fighting!"






Photobucket
Sometimes 
the unexpected call
 at 2 a.m. is 
all 
need.

Productive Saturday

Assalamualaikum :)

Tajuk di atas tu hanyalah perancangan. Namun, Allah menentukan. muehehehehe . dan seperti yang korang semua boleh teka , yes hari ini sangatlah tak produktif .

Hari ni aku bangun tengah hari dengan sore throat . aiyakk , tanda tanda nak batuk ni. better cegah sebelum melarat ! kata seketul Husna di dalam hati . tapi 437692 saat kemudian aku pergi cafe dan minum air berais . 9276 saat kemudian aku pergi mencekik ais krim milo pulak. hey , bila nak makan ubat batuk nye ?

Perancangan hari ni memang cantik . kononnya.... kononnya lah . aku nak bangun pagi, lunch , pergi library untuk siapkan assignment medicinal yang due dah makin dekat . heh, lecturer dah bagi assignment ni  berbulan lepas tapi of course , weekend yang terakhir baru terhegeh hegeh nak buat. and then malam ni nak pergi tengok movie . acah acah reward la untuk hari ni super productive ni.

tapi malangnya, aku celik mata pun dah tengah hari . siap mandi mandi semua pun dah nak pukul 2 petang . and then pergi lunch pulak . makan makan makan eh dah pukul 2.30. tetiba perut dah kenyang aduhh rasa malas pulak nak pergi library... mata pulak dah mengantuk . maka dengan saki baki motivasi yang ada , ku gagahkan jua diri ini untuk bergerak ke library . gigih masa makan tu tak tanggal tudung sebab takut nanti malas nak pakai balik. padahal makan dalam bilik je pun.

terus aku pun sumbat laptop kertas pen semua dalam beg, capai kunci kereta (ya, sekarang aku bawak kereta kat uni. ohohoho) dan blah . jam dah menunjukkan pukul 3.30 lebih. pumpangpumpangpumpang sampai lah library.... baru lah terasa macam student life sikit khennn , weekend lepak library.. which is tak pernah terjadi kat aku sepanjang umm,, berapa tahun aku hidup kat sini. sempat lah selfie dekat dalam lif baru library. ahaks


urm , apa kata kita semua cakap cermin ni cermin murah dan buat aku nampak sedikit 'berisi'.


dan 0.8 milisaat kemudian tetiba pintu lif terbukak dan aku cepat cepat pusing belakang dan nampak dua tiga ketul manusia yang separa tersengeh sebab nampak aku kantoi selfie dalam lif . lalu aku cepat cepat keluar. demit.



ok misi wow-Husna-pergi-perpustakaan hari ni adalah untuk cari buku yang ada perkataan salbutamol di mana mana muka surat di dalamnya dan start buat assignment medicinal ni walaupun sedikit . aku pun memulakan misi mencari buku dekat rak rak buku . wahh aku baru sedar banyak gila buku pasal medicinal kat sini . pasal chinese herbs , ubatan tradisi melayu , khasiat sayur , eh banyak lah . menarik jugak . tetiba terfikir best jugak en kalau ambil course pharmacy atau medicine . dan tetiba bersyukur tak ambil sebab banyak gila buku nak kena baca dan banyak gila nama ubat kena hafal .

sambil sambil aku belek buku , tetiba berbunyi...

ding-ding-ding-dinggg

"perhatian. perpustakaan ini akan ditutup dalam masa 15 minit . semua pengunjung di minta keluar."

dan pap pap pap... satu satu lampu dekat area rak buku tu ditutup dan aku terkebil kebil dalam gelap . dalam samar samar tu aku pun meraba cari phone yang tadi entah aku letak kat mana dan terus kutip apa apa je buku yang aku terkeluar kan dan letak atas lantai dan terus blah dari situ. so aku pinjam je semua buku yang super berat tu . entah lah tu buku pasal apa aku pun tak tahu. dah tuuuuuu aku baru nak merasa nikmat aircond library , baru 15 aku kat dalam tu dah kena halau balik. nasib baik aku datang naik kereta . kalau aku datang jalan kaki, naik bas bagai memang dah mencarut jugak kat situ rasanya.


so nak buat macam mana kan . I've tried . tapi takdir menentukan . lewls . so aku pun terus balik , cabut tudung , tukar baju dan sampai sekarang masih golek golek atas katil . assignment ke mana , aku pun ke mana .

sekian sahaja bebel-bebel-bersama-Husna untuk hari ini . kbye.


Photobucket


meninggalkan itu.... tak sesakit ditinggalkan.

sebab itu pilihan,

bukan penerimaan dalam keterpaksaan.