Movies of the month

Assalamualaikum :)


Aku ni sejenis manusia yang jarang tengok wayang . sebab aku selalu rasa tengok wayang ni membazir . sebab boleh tengok free je kat internet . hehe . tapi bulan ni , entah mood apa datang , rajin betul aku tengok wayang . sampaikan last week aku pergi tengok wayang sorang sorang , pagi pagi weekday pulak tu . memang tebiat sangat -,-'


so ada dua movie yang aku rasa tak rugi kalau korang tengok


#Pitch Perfect 2

first , of course lah Pitch Perfect 2 . cerita ni memang gua nantikan sejak tahun lepas lagi . finally keluar jugak . phew . tahap lama menunggu tu kalau aku simpan bulu ketiak rasanya dah boleh sikat and ikat buat tocang dah . hahaha . nasib baik hati terubat pasal dapat tengok awal . released date 14th May tapi aku dapat tengok 9th May. pasal apa GSC tayang awal , gua pun tak tau.

cerita ni memang sumpah lawak . kalau korang tak pernah tengok cerita Pitch Perfect 1 , memang rugi . better tengok yang first dulu baru tengok yang second . tapi aku boleh jamin memang tak kering gusi lah tengok cerita ni . walaupun aku tak faham kenapa tak kering gusi . sebab selalu kalau aku ketawa lama lama tayang gigi nanti gusi aku rasa macam kering sebab terdedah . tapi dia agak banyak lawak kotor aka kuning so maybe adik adik yang belum mumayyiz tu tak boleh tengok kot . dan seperti biasa , movie yang kedua ketiga dan seterusnya memang takkan dapat lawan best yang first punya . basically movie ni pasal kumpulan Barden Bella ni diorang kena band pasal ada accident something (tengok sendiri kalau nak tahu) . So diorang tak boleh ambil ahli baru and akan dibubarkan kalau diorang tak dapat clearkan nama baik diorang semula . and cara nak clearkan tu , dengan menang pertandingan acapella antarabangsa . tapi si Beca ni pulak senyap senyap pergi buat internship dekat company music . so macam ada conflict commitment lah kat situ .


tapi aku agak hampa sebab macam tak ada banyak nyanyi nyayi macam yang first punya . yang first punya aku impressed gila kot . and Pentatonix yang digembar gemburkan ada dalam PP2 rupannya just ditayangkan selama 2-3 saat . and tak de pun tayang diorang punya performance . sobsob .

so aku rasa , aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ni.



#The Age of Adaline



cerita ni pasal kisah hidup si Adaline ni . Dia ni asalnya normal... hidup bahagia kahwin dengan engineer and ada anak satu . then suami dia mati . and one day ni , masa dia drive , dia accident and masuk dalam tasik . then jantung dia dah berhenti berdegup tapi tetiba kereta dia kena sambar petir and dia pun kena sekali . so dia ni macam terhidup semula sebab kena kejutan elektrik . tapi after tu , dia stop aging . tak tua tua sampai ke sudah . sampai anak dia dah tua kerepot pun dia awet muda lagi . hoi best betul . tapi lama lama orang pelik and nak tangkap dia untuk buat bahan uji kaji . so dia ni hidup larikan diri  . setiap 10 tahun dia akan pindah and tukar identiti and nama . then one day ni dia jumpa sorang laki ni and jatuh cinta . haa bermula la drama cintun . hahaha . pasal si Adaline ni takut nak bercinta , pasal nanti dia kena lari jugak.. so kalau nak tau apa jadi lepas tu , tengok lah sendiri . kat tengah tengah nanti ada plot twist yang baik punya .


cerita ni agak slow , sebab genre drama . tapi best lah bagi aku . bagi kengkorang yang suka movie genre drama , cerita ni mungkin boleh dapat 4.5/5 bintang .



sekian sahaja entry oleh pengulas movie terhebat abad ini . terima kasih .


Photobucket

Junior

Assalamualaikum


Sorry dah seminggu lebih tak update blog . aku super busy and not feeling so well sepanjang minggu ni . but now I'm alright :)
So weekend ni , kekanaks PASUM untuk batch 15/16 I supposed ? dah pun selamat mendaftarkan diri . so maybe esok start lah diorang punya orientation week aka MHS . good luck adik adik ! habislah korang... muehehe . siyesly , MHS PASUM adalah salah satu minggu orientasi yang paling seksa aku pernah rasa . but well , bila dah habis nanti , benda yang seksa tu lah yang jadi salah satu kenangan manis .


bila tersedar fact yang dah dua batch PASUM after batch aku , tetiba rasa macam tua sangat . siyesly though, aku rasa macam baru sangat lagi habis PASUM . rasa macam baru je masuk degree . tapi sedar tak sedar aku dah nak habis first year dah pun . lagi sebulan aku habis sem ni . and akan start second year . setahun tu langsung tak terasa . patut lah dulu lecturer aku pernah cakap , zaman bila kita tak sedar masa berlalu is zaman belajar . busy sangat dengan assignment , dengan final exam, bila balik kampung cousin cousin pun tak tak kenal . tak ingat pun eh sejak bila budak ni wujud ? rupanya baby yang dah besar .


haih , dulu aku rasa macam lamaaaanyaaa nak habiskan degree ni . tiga tahun setengah . tengok tengok... eh , dah tinggal lagi dua tahun setengah . so rasanya I really should use my university time to the fullest . tak nak lah nanti tetiba dah habis degree . tapi rasa macam tak dapat apa apa pun yang berharga dari tiga tahun tu .


cakap pasal asasi , rindunya dekat kawan kawan masa asasi dulu . zaman asasi mungkin macam hell sikit sebab kena belajar banyak gila subjek killer dalam masa yang sangat singkat . tapi kalau boleh ulang , aku nak ulang . sebab aku rasa zaman asasi lah zaman aku paling rindu . walaupun aku tak ada banyak kawan , tapi kawan yang sikit tu lah yang buat aku tau hargai orang . tak judge orang berdasarkan penampilan dia . and ada classmate yang best . walaupun pada mulanya aku rasa macam aku tak boleh nak fit in dengan diorang . aku rasa macam aku selalu kena tinggal . tapi bila dah nak habis tu , baru lah aku rasa macam ok sikit . and ada jugak kawan kawan sekelas dulu yang tak rapat sangat tapi bila masuk degree sama sama baru makin rapat .


paling aku rindu mestilah my ex-roommate . aku rasa dialah kawan yang aku rasa paling selesa sepanjang asasi dulu . dia lah orang yang buat aku rasa seronok duduk dekat um . kawan mereput dalam bilik sama sama . walaupun mungkin dia senyap senyap tak suka aku sebab aku annoying , tapi aku tak kira ! dia kena suka aku jugak ! sebab dia pun annoying . lol . tak pernah lagi lepak keluar dengan dia after asasi . dua dua busy memanjang . but we still contacting each other . Ika if you're ever happen to read this , please datang sini . I miss you..


ehem... maaf jika perenggan di atas kedengaran agak lesbian dan geli geleman sikit .


degree ni alhamdulillah I've found some weird people to make friend with. haha . so tak ada lah aku forever alone sangat pergi kuliah sorang sorang je kan . but yeah , aku belum jumpa orang yang boleh buat aku overly attached with . adalah yang rapat , but not that really rapat yang kalau aku jumpa something funny aku akan terus snap picture and send to them . or kalau aku bosan aku akan tangkap gambar muka buruk and send to them . or mention them if i found something funny on twitter . or shout at them "woiii aku laparrrrr ! feed me !" when I'm hungry.

you know you're officially my close friend when I start to do all that stuff with you . and mention your name to my family when I kutuk uolls kat rumah , not mention you as "ada kawan una tu kan..." .


and here it is . another long entry of aku membebel pasal kengkawan . padahal tajuk entry junior . puih . sorry guys . I just hate when I've always lost all my friends setiap kali aku masuk fasa baru . dulu kat sekolah ada Abang Po and Cik Naga . masuk asasi diorang dah tak ada . then dapat kawan baru , pun sekarang dah tak ada bila aku masuk degree . so sekarang kena cari kawan baru lagi . It's harder to make new friend when it comes to me . sumpah aku jeles dengan orang yang masuk masuk degree terus dapat geng yang boleh in gila . hmmmph..

Photobucket

Tips : Macam mana nak jadi lebih manusia

Assalamualaikum


Sebelum aku taip entry ni , banyak kali aku fikir adakah aku patut ? apakah ada kebarangkalian alien di luar sana sedang baca blog aku dan kemudian datang ke bumi dengan jelmaan manusia . atau adakah ada haiwan haiwan yang dah bermutasi sedang scroll entry ni untuk tau macam mana diorang dapat berevolusi jadi manusia ? dan adakah korang akan buat muka macam ni =..=' depan laptop sambil memikirkan what the hell yang pompuan ni merepek dan kenapa aku masih baca entry ni ?


/first/
be wise
kadang kadang manusia ni ada sifat ingin menunjukkan kebolehan terpendam . nak tunjuk kita paling hebat . tapi kadang kadang sifat tu terlebih extreme . maka wujudlah manusia yang cuba buat world record dengan cuba benda pelik pelik yang boleh mendatangkan kesan buruk pada mereka . 

/second/
jangan over
dalam hidup aku , aku paling menyampah dengan orang yang over. macam kau gelak ketawa melampau sampai mengganggu orang lain . ataupun kau terlalu desperate untuk tonjolkan diri kau sampai orang semua macam "eee muka dia ni lagi . dah dah lah tu". dan selalunya orang over ni dia selalu tend untuk jadi gila kuasa . kalau boleh dalam semua benda kau nak jadi ketua . padahal orang tak suka ?


/third/
get some sense of humor
hidup ni terlalu singkat untuk kau nak serius je memanjang . muka ketat doplohpat jam . tak boleh buat lawak langsung . dan orang pun akan tend untuk takut dengan kau . tapi paling aku tak suka orang yang jenis suka bahan orang . time dia buat lawak , kemain . tapi bila orang buat lawak pasal dia , terus tarik muka .


/fourth/
consider other people 
kalau kau nak buat something , tolong.... tolong fikirkan orang sekeliling kau . adakah mereka selesa ? contohnya kau smoke dekat bus stop . mungkin orang lain yang duduk kat situ tak selesa . dah nampak orang tutup tutup hidung tu silalah faham bahasa . lagi , species sembang kuat atau dengar lagu kuat kuat . kalau kau duduk kat tempat lapang tak apa , tapi kadang kadang bila duduk sebilik dengan kawan kawan yang tengah nak study , jangan lah bising bising kan ? lagi , yang aku pernah kena.. aku tengah makan , tiba tiba ada manusia sembur pewangi sekililing aku . kau faham tak lubang hidung dengan mulut tu bersambung . dan kau dapat rasa apa yang kau hidu . kau ingat aku suka makan lauk ayam perisa lavender ?


/fifth/
be kind
kadang-kadang kita tak sedar benda baik yang kita buat tu walaupun kecil tapi dapat buat hari seseorang tu berubah . so jangan kedekut untuk sedekahkan senyuman , tolong kutipkan barang orang yang terjatuh, beri laluan bagi orang yang memerlukan , dan macam macam lagi . and kalau nampak ada kawan kawan korang yang macam moody , cubalah ceriakan dia . bagi kata-kata semangat ke , pinjamkan bahu dan telinga ke , atau buat lawak ke.... tapi orang kawan kau tu species manusia serius , tak dapek lah den nak menolong . mungkin boleh hulur laptop korang , suruh dia baca entry ni ? kah*gelaktapitaklawak*


/sixth/
get your own personality
atau dalam bahasa kasarnya , jangan fake . apa yang membuatkan kita ni seorang manusia , dan bukannya robot mahupun clone adalah personaliti . kalau semua benda kau nak tiru orang lain , maknanya kau bukan manusia lah . 


/seventh/
terima pendapat orang
sebagai manusia yang sememangnya tak sempurna ni , kita kena sedar yang kita mesti ada kelemahan . jadi kalau orang beri nasihat dan pendapat tu , cuba lah dengar . kalau tak nak ikut pun , at least hargai dan hormat . janganlah terus pangkah orang lain punya idea and claim yang idea kau sorang je yang betul . 


so sekian sahaja 7 tips ringkas menjadi manusia . kenapa aku buat entry ni , sebab aku dah bosan dengan spesies-spesies manusia yang ada dekat sekeliling aku . dan mungkin kadang kadang aku sendiri pun termasuk dalam species-species ni . so , tegur lah aku kalau aku mula jadi kurang manusia .





Photobucket

Dresscode PASUM/UM ?


Oh btw I'm searching for that style of cardigan . Mana ada jual eh ?


Assalamualaikum :)


Aku (nak bahasakan diri kakak rasa cam dah tua pulak :P) rasa result UPU dah keluar . sebab kekanaks batch '97 semua tengah kecoh nak masuk sambung belajar dekat mana . Well , di mana mana pun tawaran yang korang dapat , aku ucapkan tahniah . Don't be sad for those yang tak dapat course atau universiti idaman . ada hikmahnya tu . and jangan pulak main terima je course yang korang taknak tu semata just sebab nak masuk universiti jugak . kalau still tak sure , better masuk matrikulasi dulu :)


so for those yang dapat asasi sains atau alam bina di UM , hakak Cuna ucapkan tahniah and welcome to UM family ! Yeay ! *bunyi letup-letup bunga api beserta confetti berterbangan di udara* you should be excited as nama PASUM ni sangat gempak tau . tak percaya , nanti bila ada member kau dari uni lain tanya kau study kat mana , and kau cakap UM . then reaction diorang mesti macam PEHHHH UM BHAIIII . SUSAH SIAKK UM . dan kau akan rasa macam nak hempuk hempuk muka mereka dengan tumit high heels . 


so kalau ada sesiapa yang still wondering dresscode UM macam mana , sila teruskan membaca. maaf  kata alu-aluan dan mukadimah dah terlebih panjang dan termerepek . Ini adalah normal bagi seorang Husna . 


For PASUM student , dresscode dia sangat amat nian formal .


For gurlzzz:

Baju : Baju kurung , kebaya , jubah atau dress . Haruslah sopan . kain belah belah adalah tidak digalakkan tapi ada je orang pakai . haha. for yang non muslim pun pakai macam ni jugak .

Rambut : rasanya kena kemas , paling senang ikat . kalau tak nanti lecturer tegur . and jangan buat bun tinggi tinggi . nanti dalam lecture hall kau akan mengganggu view orang belakang dan mungkin akan dicaci . lol

Kasut: selipar jepun adalah dilarang . sandal pun tak digalakkan . mesti pakai kasut bertutup ; ballerinas or sneakers . 


For gaizzzz:

Baju : Baju kemeja , bertie , tuck in .

Seluar : NO JEANS . haruslah seluar slack . skinny ke style abah abah ke itu kau punya pasallah.

Kasut : mestilah berkasut bertutup . no crocs . its up to you nak pakai leather shoes or sneakers.

Rambut : kalau tak silap tak kisah nak style macam mana . tapi jangan lah extreme sangat buat punk ke apa . and tak boleh panjang sangat .


for lab :
you need to buy a lab coat and jotter book . gogle disediakan dekat lab . don't worry semua ada jual dekat Pekan Asasi di PASUM . So sediakan duit around RM50


around UM : no dress code . asalkan kau tak keluar berkemban mahupun bogel , then it's ok .


Outing time : aku tak sure pasal kolej lain . tapi kalau kolej 12 dan rasanya semua kolej , memang tak ada time tutup pagar . kau nak pergi berjimba balik pukul 3 4 pagi pun no hal . but please don't :P but now PASUM students semua disumbat ke kolej 11 . so maybe or maybe not ada waktu dia . I'm not sure .


For degree students : boleh pakai pape je kau nak . asalkan tak seksi sangat . but some lecturers tak bagi pakai jeans dengan selipar . but so far aku tengok semua orang selamber badak je siap ada yang pakai shorts and sleeveless shirt lagi .


and oh ya , untuk Minggu Haluan Siswa aka minggu orientasi , sila sediakan pakaian riadah . kasut paling penting . coz trust me , korang akan berjalan jauh nak mati setiap waktu dan ketika . siap sedialah dengan minyak panas , plaster , dan tukang urut jika perlu . lulz .


sekian sahaja , harap membantu . till then , tata !

Photobucket

Mini Usrah



Assalamualaikum :)

Hari ni aku ada join usrah . It was a fun experience though . bagi orang lain macam ek eleyh kecoh lah usrah je pun . but for me it is quite a big deal and new experience . malu nak mengaku tapi iolls tak pernah join usrah . kekeke . 

dulu aku selalu tengok cousin aku punya quran . penuh dengan penanda , sticker , highlight . lepas tu aku bayangkan pulak quran aku . cantik je , bersih ! kesan lipat pun tak ada . haha , it's not that aku langsung tak buka . cuma aku tak pernah lipat muka surat untuk tanda , and tak pernah nak highlight ke apa . sebab aku tak tahu nak highlight apa . aku cuma sekadar baca . kadang kadang je baca maksud . tapi tak meninggalkan kesan pun pasal gua tak faham . meh :-/


rentetan itu aku pernah berhasrat , nanti masuk U aku nak rajin pergi surau , nak join usrah semua tu . sebab aku tak duduk asrama masa sekolah . so aku memang tak dapat peluang untuk join semua tu . so minggu pertama dekat asasi dulu , ada lah sorang akak ni ketuk pintu bilik aku nak jual majalah . then jemput aku join sharing dekat surau petang tu . so dengan semangat yang berkobar kobar aku pun pergi surau tapi malangnya masa tu aku 'cuti' so tak dapat nak join solat jemaah . dan aku cuma dengar sharing tu selama lebih kurang 30 minit sebab lepas tu aku dah janji dengan kawan nak keluar pergi beli barang dekat mid valley . nampak tak aku pilih mid valley berbanding usrah ? LOL

dan 30 minit tu cuma sempat dengar akak senior tu share pengalaman dia dekat PASUM and bagi study tips sikit . lepas daripada tu aku dah mula busy dengan kehidupan as pelajar asasi . dapat mesej ajak pergi surau pun aku buat dunno je . pasal tutorial berlonggok minta disiapkan.. dan hasrat nak join usrah dan teroka maksud ayat al-quran tu pun terkubur di situ . 


bila dah masuk degree ni , banyak lah sikit masa lapang tu , tapi disebabkan tak ada kawan , aku ni malas betul nak pergi surau . aku ni sejenis species nak kena ada orang ajak tarik tangan baru nak gerak . nak join usrah pun tak tahu nak join dekat mana . 


then sampailah last week , ada sorang akak ni datang bilik aku nak jual majalah sinergi . dia tengah praktikal so ada banyak masa free . then dia tanya kitorang kalau dia nak buat sharing , kitorang nak join tak ? well , orang offer benda baik , takkan nak tolak kan . maka hari ni , berlangsung lah sesi mini usrah kami yang pertama . kenapa aku panggil mini usrah , sebab ahlinya cuma akak tu , aku , dan dua orang lagi kawan aku . tapi sorang tak dapat join . so tinggal bertiga . hahahaha . comel sangat . 


akak tu gigih gila , sanggup datang dari Cheras , semata mata nak buat usrah . dan ahlinya cuma kami . mula mula aku ingat ramai yang join sekali . rupanya just kami je . tapi ok lah . kalau ramai ramai nanti aku cuma jadi orang halimunan kat situ . akak tu siap bawa makanan lagi . dan usrah dia memang santai gila . mula-mula taaruf , then baca ayat sikit , and penerangan dan tanya pendapat . lepas tu dia tayang short movie yang berkaitan dengan ayat tu . tak adalah first first terus berat kan . kalau macam tu rasanya aku senyap senyap lari nanti . otak dan hati terkejut . hehehe .


Alhamdulillah Allah bagi aku peluang ni . sebab tu orang cakap yang penting niat tu ada . aku pun tak sangka orang yang malas malas macam aku , yang cuma tahu nak tunggu orang datang kat aku , but at last memang betul betul ada orang yang datang kat aku nak buat usrah . dia siap datang bilik hoi . tak perlu kami nak jalan jauh jauh pergi usrah . Allah , rasa teruk sangat .


so aku nak share sikit dua ayat yang aku dapat malam ni . tak best lah dapat ilmu sorang sorang kan.

Surah Al-Ra'd (13) ayat 28 :

13:28
Sahih International
Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."
Malay
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. 


maksud ayat ni mudah je , kalau hati kita rasa resah , benda paling baik untuk kita tenangkan hati ialah dengan ingat Allah . aku selalu dengar lagu , tengok youtube , pergi berjimba kalau aku tension . mungkin benda benda tu dapat hilangkan tension aku . tapi kalau aku rasa risau , anxiety , buat semua tu pun tak dapat tenangkan hati aku . last last dengan istighfar, zikir dan ayat ayat quran jugak yang boleh buat kita jadi tenang .


Next,
Surah Al-Mujadila(58), ayat 11:

58:11
Sahih International
O you who have believed, when you are told, "Space yourselves" in assemblies, then make space; Allah will make space for you. And when you are told, "Arise," then arise; Allah will raise those who have believed among you and those who were given knowledge, by degrees. And Allah is Acquainted with what you do.
Malay
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

alamak... aku lupa pulak pasal ayat ni . hehehe

sorry kalau entry ni noob dan lame sangat bagi sisthor-sisthor di luar sana . iolls kanak kanak baru belajar . taip entry ni pun sambil dengar lagu Chandelier.. #istighfarHusna hahahhaha tata !
Photobucket

MAG : A Night In Disguise

Assalamualaikum uolls~


Last Friday, kolej kediaman aku ada buat dinner kolej dekat The Royale Chulan Hotel. sebab kolej aku kolej gergasi dekat UM ni , so kami guna both indoor and outdoor hall . dayyum , itu pun tak semua penghuni kolej join dinner tu . sooooo many people hoi !


so petang tu aku dengan kawan aku dah siap pack barang nak pergi sana . kami naik bas pukul 5 , so ingatkan better bersiap dekat sana sebab it's too early kot . tapi masa naik bas semua orang dah siap melaram sakan kau ! kami berdua je yang selekeh dengan usung beg galas besar gedabak macam orang nak pergi camping . dan aku pulak siap siap pakai heels dengan seluar dari kolej dan jalan macam orang mabuk naik bas. baru dua tiga langkah dah terpeleot . sumpah tak cool .


dah lah sebelum pergi tu ada tragedi . lif yang kami naik tiba tiba jatuh . siyes masa tu cuak gila . rasa macam adakah ini penghujung riwayatku ? dah la aku ada banyak baca kes kes pasal lif malfunction . ada yang terhempas jatuh la , terkepit pintu lif sampai kepala putus apa semua.... then dia macam berhenti dan bunyi tett tettt tettt . aku tekan butang loceng kecemasan tu tak bunyi apa pun . masa tu aku fikir macam habis lah kami mati kering kat sini . tak ada siapa nak tolong , semua orang pergi dinner . then tiba tiba dia bergerak naik ground floor and pintu terbuka di first floor . terus kami berlari keluar dari lif tu lalu menghembuskan nafas lega . pheww ~



the food was okay . tak ada lah best gila . and our waiter sangat lah stone . haihh . dan aku makan banyak gila and struggle gila nak tambah makanan sebab dia duduk tengah tengah meja . waiter pulak lambat . habis sampai garfu terpelanting , tudung masuk pinggan dan sebagainya. sampai waiter tu aim muka aku muka menketedarah . lepas tu cepat cepat dia datang kat aku and tambahkan makanan banyak banyak . hahaha . and for the next next dishes dia mesti akan tanya aku nak tambah lagi ke tak . bila aku cakap tak , terus dia angkat pinggan besar kat meja tu . tak tanya dah kat orang lain . apakah dia telah membuatkan aku sebagai penanda aras kekenyangan sebulat meja ? apakah ayatku ini ?


dayyumm , baru nak jet jet ayu serta tidak kuat makan pada malam itteww . guess like i failed . lol


tapi yang bosannya meja aku cuma aku berdua dengan kawan aku . yang lain semua strangers yang tak friendly . dan kami pun tak friendly . dan tiga seat kosong . makanya suasana meja tu sangat amat nian hambar . semua orang buat macam makan kat kenduri . keep smiling at others and just eat . don't even bother to ask names and stuffs . hahaha . and ada persembahan dari retis retis . yang bestnya ada Syed Syamim and Amir Jahari . I'm a big fan of Ed pasai dia hensem and Amir Jahari pasai lagu dia semua best . and memang rasa nak nangis terharu bila dapat makan sedap sambil dengar lagu peberet dinyanyikan secara live . Amir Jahari punya performance sumpah daebak . padahal dia sakit tekak . but sadly meja aku indoor and terletak elok elok belakang tiang besar . so kami langsung tak nampak stage . tengok ikut screen je . sobsob .


but overall aku rasa gempak lagi Malam Emas Pasum . dewan dekat PWTC lagi gempak and lighting dia lagi superb . and dulu banyak photobooth siap ada ice carved 'PASUM' lagi . hadiah cabutan bertuah pun lagi gempak . cuma dulu tak ada retis . ada Lan Pet Pet je buat lawak hambar . ahaks .


lepas habis makan , apa lagi , bergambar lahh . so korang pun apa lagi , selamat menjamu mata. harap tak ada sesiapa yang kena cancer mata tengok gambar kat bawah . siapa yang ada alergi pada "jemahsyoksendiri" disyorkan supaya tidak teruskan scroll dengan lebih lanjut ke bawah . I've warned chuuuu....



meet Hana , my coursemate . 


look at the height difference . ni pun aku dah pakai heels and dia pakai kasut flat . kenapa la aku ditakdirkan hidup dengan manusia manusia panjang T_T





me trying to pose on the red carpet . but of course , failed horribly .



and these are my girl squad from PASUM . sama sama sambung degree di UM , fakulti yang sama and duduk kolej yang sama . hahaha .

yang paling comel dan tinggi berkat heels dan make up itu aku (:P) ; Ziha ; Nash ; Syafa
p/s : kenapa nampak macam aku dengan Nash je yang ada kening ? adakah Ziha dan Syafa keturunan Monalisa ?



 ini pulak jiran sebelah bilik yang kepoh . ahahaha
 dan ini jemah jemah yang kepoh cuba bergambar di tepi kolam di tepi tangga



 dan ini aku yang cuba jadi tiang =..=











sorry gaiz , quality gambar buruk . aku pesan dekat ayah kirimkan camera untuk bawak pergi dinner . dia kirim dekat aku camera zaman sebelum aku mumayyiz yang lens nya lagi sadis dari lens camera phone aku . phone 13MP camera 10 MP . pe cerr =,='

Photobucket