Kentangku dikebas


Assalamualaikum :D


Jika anda semua keliru dengan tajuk entry ini , sila teruskan kekeliruan anda . kerana aku juga masih keliru dengan peristiwa yang berlaku tiga hari lepas.....


nak dijadikan cerita , aku tengah dalam bas nak balik rumah sempena cuti raya cina . bas aku pukul 7.30 malam so sebelum naik bas tu aku sempatlah beli McDonalds untuk dijadikan dinner . sila jangan kecam aku for eating McDonalds . memang lumrah rakyat Malaysia bersifat hangat-hangat tahi angsa dalam bab boikot memboikot ni. walaupun aku foreigner (warganegara Husnaland) aku tetap tergolong dalam golongan yang warm-warm (hangat-hangat) tu . nak kata cool tak lah cool sangat tapi boleh lah , nak kata hot macam tak sampai level hot je so warm lah . ihiks . eh apa aku mengarut nih.


walaupun bas pukul 7.30 malam tapi bas tu gerak lambat sikit . maybe driver bas solat maghrib dulu kot . disebabkan aku air batu campur aku pun gunakan masa tu untuk menketedarah sebelum hari gelap . nanti susah nak makan . kebetulan hari tu sikit pulak orang dalam bas and sebelah aku serta dua lagi seat kat belah sana tak ada orang so berbahagialah beta bersama kentang kentang beta . tetiba tengah syok syok aku makan kentang ada sorang mamat ni datang dan demmit seat dia sebelah aku . tapi sebab masa tu aku ada letak barang barang atas seat sebelah so that dia pun duduk je dekat seat belah sana sebab tak ada orang . so there's some awkward moment like...

"eh..."
"ohh... seat..."
"opss, takpe.."
"eh , oh. duduk sana"
"yup"
"okay"
"okay"

erm . meh.....
maka aku pun sempat senyum as tanda hormat dan terima kasih sebab dia tak menyemak sebelah aku selama 3 saat lalu sambung makan fries . tapi aku perasan mamat tu macam pandang pandang aku so aku sedaya upaya cuba berlakon tengah focus makan fries...

okay Husna , keep eating . abaikan dia . jangan pandang dia . tolonglah jangan tegur aku . aku tak ada mood nak bersuai kenal sekarang . aku nak makan . cool Husna , pandang luar tingkap . teruskan menyumbat kentang dalam mulut. yeah , kipidap , dongibab !


tetiba aku dengar mamat tu dok panggil panggil aku . dan dia bertanya , 
"balik jengka ke?"
"aah."

lalu aku pun terus pandang luar tingkap balik menandakan this is the end of our conversation . tutttt tutttt tutttt....
dan tiba tiba.....
mamat: bak sini tu.
aku: hah ?
mamat: tu.. kentang tu.
aku: kentang.....? *hulur dengan ragu ragu*

O M G . DID HE JUST CASUALLY ASKED FOR MY FRIES ???? WHAT THE HECKKKKKKK

setelah makan dengan muka selambernya mamat tu pun akhirnya pulangkan balik kentang aku . lalu aku pun sambung makan... suasana menjadi awkward.... aku teruskan makan... dia pandang aku... aku pura pura tak tahu... dia keep pandang aku... lalu aku pun hulur balik kentang tu kat dia... well , parents aku ajar sharing is caring . and I'm trying to be polite. terus mamat tu pun sambut dan makan kentang aku dengan muka tak malunya..... dan aku tunggu... dan tunggu...... dan tunggu.... nope . dia tak pulangkan fries aku dah . can you even believe that just happened ???

a stranger just ate my fries . dah lah tak cakap thank you . and dia even tak duduk sebelah aku pun ! dia duduk dekat seat belah sana kot ! agak jauh kot untuk kau mintak fries dari orang yang kau tak kenal . maka dengan itu aku terus gulung bag kertas McD aku and sumbat dalam bag . tak nak aku bukak burger pulak , takut dia mintak lagi . lepas tu dia pun start tanya tanya soalan klishe : dari mana , umur berapa , duduk mana , cuti berapa hari , bla bla bla.....

aku cuba sedaya upaya untuk bagi jawapan tanpa huraian (memandangkan aku ni seorang yang suka explain something berjela-jela) untuk menunjukkan yang aku tak nak sembang dengan dia tapi dia still tak faham bahasa . malah aku pakai earphone dan pandang luar tingkap , dia still panggil aku dari seberang sana untuk borak . urghhh . soalan paling tak ada modal sekali ialah eh lampu belah sana elok tak ? *sambil tetiba bangun picit picit suis lampu atas dia* sepanjang aku naik bas aku tak pernah nampak orang bukak lampu sebelah aircond tu okay.......


dan akhirnya dia pun bertanya soalan yang paling aku takut sekali : nak duduk sebelah boleh?


dengan tahap kelajuan 5 km/h aku pun terus geleng kepala tanpa berfikir walau 0.017 milisaat sekalipun . mampus kau lah ni memang seat kau sekali pun . seat lain banyak lagi kosong . duduk seat seberang pun aku dah tak selesa apatah lagi kalau kau duduk sebelah aku . hamagad , bij no !


dan itulah tiga jam perjalanan yang paling tak selesa bagi aku . sebab aku sepanjang masa cuba berlakon pandang luar tingkap sampai sengal leher aku , dan pura pura tidur setiap kali mamat tu pusing badan hala ke aku sebab aku tak nak dia tanya aku apa apa soalan lagi . ditambah pulak aku nak terkencing gila babs tapi nak bangun pergi depan suruh pakcik driver berhenti mana mana RnR malulah pulak . dah lah mamat tu duduk kaki terlunjur kat laluan tengah tu . susah aku nak keluar . haishhh


kusangkakan dia dah stop rupanya tidak . before dia turun tu dia sempat mintak nombor aku . ohoi memang tak lah aku nak bagi . I mean , aku appreciate effort dia . sebab cuba buat conversation dengan aku . but you just ate my fries . so minus 100000 marks for you . setelah bertekak selama lebih kurang lima minit...

cepatlah saya nak turun dah ni . apa nombor?
tak nak....
cepatlah
tak nak.
boleh lah *hulur phone*
taaaakkk nakkkkk !

*ulang scene di atas sebanyak sepuluh kali*

akhirnya dia pun give up minta nombor aku . tapi masih belum give up sepenuhnya...

mamat: nama awak siapa ?
aku: Husna.
mamat: Rusnah?
aku: Husna....... *bij kau ingat aku hidup zaman bila nama Rusnah . kau sebijik macam nenek sedara aku selalu terpanggil aku Rusnah but she's freaking old so dimaafkan*
mamat: balik hari rabu kan?
aku: yekot
mamat: okay.. hari rabu tau . bas pukul 6
aku : *angkat bahu je*
mamat: rabu pukul 6 tau . saya tunggu. *lalu turun bas*


lalu berakhirlah kisah kami di sini . nope , ini buat novel yang boleh diadaptasi jadi cerita pukul 7 malam tu . so aku tak naik bas hari rabu pukul 6 . sekarang dah hari khamis jam 1.51 pagi dan aku masih dirumah  . esok parents aku hantar balik UM . hahahaha padan muka kau .

dan dengan ini , aku akan tukar motto hidup aku dari *umm sebenarnya aku tak ada apa apa motto pun* kepada

Fries Before Guys


ya , guys tu termasuklah awak ya Abang Po . Fries nombor satu . awak nombor dua . kalau awak jatuh sambil bawak fries , saya akan selamatkan fries dulu . kalau dua dua tak sempat diselamatkan , saya akan meratapi fries yang jatuh tu dulu . awak boleh bangun sendiri .
Photobucket